MESEJ TERSIRAT

580 21 0
                                    

"EKA!"

Tiada sahutan.

"Eka!"

Sunyi.

"Ekaaa!!!"

"Ya, ayah! Eka datang!"

Kelihatan seorang gadis berumur 15 tahun sedang berlari dengan tergesa-gesa menuju ke arah suara garau yang memanggil namanya sedari tadi itu.

"Ada apa, ayah?"

"Kau ni! Saya sudah panggil banyak kali tapi masih tidak pandai dengar! Mau lagi saya teriak panggil nama kau ka, hah?" lelaki yang digelar ayah itu menengking Eka sambil menyekeh kepala gadis itu dengan menggunakan jari telunjuknya.

"Minta maaf, a-ayah... Eka m-masak tadi. Ada apa ayah panggil Eka?" jawabnya, sedikit terketar.

Lelaki itu mendengus kasar sambil merenung Eka dengan satu pandangan yang tajam.

"Nanti malam, saya mau kau pakai cantik-cantik. Ikut saya pigi kelab. Saya tidak mau dengar banyak alasan. Kau mesti kena ikut saya pigi kelab malam ni juga! Kalau tidak, nahas kau saya buat!" ujar lelaki tersebut sambil berjalan meninggalkan Eka buat seketika.

Eka tidak dapat berkata apa-apa. Dia hanya mampu menangis, meratapi nasib yang bakal dihadapi olehnya nanti. Eka tercegat menanti arahan seterusnya.

Selang lima minit kemudian, lelaki tersebut datang dengan membawa sehelai gaun berwarna merah yang berpotongan singkat dan seksi. Dia melemparkannya kepada Eka, tepat ke wajah gadis itu.

"Nah! Kau ambil ni baju! Kau pakai nanti. Jam 10:00 malam kita bergerak. Pastikan tepat jam 10:00 malam ni kau sudah siap. Kalau kau lambat, habis kau!"

"Ya... ya, ayah..." hanya itu yang mampu diperkatakan oleh Eka. Hanya mampu mengiyakan apa yang diarahkan oleh ayah tirinya itu.

Eka merupakan seorang gadis yang periang, cantik dan berperwatakan lemah lembut. Namun begitu, semenjak kematian bapa kandung, segalanya berubah drastik. Ibunya berkahwin semula dengan seorang lelaki yang langsung tidak diketahui asal-usulnya oleh Eka. Kebahagiaan yang hanya seketika itu musnah setelah kematian ibu. Eka diseksa dan didera secara zahir dan batin. Dia
menjadi pemuas nafsu ayah tirinya. Akhirnya, Eka berubah menjadi seorang anak gadis yang suka menyendiri dan dilanda kemurungan tanpa sebarang rawatan dari pakar.

* * *

NEYRA membuka matanya perlahan-lahan. Dia terjaga dari tidur petang apabila lagu Perasaan nyanyian artis Sheryl Shazwanir berkumandang di corong fon yang masih tersisip kemas pada telinganya.

🎶Sering kali ku pandang
Tenang raut wajahmu
Terasa seluruh raga
Lalu dalam getar
Nyatanya
hati ku musnah
Menahan perasaan
Entah berapa lama
Harus memendam rasa
Bimbang keinginan hati
Hnya sisa mimpi
Mampukah yang ku inginkn
Jadi kenyataan
Ku insan tak sempurna
Yang inginkan kasihmu
Tapi dapatkah kau terima
Aku berbanding dia...🎶

Mimpi pelik sekali lagi menerjah alam bawah sedarnya. Perlahan-lahan, Neyra menanggalkan fon telinga lalu menghentikan aplikasi muzik yang terpasang di telefon bimbitnya. Jiwa Neyra kosong. Benaknya sibuk memikirkan apa yang sebenarnya sedang terjadi. Entah mengapa, timbul perasaan sebak apabila teringatkan mimpinya sebentar tadi. Kali ini Eka. Siapa Eka? Siapa pula wanita yang sarat mengandung itu? Adakah mimpi tersebut saling berkaitan? Pelbagai persoalan terlintas di fikiran Neyra.

WUJUDWhere stories live. Discover now