BAB 1

218 14 4
                                    


🌸Ajarkan Hatimu Syukur🌸

Charles Mikail membuka aplikasi instagram miliknya, hampir 1000 notification setiap hari yang singgah di akaunnya itu. Sedang dia ralit melihat rakana-rakannya yang sibuk berkongsi kegembiraan di media sosial dia ternampak satu post dari seorang mahluk Allah yang cantik di terlihat di matanya. Lokasi berada di Zara books and Cafe, Teringin rasanya dia menjejak kaki di cafe cantik itu. Sudah tentu pemiliknya wanita kerana hampir kesemua dalam cafe itu berwarna pink. Gambar seorang wanita sedang duduk di kerusi cafe sambil memegang gelas mimuman namun muka wanita itu tidak kelihatan kerana dia menghadap ke tepi . Hanya separuh muka yang cantik itu terlihat. Nama Instagram nya ditengok @Rash_Mahfuz dah macam nama lelaki pula tapi post-post nya warna pink pula. Dua minggu lepas Charles Mikail ada tengok juga gambar ni kat explore. Dan harini dia tengok juga. Entah kenapa hatinya teringin mahu mengenali wanita itu, Charles Mikail terus menekan account milik wanita tadi. Followers berjumlah 200.5k, dan following 999. Memandangkan Charles boleh dikatakan instafamous dekat Instagram ni, followers berjumlah 1 j dia pun follow lah dan berharap agar di follback oleh wanita itu.

Dia menstalk wanita itu. Tak ada pula dia nak bagitau nama penuh. Di bio nya cuma tertulis

-Pemilik @ZaraBooksAndCafe_
-Impian sederhana travel to Sepanyol
-Bidadari kecil di hati ummi dan abuya
-Penulis bawahan yang tersesat dalam bidang perniagaan.

Ada pautan wattpad di bawah. Mungkin dah ramai giler follower kat situ. Ahh! Malas lah nak tengok benda alah macam wattpad ni. Kaum Hawa je agaknya yang minat. Dia baca semula apa yang tertulis di bio wanita itu. Melancong ke Sepanyol? Biar betul wanita ni? Rasa macam kelakar pula bila baca. Alah maklum lah Charles Mikail kan lahir di sana. Cantik feed dia, setiap gambar pasti ada sendiri yang memakai pakaian cantik sedang membelakang. Kalau tidak di cafe pasti di kawasan yang banyak bunga. Dia tengok di bahagian tag pula. Serius lah? Tak ada ke orang nak tag dia ni atau dia yang bersembunyi? Nampak sangat tanpa nama . Satu gambar di tekan. caption dia aku tengok.

Adakah ini takdirNya? Jika ya, Aku bersedia untuk bersamanya.

Keterangan yang mengatakan mungkin dia akan dimiliki? Hampa pula bila baca caption tu.

Jika dua orang sudah ditakdirkan untuk bersama maka dari sudut bumi manapun mereka berasal pasti mereka akan bertemu.

Pangsapuri Kota Impian, Bandar Putra

Maisurah Iqlima Salsabilla mengerut dahi melihat Mercedes-Benz C-class hitam terletak elok di parkir halaman bangaunan Langsapuri Kora Impian,Bandar Baru. Kelihatan seorang lelaki tinggi, berkulit putih dan sekali pandang memang sempurna di mata sesiapa pun.

Pasti tetamu mak cik sebelah tu bergelar orang kaya raya datang bertandang. Ah, tak kisah lah. Bukan hobinya menyibuk. Hancur lah sahamnya sebagai wanita solehah nanti kalau dia mendapat title Mak cik bawang.

Maisurah yang sejak kecil lagi bergelar anak yatim piatu kerana kehilangan orang tua. Membesar dan hidup dewasa di rumah kebajiika bahagia hingga suatu hari dia berusia 18 tahun sebuah keluarga ingin mengambilnya sebagai anak angkat setelah dia menamatkan persekolahan nya di SMK Banggi . Keputusan SPM juga tidak berapa memuaskan hanya 10 mata pelajaran itu lulus penuh namun huruf A tidak dimilikinya. Dia rasa sangat bersyukur kerana anak perempuan keluarga yang mengambilnya itu merupakan sahabat baiknya sendiri.

Kenapa terasa panas sangat dalam bilik tidur ni? Maisurah mengesat peluh di dahi. Dia membuka matanya perlahan-lahan dalam keadaan mamai. Dia bangun kemudian memandang sekeliling.

TERLUKAWhere stories live. Discover now