🌸Ajarkan Hatimu Syukur.🌸
ZARA BOOKS AND CAFE
Pelbagai jenis minuman dihidang di Zara Book and cafe dan sudah tentu bukan namanya kafe kalau tidak menghidangkan kopi sebagai sebahagian menu mereka. Bersantai dengan kopi berasap dan latar muzik yang menenangkan memang fuh! Selain itu, biasanya kafe mereka ini menyediakan pelbagai jenis kek, wafel, penkek,ais krim dan pastry untuk dinikmati bersama kopi seperti Latte dan Mocha. Kafe ini juga menawarkan air yang unik untuk pelanggan mencubainya seperti soda pelbagai perisa yang dihidang di dalam botol kaca berwarna-warni. Di paras tingkat atas pula menyediakan perpustakan mini yang menjadi kegemaran para pelajar untuk mengunjungi kafe ini.Dari jauh semua yang berada di kafe itu boleh nampak bayang gadis itu datang menghampiri namun semua langsung tidak mengambil peduli. Langkahnya di atur laju sehingga ke depan kaunter. Seorang wanita yang tidak cukup kain kerana dia hanya memakai skrit mini warna hitam dipadankan dengan baju sendat warna merah yang sedondon dengan kasut tumit tinggi yang dipakainya.
“ Mahfuzah ada tak? I mean the owner of this cafe. ” Soalnya kepada salah satu pekerja di situ.
Mahfuzah yang leka menghias kek itu menoleh ke arah suara yang menyebut namanya.
“ Ya saya? Ada apa yang boleh saya bantu? Cik nak pesan apa-apa ke? Saya boleh siapakan. Balas Mahfuzah seolah-olah dia tidak mengenali sahabat lamanya itu. Ya! Dia lah tengku Missa Humaira. Hidup kaya raya itu menjadikan dia boleh buat sesuka hatinya. Walaupun merampas kekasih sahabatnya sendiri dia mampu. Petik jari,hulur duit dan dapat apa yang dia inginkan.
“ I datang sini cuma nak hantar kad kahwin i je tapi sebelum tu you jangan terkejut ya dengan siapa i akan bersama. ”
Misha Humaira menghulurkan sampul berwarna biru kepada Mahfuzah.“ okay Maira,thanks sebab sudi jemput saya. ”
“ Most welcome dear. I gembira sangat bila angan-angan i selama ni termakbul jua. ”
Misha Humaira simpan senyum dalam diam. Ada sebab lah kenapa dia nak sangat Mahfuzah hadir dalam majlis perkahwinan itu.
“ Lama tak nampak awak sejak dah jadi model dan duta kecantikan Qu shela ni. ”
YOU ARE READING
TERLUKA
RomancePerjalanan kisah seorang gadis remaja yang memburu cinta sejati namun pelbagai ujian, dugaan, dan halangan yang harus dihadapinya. Selepas gadis itu mengalami peristiwa yang meruntun jiwanya dia telah tekad memakai purdah dan sekaligus tidak membiar...