BAB 6

90 7 1
                                    

Hujan lebat memukul Kota Raya Kuala Lumpur, kilat sambung menyambung bersama guruh menyempurnakan rencah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Hujan lebat memukul Kota Raya Kuala Lumpur, kilat sambung menyambung bersama guruh menyempurnakan rencah. Mahfuzah terbangun dari tidur yang lena ditemani mimpi indah. Walaupun baru sekitar sejam setengah tidurnya selepas sahaja solat subuh tadi, akhirnya dia menyandarkan tubuh di kepala katil,dia melihat sepintas jam dinding yang menunjukan 8 pagi. Tubuhnya yang penat dan keletihan itu dipujuk agar bertenang, bukan dia tidak mahu menyambung semula tidur tetapi tak mampu.

Satu minggu telah berlalu dia masih mencari tenangnya cahaya di sebalik mendung awan. Tatkala dia seorang yang takut akan bunyi hentaman guruh. Ia membuat jiwa jadi rapuh. Sepantas kilat dia menyembunyi dirinya dibawah selimut sambil melafazkan zikir sebagai pelindung diri.

Hujan itu mengingatkannya tentang kenangan-kenangan lalu yang berputar ligat di ruang memori. Sungguh, pejam dan celik mata untuk menghapus kenangan kejam yang menghentam diri. Dari sini dia tahu, kenangan itu tetap ada tersimpan diruangan tertentu dalam kotak minda ini

Dia mula menitiskan air mata kerana sudah tidak tahan dengan kata-kata dusta yang dilemparkan kepadanya. Kehadiran dan senyuman Rashid sudah tidak bernilai,semua itu sudah tidak diperlukan.Senyuman itu bagaikan racun yang membunuh jiwanya. Lelaki yang dikenali lebih lima tahun yang lalu bersandiwara di belakang tabir cinta. Air matanya bagaikan mutiara halus yang gugur satu persatu,Setitik demi setitik mengalir laju di pipi. Berita perkahwinan Rashid dan sahabat baiknya, terima dengan kelukaan hati yang begitu mendalam.Hirisan-Hirisan kekecewaan menyelubungi jiwanya. Peritnya membakar diri,melumatkan segala impian.

“ Haruskah aku bersedih hanya kerananya?   Soalan ini sering bermain di dalam benaknya. Untuk apa aku bersedih? Dia bukan siapa-siapa! Ya dia bukan siapa-siapa bagi ku. Dia cuma kisah silam ku yang tak harus aku ingat kembali. ” Hati mula membisikkan kata-kata semangat untuk dirinya.

Air permata jernih yang mengalir di kelopak matanya, berjurai jatuh perlahan-lahan membasahi pipi yang kering, ia basah dan melunturkan segala terbuku di hatinya. Tiada siapa pasti tahu apakah sendu dan pilu melakar coretan hidup yang hilang dalam tawa dan tangisan. Telah lama dia menahan tangisan ini namun dia sudah tidak kuat menahannya, empangan air mata runtuh jua. Ingin sekali dia mengkhabarkan kepada seluruh dunia apa yang telah terbuku di hati saat ini, namun apalah daya dia hanya memendam rasa.

“ Untuk apa aku bersedih meninggalkan sebahagian dosa yang aku telah aku lakukan dulu? Teguhkan iman dengan keyakinan bahawa bebabku itu telah dikurangkan, titik-titik hitam makin kurang lantas Allah memberi aku ruang dan peluang untuk kembali ke jalannya. ” Dia membiarkan air jernih menyapa pipinya.

Hanya suatu keadaan yang menjentik ingatan itu, bakal menghanyutkan aku ke lembah jahiliyah lalu. Seorang pendosa ini tetap tegar untuk berubah memperbaharui Iman ke tahap lebih baik saat demi saat.

Hati ini masih ada parut, dek torehan luka yang membuat aku lelah untuk meletakkan harapan pada manusia. Tiada warna yang indah dalam hidupku. Cuma ada hitam dan putih saja yang aku lihat dari mata. Namun semua itu berubah saat aku terlihat kamu, wahai pelangi.

Dia adalah perantaraan dari yang Maha Esa untuk mengembalikan senyumanku yang telah lama hilang. Ditambahi bunyi burung-burung yang berkicauan sebagai tanda syukur kepada Ilahi. Kau membuatku rasa bahagia. Walaupun ia cuma sementara. Syukurku kepada Maha Esa.

Aku ditakdirkan bertemu dengan dia , aku juga ditakdirkan berpisah dengan dia. Ya benar, itulah suratan takdirnya. Yang dahulunya aku akan jadikan pengajaran dalam hidup aku . Aku kuat untuk hadapi segalanya dan aku bersyukur kerana Allah temukan aku dengan dia hanya sementara tetapi memberi beribu makna.

Berikan saja aku ruang, yang selama ini aku telah membiarkan masa ku terbuang dek kerana satu perkara yang aku sendiri tidak mengerti tentang diriku. Aku tidak mahu soal siapa salah, tetapi biarlah aku sendiri pendam segala Katakan, aku sudah berubah.

Aku melihat sekeliling, mecari apa yang boleh dihargai. Aku mencari apa yang menghargai diri ini.Buatlah apa-apa yang boleh buat diri kita bahagia.Moga terubat luka-luka hati dengan kehadiran insan-insan yang ikhlas menyayangi. Mereka itu anugerah.Mungkin dengan menerima nya kembali adalah jalan yang terbaik buatku.

Takdir Allah tidak pernah salah dalam menyantuni aku dengan perkara yang baik-baik belaka.Beriman dengan Qadak dan Qadar, itu syarat wajib untuk aku menjadi orang yang benar-benar beriman.

Dan sesuatu yang jika kita lakukannya kerana Allah, lalu sama ada balasan dunia begitu mengujakan ataupun menghampakan, ketahuilah bahawa kita sangat perlu untuk berbalik semula kepada Allah. Dunia ini dihiasi dengan kebahagiaan yang menipu dan ia berbisa. Dan kadang bisa itu mampu membunuh secara halus hingga kita berpaling dari-Nya.

Maka aku memilih tetap berpaut erat pada roda Islam, tatkala aku berada di atas, ataupun di bawah. Sama ada ada aku jatuh ke tanah, atau terbang di langit. Sama ada hitam atau putih. Sama ada derita atau bahagia
Segalanya aku sandarkan kesabaran dan kesyukuran hanya kerana Allah.
Saat aku sibuk melayani perasaan sendiri, mungkin ada jiwa-jiwa yang terluka. Maaf andai hati menyakiti saat ia tersakiti.Sudah-sudahlah berpenat memikirkan masalah. Nasi sudahpun jadi bubur, maka hayatilah rasa bubur itu.

Berita perkahwinan Rashid Amsyar dengan kawan baiknya sendiri,Tengku Misha Humaira. Semua itu masih segar dalam ingatannya. Terasa pedih membungkam jiwa bila diingatkan kembali. Dia ingin belajar melupakan sesuatu yang boleh membawa aku ke arah permusuhan. Air mata telah menjadi saksi saat dia menerima kad perkahwinan berwarna merah jambu dengan gaya mewah corakan bunga mawar inggeris bertinta emas pada tulisan kad tersebut.

Perlahan-lahan, dia memujuk hati yang telah parah. Mencari kekuatan untuk mengembalikan jiwa menjadi tabah. Segalanya berserah kepada Allah agar diri ini tidak hanyut dalam perasaan marah. Dia  mengambil langkah untuk berdiam diri. Tidak mahu untuk mempersoalkan itu dan ini. Cukuplah dia saja yang fahami tanpa mengharapkan simpati orang lai

Dia memejam mata, meredhakan segala takdir Allah buatnya, Inshaa Allah indah pada waktunya.

" Zaza, bangun! Dah lewat ni... tahulah kamu tu tak kerja hari ni tapi janganlah tak sarapan pula! " Suara Maisurah menyapa gegendang telinganya.

Mahfuzah terkejut dari lamunan yang panjang saat kedengaran pintu bilikku diketuk berkali-kali. Segera dia mengelap sisa air matanya lalu bangun menuju ke dapur untuk menyediakan sarapan pagi untuk mereka berdua.

Maisurah yang merupakan sahabat baiknya saat di bangku sekolah lagi, suka duka di jalani bersama. Dia lah yang sentiasa bersama dan menyokong menjayakan ZaRa Book & cafe yang telah hampir dua tahun ditubuhkan.
Memandangkan Maisurah anak yatim piatu,masa yang ada pasti diluangkan bersama sahabat Mahfuzah. Umur yang semakin dewasa mengajar mereka untuk hidup berdikari.

“ Bila kau nak bagi balik payung mamat tu? Dah berkulat aku tengok payung tu. ” Maisurah bertanya lalu melabuhkan punggungnya di hadapan sahabatnya itu.

“ Aku pula yang nak kena pulangkan payung tu. kenapa? Tak nak aku. ”

“ Mak cik ku sayang. Sedar lah sikit payung tu hak milik jiran sebelah. Dia dah bagi kau pinjam. So pandai-pandailah kau bagi balik. ”

“ Nanti-nanti jelah. Lagipun jiran kita tu sombong nak mampus gamaknya. ” Sudah seminggu kejadian itu berlalu tapi dia tidak pernah ternampak lagi Mikail keluar dari rumah.

“ Mamat Sepanyol tu? kau kata sombong? Ya Allah Zaza. Open you eyes girl,Lelaki macho tu tak adalah teruk sangat yang kau sangkakan. Rasanya okay jelah tapi tu lah mungkin dia tak ada sini. Tu lah kita tak nampak. Tak silap aku dia kawan Rashid juga lah weh. ”

“ Semua berkaitan dengan Rashid aku benci termasuk lah kawan baik dia sendiri ke apa ke? Malas ada kena mengena dengan dia. Faham tak? Jadi payung tu layaknya untuk dibuang. ”

it's up to you. ” Maisurah berkata sambil mengunyah nasi goreng ayam dengan geram. Hati batu agaknya Mahfuzah ni.

Mahfuzah cantik tak macam dia banyak sangat kekurangan. Jadi tak mustahil lah Mahfuzah dijadikan crush oleh lelaki luar di sana. Ramai mengatakan mereka adik beradik kerana Mahfuzah nampak lebih matang dari Maisurah. Mahfuzah yang terlihat seperti kakak. Namun hakikatnya mereka sama umur cuma bezanya bulan kelahirnan.

TERLUKAWhere stories live. Discover now