BAB 12

114 11 3
                                    

🌸Dosa silam akan terhapus jika taubat diterima, maka berhijrahlah.🌸

Madrasah Tahfiz Ar-Ridhuan


Mahfuzah terjaga dari lenanya,memang sudah di jangka. Dia berjalan ke bilik mandi lalu mengambil air wudu' untuk menunaikan solat subuh.

Selesai memberi salam ke kiri. Dia mula menadahkan tanganya,masih tidak berkata apa-apa namun mutiara jernih sudah berlari menuruni pipinya.

" Ya Allah,kau ampunilah kedua ibu bapa ku,kau jagalah mereka di dunia dan di akhirat,kau masukkanlah ke dalam syurgamu tanpa hisab. Tangan ini telah mengambil hak orang lain,mata ini aku telah melihat kemurkaan mu,telinga ini aku telah mendengar benda yang tidak baik,mulut ini aku gunakan bukan untuk mencari redhamu,sungguh aku memohon ampun kepada mu Ya Allah. Jika ini ujian yang kau telah gariskan untukku,maka kau kuatkanlah jiwaku,kau semaikanlah perasaan insaf dalam hati ku,kau jadikan hati ku hati - hati dari kalangan orang yang soleh. Sekiranya jodoh kami masih panjang,kau pertemukanlah dia."
Aminnn,ya Allah..."

Sudah seminggu dia berada di Madrasah ini dan tiba masa dia ingin kembali ke Kuala Lumpur. Banyak perkara lagi yang perlu di selesaikan di sana. Rasanya dia tidak mahu berpisah dengan sahabat-sahabat yang ditemuinya semasa berada di madrasah ini.

Kaki yang memakai sneaker itu melangkah menuju ke bas yang setia menungu penumpang. Dia memakai Blous paras lutut dengan seluar longgar. Tudung labuh berwarna merah jambu bersama purdah warna senada terletak kemas di tubuhnya.

Ustaz Adam Hakimi,Ummi Kalsum dan Kak Hani turut berada di hadapan madrasah bagi menunggu bas.

" Jika Alima ada masa,datang lah jenguk ummi di sini. Kami sentiasa menunggu kedatanagan Alima ke sini. "

" Inshaa Allah ummi,kak Hani. Terima kasih banyak sebab jaga Alima dengan baik selama berada di sini. Punjamkan Alima baju, belikan Alima baju baru. Semuanya Alima suka. "

" Alhamdulillah semua kehendak Allah yang menemukan kita."

" Terima kasih Adam sebab tolong selamatkan kan saya hari tu. Saya bersyukur sangat sebab awak yang datang selamatkan saya. "

Perkenalan yang terlalu singkat untuk dia lebih mengenali wanita yang pernah di bantunya itu. Jika ada jodoh tak kan ke mana juga. Jodoh itu rahsia Allah, Cepat atau lambat, ia akan sampai juga kepada kita apabila tiba masanya. Usah terburu-buru. Perbaiki dahulu diri sendiri.

"Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran ALLAH."

(Adz Dzariyat : 49)


" Sebab apa kau pakai purdah? "

Susah sangat ke nak berlembut dengan wanita? Sangat baik je Mahfuzah. Sebab dia nak jaga diri dari fitnah.

" Adam saya..."

Air mata menitis lagi untuk kesekian kalinya.

Selamat tinggal semua...



Selamat tinggal kenangan...



Tangan melambai dengan senyuman untuk semua yang hadir menyelamatkan hidupnya. Allah masih memberi peluang untuk dirinya beruabah ke jalan yang benar.

Tekad!

Hijrah!

Aku nak jadi baik!

Aku nak berubah!

Apa kata mereka nanti?

Tunggu dan lihat sahaja

Hijrah itu...

TERLUKAWhere stories live. Discover now