Permulaan Aku

11 0 0
                                    

2302

Aku tak tahu langsung apa yang patut aku fikir.

Aku tak tahu langsung apa yang patut aku cakap.

Aku tak tahu langsung apa yang patut aku buat.

Aku tak tahu langsung macam mana patut aku gerakkan tubuh ini untuk melangkah kedepan;  kebelakang.

Aku tak tahu langsung apa yang patut aku tunjukkan diwajah.

Aku tak tahu langsung apa lagi yang patut aku rasa.

Aku tak tahu langsung. . .

Aku dah tak tahu.  .  .

Macam mana lagi untuk aku faham perasaan yang berat tersimpul; menarik aku dengan senyuman yang tidak aku tahu apa lintasan dibalik ukiran bibir itu.

Kau cuma diam selepas luahan. Air lobak merah susu kegemaran kau tidak terusik dek situasi. Hanya dibiarkan ais nya terus mencair,melimpah keluar segala isi asalnya yang merah;  kini cair.

Suasana bingit dek musim bola di kedai makan kegemaran kami menjadi sunyi sepi di telinga kami.

Hanya kami berdua. . .

Yang terasa sangat sunyi.

Udara terasa semakin sesak. Meja kami terasa tekanan kuat. Kau dan aku, hanya diam.

Pakcik Kamal si pembuat air kegemaran kita, kelihatan resah; perasan akan segala 'kekacauan' yang sedang berlaku di antara kita. Meja yang selalu kita duduk, dulunya penuh senyuman, tawa dan usikan menyakitkan hati masing-masing kini diam.

"Jom pergi." ujarku pendek. Bangun ku berlalu pergi disitu. Kau kaku. Lidah kau ternampak kelu. Soalan terpaku di lidah. Namun kau akur dan mengikut aku dari belakang menuju mengikut halaku.

Suasana dingin perkarangan Bukit Ampang yang satu ketikanya menjadi santapan indah dimataku, hanya nampak kilauan hitam putih saja. Aroma enak hidangan tepi jalan diatas bukit ini yang pastinya sebelum membuatkan perut mogok mahu menjamah, terasa seperti hilang segala deria.

Aku berhenti berjalan dan duduk di penghadang tebing. Mata melilau kebawah melihat betapa tingginya jarakku ke tanah yang kian menggelap dek malam.  .  . dan betapa sunyinya untuk tenggelam dalam malam yang paling malap.

"Awak, saya-"

"Sejak bila?" Kau diam dengan soalan.  Bagaikan habit, kau gigit isi bibir, menutup mata memikirkan jawapan. "3 bulan. Dah 3bulan."

"Selepas sebulan kita lost contact?" Kau angguk.

Aku senyum, memandang kedepan hitam putih.

3 bulan.

Tempoh yang paling mengembirakan, meresahkan dan digeruni buat sesetengah orang. Tetapi bagi aku, tempoh yang penuh dengan warna hitam.

Baru 5 bulan kita berkenalan. Telah aku tahu hampir semua tentang kau; baik buruk,dan begitu juga tentang aku. Sebulan berkenalan, kau menyatakan rasa kasih pada aku dan aku terima kerana aku tahu kau lelaki yang mungkin, cuma mungkin, aku boleh taruh rasa percaya walaupun sedikit. Kau tahu situasi aku. Kau tahu akan ketidakpercayaan aku terhadap mereka disekeliling aku, dan kau tahu aku tidak percayakan kau. Namun kau masih mahu aku menaruh harapan.

Pada awalnya, aku sangka aku cuma bersangka buruk. Rupanya, sangka buruk aku menjadi nyata. Sebulan kita bersama dan kita terpisah dek kerja dan masa.

Alasan kian banyak, tanggungjawab yang nyatanya hanya ilusi; menjadi penghalang. Kita teruskan dengan apa yang tidak pasti. Kita teruskan dengan sandiwara. Kita terus menipu sesama sendiri walaupun aku percaya aku lakukan sebaliknya. Tiada sebarang helah dari aku pada kau, namun tentang kau? Aku tidak tahu langsung.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 15, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Aku, Kami & DiaWhere stories live. Discover now