36

1.4K 142 165
                                    

Keluarga Min yang baru tiba di hospital tersebut cepat-cepat mendapatkan Yoongi yang masih menangis sendirian.

Yoonji yang sememangnya agak rapat dengan Yoongi terus meluru dan memeluk abangnya.

Puan Min tercegat sendirian melihat keadaan anaknya yang agak tak terurus. Encik Min pulak turut bersama Yoonji menenangkan anak lelaki sorang nya ni.

Puan Min tak berniat nak turut serta sebaliknya duduk berjauhn dari keluarganya. Puan Min masih berlagak tenang tak mempedulikan anaknya atau ahli keluarganya yang lain.

" omma, "

Panggil Yoonji yang melihat Puan Min seolah-olah tak ada perasaan terhadap keadaan diri anaknya sendiri. Puan Min menoleh sedikit dengan wajah yang cukup sombong.

" apa? "

" omma lagi kejam daripada apa yang Yoonji sangka. Anak lelaki omma ni, oppa Yoonji ni tengah menangis disebabkan orang yang dia sayang berkemungkinan untuk pergi buat selamanya. Apa tindakan omma sebagai seorang omma? Yoonji kecewa dengan omma, "

Yoonji menjeling Puan Min cukup bengis menyebabkan Puan Min terasa tercabar. Puan Min bangkit lalu melangkah ke arah ahli keluarganya.

" aku peduli apa? Budak yang Yoongi sayang tu tak layak jadi ahli keluarga kita. Aku tak sanggup ada menantu macam tu, "

" yeobo, awak nak saya ceraikan awak ke? "

Ssup! Menusuk-nusuk kalbu Puan Min mendengar kata-kata dari Encik Min. Puan Min memandang suami tak percaya.

" apa pulak masalah awak ni?! "

" kalau awak tak sanggup awak boleh pergi. Saya tak perlukan seorang isteri yang biadab macam awak. Oh maksud saya, nusyuz? "

" nusyuz apa benda nya? Eh saya layan awak lah! "

" tapi awak keluar rumah tanpa izin saya. Kemana awak menghilang? Oh awak jumpa bekas teman lelaki awak ke? "

Puan Min terkedu sebaik mendengar kata-kata Encik Min. Rahsia Puan Min akhirnua terbongkar jua. Yoongi dan Yoonji memandang kedua ibu bapa mereka keliru.

Ah sudah, ini dah jadi masalah kekeluargaan pulak. Di saat genting macam ni lah baru mereka nak suarakan isi hati masing-masing. Kenapa drama selalu cliche macam ni?

" a-awak, saya boleh explain- "

" tak perlu, saya ceraikan awak dengan talak 3 Kim Tae Hee, "

Encik Min mengucapkan kata-kata cerai dengan tenang dan begitu lancar sekali. Puan Min terkedu di situ, Yoongi dan Yoonji turut merasakan hal yang sama.

" lagipun, awak bukan lah isteri pertama saya. Awak kan perempuan simpanan saya jugak dulu. Isteri pertama saya akan balik sini tak lama lagi. Saya tak perlu kan awak lagi, "

Yoongi dan Yoonji terkejut bukan kepalang. Mana taknya, mereka tak jangkakan plot twist sebegini. Disangkakan Puan Min, atau lebih tepatnya Kim Taehee depan mereka ni ibu kandung mereka, ternyata bukan.

Dalam masa yang sama, Yoongi dan Yoonji agak gembira mendengar berita tersebut. Nampaknya masih ada harapan yang ibu kandung mereka jauh lebih baik daripada Taehee, ibu tiri mereka.

" aku harap Jimin mati, "

Ujar Taehee penuh kebencian menyebabkan Yoongi hampir menumbuk wajah bekas ibu tiri nya namun di halang oleh Encik Min dan Yoonji.

" aku rasa aku dah suruh dia langgar Jimin sampai dia terkulai, "

Yoongi menggenggam baju Taehee dengan wajah bengis yang sangat-sangat ingin membelasah perempuan di hadapannya.

" Yoongi! Jangan jadi dayus! Ingat Jimin masih ada harapan, biar lah betina ni cakap apa pun, "

Ujar Encik Min lalu menarik Yoongi daripada terus menggenggam baju Taehee. Yoongi menyerabutkan rambutnya lalu duduk kembali di kerusi yang disediakan.

Yoonji turut duduk sambil menenangkan abangnya. Diikutkan hati, Yoonji pun sebenarnya tak kuat nak hadap semua ni.

Lagipun, Yoongi dan Jimin sepatutnya melangsungkan perkahwinan minggu hadapan. Apa akan jadi kalau Jimin pergi dulu?

Yoonji memandang abangnya yang sedang menangis sambil menahan kepalanya menggunakan kedua tangannya.

Melihatkan cara Yoongi sekarang, kalau Jimin pergi dulu, hidup Yoongi akan kucar-kacir sepenuhnya.

" Min Jimin, bangun lah dan bertahan lah demi seorang Min Yoongi, "

Yoongi memandang Yoonji sebaik mendengar kata-katanya tadi. Yoonji tersenyum kelat ke arah Yoongi.

" itu je Yoonji mampu buat untuk oppa. Yoonji tau oppa sayang Jimin oppa, "

Yoongi memeluk adiknya yang dia tak pernah peluk selama ni. Mana taknya dah kalau jumpa je gaduh, tapi tak dinafikan disebabkan pergaduhan lah hubungan mereka rapat.

Tak lama selepas itu, Taehyung keluar dari bilik pembedahan. Ahli keluarga Min kecuali Taehee meluru ke arah Taehyung penuh perasaan ingin tahu.

Wajah Taehyung tak menggambarkan berita baik dan ini membuatkan Yoongi lebih kecewa.

" Y-yoongi-ah, aku mintak maaf, "

Yoongi dapat menangkap maksud Taehyung sebaik Taehyung mengutarakan kata-katanya.

" aku dah cuba yang terbaik Yoongi, aku mintak maaf, "

Yoongi menggeleng perlahan lalu menepuk bahu Taehyung. Encik Min dan Yoonji memandang Yoongi simpati.

" kau dah buat yang terbaik, terima kasih, "

Ujar Yoongi lalu meninggalkan hospital Jaesan. Hari yang cerah, tak ada tanda-tanda untuk hujan namun wajah Yoongi sekali lagi dibasahi air mata.

" terima kasih jagiya sebab buat aku bahagia walaupun hanya sementara, "

Kata Yoongi sambil melihat ke arah langit. Tangan kanannya diletakkan di dada kirinya menahan sebak di dada.

Park Jimin akhirnya tinggalkan Min Yoongi sendirian selepas mengecapi bahagia yang hanya sementara.

tbc

𝘥𝘰𝘤𝘵𝘰𝘳'𝘴 𝘴𝘸𝘦𝘦𝘵𝘩𝘦𝘢𝘳𝘵. 𝙮𝙤𝙤𝙣𝙢𝙞𝙣Where stories live. Discover now