22

1.8K 161 66
                                    

Yoongi menghempaskan dirinya di atas sofa kulit yang disediakan di ruang tamu nya. Jimin yang berada di situ memandang Yoongi lama.

Niatnya ingin bertanya tapi disebabkan apa yang dah terjadi antara mereka, Jimin hanya mendiamkan dirinya.

" Jimin, "

" ha? "

Jimin menoleh sedikit ke arah Yoongi yang sudah memandangnya. Yoongi menarik Jimin agar duduk di sebelahnya.

" k-kenapa? "

" aku penat, "

" dengan? "

" kerja aku, "

Jimin mengangguk perlahan lalu mendiamkan dirinya kembali. Keadaan sangat kekok antara mereka. Yoongi merehatkan kepalanya di atsa bahu Jimin.

Jimin? Sesungguhnya dia sedang kaku disitu. Jantungnya berdegup laju dengan perlakuan Yoongi tadi.

" benarkan aku letak kepala aku dekat bahu kau, boleh? "

" s-sure, "

Jimin mula bermain dengan telefonnya berharap agar degupan jantungnya kembali normal. Namun, apakan daya kehadiran Yoongi menyebabkan jantungnya berdegup lebih laju.

" Y-yoongi, "

" hm? "

" boleh Jimin tau kenapa dengan Yoongi? "

Yoongi mengangkat kepalanya daripada terus bersandar di bahu Jimin. Yoongi memusingkan badannya agar menghadap Jimin.

" pengerusi salah faham dengan aku dan cuba nak pecat aku. Tadi hampir ada mesyuarat untuk pecat aku daripada hospital tu, gladly Taehyung ada dan dia berpakat dengan pesakit dia untuk wujudkan kekecohan. Jadi, mesyuarat tu ditangguhkan, "

Jimin memandang Yoongi yang sedang menundukkan wajahnya, keadaan diri Yoongi sekarang benar-benar buat Jimin simpati padanya.

Jimin menarik Yoongi ke dalam dakapannya. Yoongi turut membalas pelukan Jimin mengharapkan dirinya akan tenang.

" Jimin tau Yoongi mesti susah sekarang kan? Just wanna let you know, Jimin ada untuk Yoongi, "

" thank you, "

" so, salah faham apa antara pengerusi tu? "

Yoongi melepaskan pelukan antara mereka dan berdehem sedikit sebelum membuka bicara.

" pengerusi kata aku salah bagi ubat dekat pesakit padahal pesakit tu yang ambik ubat tu berlebihan, "

" this is easy, Jimin peguam kan? Jimin akan selesaikan semua ni, "

Yoongi memandang Jimin, dia terlupa yang Jimin adalah seorang peguam. Otaknya masih memikirkan Jimin seorang budak penghantar barang.

" so, selesai kan? "

" J-jimin, "

" Jimin tak perlukan ucapan terima kasih Yoongi- "

Jimin berhenti seketika lalu memandang Yoongi lama.

" i need your love instead, "

Sambung Jimin lalu bergegas naik ke biliknya. Yoongi memerhati Jimin lalu mengeluh kasar.

" kau dah lama dapat cinta aku Jimin-ah. Maafkan aku sebab terlambat, "

Ujar Yoongi perlahan lalu membaringkan dirinya di atas sofa. Yoongi akhirnya tertidur di sofa tersebut.

━━━━━━━━

Keesokan paginya, Yoongi tergesa-gesa bersiap disebabkan dia terlewat bangun. Yoongi bergegas turun ke ruang tamu dan memandang Jimin sekilas.

𝘥𝘰𝘤𝘵𝘰𝘳'𝘴 𝘴𝘸𝘦𝘦𝘵𝘩𝘦𝘢𝘳𝘵. 𝙮𝙤𝙤𝙣𝙢𝙞𝙣Where stories live. Discover now