S T O R Y (1)

558 18 0
                                    


"Kring kring kring!"

"Elqaira wake up!!"
Jerit mamaku dari tingkat bawah.
Betapa kuat jeritan mama sehingga aku terkejut lalu terduduk mengurut dada.

" Ish ish. Dah kenapa dengan mama ni. "
aku tertanya sendiri.  Aku menggosok mata lalu memandang pada jam loceng di atas meja.

" Baru pukul 7.30. Awal lagi.."
Bisik aku perlahan.

Aku mengurut dada yang terasa hampir tercopot jantung. Mujur tidak tercopot jantungku.
Mana nak cari jantung sparepart.

"Nasib aku tak ada sakit jantung. mama ni pepagi dah jadi tarzan."
Aku membebel sendirian.

" ElQaira!!!!!"
Laung mama ku semula.
Kini semakin kuat dan bergema Vila Vanila yang terletak tengah tengah kota raya Kuala Lumpur.

" Ya ma.  i'm coming!"
jawabku seraya menyarung selipar berbulu ku yang berwarna merah hati lalu menuju ke tangga.

" Ma kenapa pepagi dah jerit? El tau la bangun ma. ma ni terkezut El tau. nasib El tak mati terkezut."
Aku memuncungkan mulut. Menunjukkan rajuk.

" Jam dah lewat sayang. Kita kan dah janji malam tadi nak sembahyang raya sama sama. Cepat siap papa dah tunggu dalam kereta."
ujar Mama ku bertelekung putih sambil bercekak pinggang.

" Eh hari ni hari raya eh ma? Adoiii El lupa. "
jawabku kemudian berlari laju menuju ke bilik tidur semula. Dibiarkan mama ku membebel sendirian.

Aku membuka butang bajuku lalu seluar pendek tidur ku dibuka rakus dan kemudian mencapai tuala biru muda ku.

Seperti lipas kudung aku bersiap pantas.  Habis saja menyegarkan diri aku melangkah laju ke arah almari pakaian ku yang berwarna putih.

Aku menoleh pada jam locengku yang berwarna merah hati.
lima minit lagi ke pukul 8 pagi.

Aku terus mencapai jubah raya baru ku yang berwarna hijau lumut.
Seluar dalam di dalam rak dicapai laju.

"Adoi terbalik pulakk!"Omelku geram melihat seluar dalam yang terbalik aku gunakan lalu aku membuka semula dan kembali menyarung.

" ELQAIRAAAAAAA!"
Jerit singa di tingkat bawah. Eh bukan singa tapi mamaku. mamaku sudah bertukar menjadi singa.

" Ya ma. 5 minit lagi!"
Laungku sedikit kuat dari dalam bilik.

Bra hitam dicapai lalu dipasang. Aku kemudian menyarungkan jubah pada tubuh ku yang agak sedikit chubby.

" Okay done. Cantiknya aku today! " Pujiku seakan riak di hadapan cermin.
Aku mengambil telekung ungu muda yang disangkut di dalam almari pakaian lalu terbang laju ke tingkat bawah.

" zupp!!!" berdesup aku berlari sehingga
tak terasa kaki memijak lantai.

"Dah maa. Jom la cepat." Sengihku menunjukkan gigi taringku yang comel.

"Lajunya berlari. kalau jatuh macam mana." bebel mamaku sambil mencubit paha kiriku.

" Aduhhh!"jeritku kuat.

" Cepat masuk kereta kang papa bising dari tadi dok tunggu kita" Ujar mama ku.

Aku berlari meninggalkan mamaku yang masih sopan santun berjalan.


" Hai pa. Sorry late. hehehehe. " Sengihku dengan muka yang tidak bersalah.

Papa hanya mengangguk dan tersenyum memandangku.

" Wah! manis anak papa hari ni. selamat hari raya sayang." Puji papa ku dan memberi ucapan buatku sempena hari raya aidilfitri.

" Hehehe anak papa mestilah manis. selamat hari raya jugak pa. El nak duit raya. hihihi..." Aku menjawab sambil membetulkan telekung yang dipakai.
Tidak lupa untuk mengampu papa ku yang segak berjubah hijau lumut.
Songkok hitam melekat kemas atas kepalanya.

" amboi awal pagi dah mintak duit raya. Nanti lah papa fikir dulu. "
kata papaku separuh mengusik. Aku tahu papa hanya bergurau. Aku juga tahu papa tidak akan kedekut pada anak bongsu manja kesayangannya ini.

" Laju betul anak kita ni berlari, bang. baik kita hantar dekat sekolah sukan dulu. mesti dah jadi pelari pecut paling laju nombor satu dunia." perli mamaku sambil melabunhkan punggungnya di sebelah kerusi papaku yang duduk di tempat duduk pemandu.

" Hahaha itu lah dulu abang kata nak hantar situ sayang yang tak nak. takut anak kita jadi kasar la apa la ini laaa." Leter papaku memulang paku keras pada mama.
mama mencebik geram.

Aku di belakang hanya terdiam. malas mahu menyampuk kedua orang tua aku.
Aku mencapai telefon bimbit aku di dalam beg yang aku tersandang di bahu ku.

" Nak update status lah. " Kataku sendirian. Tidak lagi kedengaran bebelan mama dan papaku di hadapan.

Yahooo. lega.
Aku pun menaip laju untuk di jadikan diari muka buku ku.

"Selamat hari raya aidilfitri. Maaf zahir batin. Kosong kosong ya."



"Huarghhhhhh! ngantuknya!!!!" Omelku perlahan sendirian.

" Ngantuk apa nya. Bangun pun lewat." Perli mamaku di hadapan sambil melipat hujung lengan jubah hijau nya. sama hijau seperti papa.
Eh jubah papa.

' Aik macam mana mama boleh dengar. suara aku bukan kuat pun tadi. ajaib betul mama aku ni. ' getus hatiku kehairanan.

" Ala ma semalamkan El tidur lewat. tolong mama buat persiapan raya so wajar la El bangun lambat and masih mengantuk time ni.. kan papa." Jawabku sambil mengurut bahu papa ku lembut. Berharap papa akan menyebelahiku.
Kalau papa tidak menyebelahi , aku bernekad untuk terjun dari tingkap kereta.

" ha yela yela dah jangan berbalah. Hari ni kan hari raya. hari untuk bergembira. untuk bermaaf maafan. " jawab papaku sambil menjeling mama ku yang mula memuncungkan mulut di sebelah. mama aku memang terkenal dengan sifat manjanya.
Terkadang manjanya mengalahkan aku!


' yeay! papa sokong aku..' aku melonjak girang di dalam hati.

Mujur lah papa menyebelahiku. kalau tak? Ah semua itu hanya halusinasi ku.
Aku sendiri tidak sanggup sebenarnya untuk terjun dari tingkap kereta.
Aku tak nak mati katak.
Aku masih waras!

' Nehi nehi nehi...'
Getusku sendirian.



Kereta Alphard hitam milik papaku meluncur laju menuju ke Masjid yang berhampiran.
Aku kembali membelek belek telefon bimbit.
sambil bernyanyi riang.
Terbayang pada fikiranku akan rendang ayam dan ketupat serta lemang.

'Tak sabarnyeeeee!'
Jeritku sendirian.

Aku menyandar malas dan mengambil bear coklat sebesar kanak kanak yang baru lahir lalu dipeluk erat.
Inilah bear yang aku beli semasa pergi bercuti ke Pulau Tioman bersama sama keluargaku ahad lalu.

" Dam dim dum bunyi mercun lalalalalalala.lalalalala selamat hari raya.. selamat hari rayaaa!!!" Aku menyanyi riang tanpa mengendahkan mama ku yang mulai menjeling ku tajam.
Agaknya mama cemburu kerana tidak dapat menyanyi seperti aku.
Kalau mama menyanyi papa pasti menutup telinga.

Aku ketawa sendirian di belakang. Terasa lucu menggeletek pintu hati apabila teringat akan situasi yang mana papa aku menutup telinga menggunakan bantal akibat tidak tahan mendengar suara mama yang sumbang dan lari tempo.

"Haishhh mula dah...."
perli mama ku di hadapan sambil menjeling tajam ke arah ku.














Airmata ElQairaWhere stories live. Discover now