" morning papa.. morning mama.."
Ucapku sambil mengucup manja pipi mamaku, puan Laila Marina yang anggun berbaju muslimah rona hijau tua dan berseluar hitam.
Rambut yang sedikit beruban disanggul tinggi dan kemas." morning anak papa. Macam mana kerja dekat sana El suka tak? Dah dapat kawan baru dekat sana?" Soal papa sambil memandang ke arahku yang sudahpun mengambil tempat bersebelahan mama.
" Setakat ni okay pa. El boleh urus berkaitan bidang kerja El dengan baik. Cuma tu la El selalu lapar. Rasa nak makan. nak makan lagi lagi dan lagi je. Dan satu lagi El bosan kalau tengah tak ada kerja nak dibuat tu kan. El rasa mengantuk sangat. Jenuh mulut El nak menguap je." Omel Kerry Aryas Elqaira sambil memasukkan mihun ke dalam mulutnya.
" okay. Baguslah kalau macamtu El boleh buat kerja dengan baik dan boleh bagi penumpuan yang elok. Kalau pasal makan tu. Apa kata El bawa bekal dari rumah. Senang. El bawa periuk nasi besar mama El tu dekat dapur. Ha tu El makanlah sampai esok belum tentu habis. Hahaahah."
seloroh papa aku dengan ketawa yang kuat." Hahahha. abang ni suka nau nak menyakat anak kita sorang ni." Mama mencelah turut mentertawakan aku.
"Ala apa kata papa dulu buat macamtu. Tak lah membazir makan nasi lauk dekat luar je. kan mama kan." balasku tidak mahu mengalah.
" Haa itu mama sokong. Papa kalau tak makan kat luar tak sah. Suruh balik makan dekat rumah tak nak. Agaknya mama masak tak sedap kot El. " Celah mama turut menyokong kata kata ku.
" Hahahhahahah mula dah. mula dah. Dah dah papa nak gerak dulu. Papa ada kerja dekat Melaka. Minggu depan baru papa balik. El jaga mama baik baik. jaga diri El baik baik. Jangan bagi mama pening pening. "
Pesan papa ku sambil mengusap lembut ubun ubunku.Itulah papa. Sering kali tiada dirumah. kadang kadang sampai sebulan lamanya papa tiada dirumah. Aku dan mama lah setia menjaga rumah dan amanat yang papa amanahkan. Mama tidak mahu mengambil orang gaji. Mama lebih suka membuat kerja hasil dari titik peluh dan air tangannya sendiri.
Kerana itu lah papa sangat menyayangi mama. Dengan sikap berdikari mama yang luar biasa.Aku mengangguk tanda faham dan menyalami tangan papa. Begitu juga mama. Mama menyalami papa dan memeluk papa seakan tidak mahu berpisah. Namun apakan daya. Sudah menjadi tanggungjawab papa untuk keluar mencari rezeki dan amanat terhadap syarikatnya sendiri yang telah 25 tahun terbina kukuh.
" bye pa. jangan lupa belikan El ole ole." laungku di depan halaman rumah sambil melambai lambai ke arah papa yang sudah bersedia untuk memecut kereta alphard hitam nya.
mama juga turut melambaikan tangan.Papa tersenyum mengangguk sambil mengerdipkan matanya buat aku dan mama.
Aku pandang pada raut wajah mama disebelah.
Ada linangan airmata mengalir perlahan dari matanya yang kelihatan sudah berkaca." Ma, sabarla. nanti papa balik la tu. bukan lama seminggu je." pujukku sambil menarik manja lengan mama.
" Hmmm.. yela. Eh El tak masuk kerja ke hari ni ?" soal mama ku seolah olah tidak mahu aku turut berduka.
" Ye ma. El nak gerak dah. Mama jaga diri baik baik. Jangan buat kerja berat sangat. kalau rindu papa. Mama call la papa. takpun mama buat video call. El balik macam biasa petang ni. "
Ujarku sambil menyeka airmata mama yang masih kelihatan di pipi." Ye sayang. Mama ingat pesanan anak mama yang manja dan cantik ni. Dah dah El pergi la. Jam dah pukul 7.40 kang lewat masuk kerja."
Tutur mama sambil memicit hidungku sedikit kuat." okay. El gerak dulu eh..mmuahhhhhh! "
Aku mengucup pipi mama." Hati hati El drive tu."
Laung mama sambil melambaikan tangan ke arahku yang sudah pun menuruni anak tangga kecil di hadapan halaman rumah menuju ke arah tempat letak kereta.
YOU ARE READING
Airmata ElQaira
RomanceCerita seorang gadis lucu dan manis yang bernama Kerry Aryas Elqaira yang pada mulanya adalah seorang gadis ceria kemudian bertukar menjadi seorang yang agak pendiam gara gara cintanya dipermainkan seorang gadis. Kerry Aryas Elqaira memaparkan kisah...