S T O R Y ( 6 )

354 8 0
                                    


kring! kring! kring!

"Ishh! bising laa jam loceng ni. Ni mesti mama punya kerja ni. Tak da orang lain. mesti mama ni. "
Omelku sendirian separuh berbisik.

" Laa baru pukul 5 pagi. haish mama ni memang sengaja tak nak bagi aku tidur lama."
Omelku kembali menyambung kata.

Aku mengambil jam loceng biru muda yang berada di atas meja di sebelah katil ku.
Selepas ditutup penggera yang mengganggu lena ku, aku lantas meletakkan semula ke atas meja.

Aku kembali merebahkahkan tubuhku lalu menarik selimut.

" Eh mana selimut aku ni." Aku dilanda kehairanan apabila mendapati selimut ku tidak kelihatan.

" Laa dekat sini rupanya kau jatuh eh.."
Aku menjenguk dari katil ke arah lantai dalam keadaan meniarap seterus nya mencapai selimut yang berada disitu lalu menyelimuti tubuhku.

Hari itu adalah hari dimana aku bakal memulakan tugas di Syarikat papa sebagai Pengurus Kewangan.
Papa mahu aku bekerja di bawah Syarikatnya iaitu Syed Merpati Holding's.
Aku sebenarnya tidak meminati kerja kerja di pejabat tetapi aku terpaksa turutkan apa yang papa aku tegaskan.
Mama aku pula tidak pernah memaksa tentang minat dan cita cita aku.

" El kerja je yang mana El minat. Asalkan halal. Tapi jangan terlalu memilih sangat. zaman sekarang orang dah berebut rebut cari kerja. Ada yang bukan wargangegara pun dah ramai menetap dalam negara kita sebab nak cari peluang pekerjaan dalam Malaysia. El fikirlah baik baik. Lagipun kelulusan El bukan calang calang. Kalau El nak kerja dekat Syarikat papa pun okay. Sekurang kurangnya dah tahu dan yakin kerja tu memang akan dapat. Tinggal El je lagi nak pilih yang mana sesuai mengikut minat dan kelulusan El. Yang terbaik bagi El, terbaik juga bagi mama, sayang."

Terimbas kembali kata kata mama saban hari yang datang memujuk ku yang berkecil hati dengan papa.
Memang benar apa yang papa dan mama katakan.
Zaman sekarang tidak perlu lah memilih kerja. Apa yang ada kita raih dah genggam. Biar tak sehebat mana. Tetapi cukup rezeki itu adalah rezeki yang halal.

Aku mencapai telefon bimbit aku yang berjenama iphone 6s.
Lalu dibuka kata laluan dan kembali meniarap.

Bantal smiley aku yang bewarna kuning aku ambil dan aku peluk manja.
Sambil memperlahankan suhu aircond yang terpasang.

" Sejukk giler. Rasa nak tercabut bulu.
Ehh dah lama aku tak main facebook. Rindu pulak rasanya." Omelku sendirian.

Aku pun lantas menekan keyboard telefon bimbitku yang bertemakan singa.
Dan kemudian menaip satu status yang sedikit gila gila pada awal pagi itu.
Kalau tak gila bukan aku nama nya.
Itu nek pah nama nya.


Morning dear friends.
Sejuk sampai rasa nak tercabut bulu. bulu hidung. hahaha. jangan fikir lain okay.

Aku ketawa sendirian lalu berguling di atas katil. Lucu mengenangkan apa yang bakal terjadi.
status ku telah pun selamat dimuat naik.



'I love you, kerry.
No. kerry milik aku!
Hey! kerry suka aku!
kerry, you pilih siapa? i atau dia?'
"

" Erk..adoi! Sakitnya."
Aku mengaduh kesakitan lalu membuka mata.
Aku sudah pun berada di bawah katil di atas karpet ungu muda yang terbentang indah. sakit terasa pada tulang pinggulku.
Rupanya aku bermimpi.
Dua orang perempuan berebutkan aku. Perempuan yang langsung tidak aku kenali.
Sehingga aku hampir menjadi gila.

"Oh my god. gila punya mimpi. nasib la tak patah gigi aku jatuh tadi. kalau patah habisla tak bergigi aku dibuatnya. kalau tak bergigi macam mana aku nak makan eh. aku ni dahlah suka makan. Takkan nak pakai gigi palsu. Eeeee no no no. "
Getus ku sendirian. Jauh benar otak ku menerawang awal pagi itu.

Jam sudah pun menujukkan ke angka 7.30 pagi. Aku tergamam seketika.
Seperti yang dijanjikan pukul 8.30 pagi aku wajib berada di pejabat Syarikat Syed Merpati Holding's.

" El esok kena bangun awal. Papa tak nak El bangun lewat macam selalu. Esok El dah mula bekerja dengan papa. El kena belajar untuk tepati masa. Masa itu emas jangan sengaja melengah lengahkan masa. Ingat El. dekat rumah papa ialah papa El. Tetapi dekat pejabat papa adalah boss. Jadi El kena berdisplin mulai sekarang."
Tegas papaku.

Teringat akan kata kata yang dilontar oleh papaku.Aku lantas terjun dari katil lalu meluru laju menuju ke bilik air yang turut terletak di dalam kamar beraduku.

********************************************

Sarah Yasmeen POV.

" Sarah, bangun. Dah pagi awat dak bangun bangun lagi. orang dara tak elok bangun lewat. Dah pi bangun mandi. Mak nak ajak hang pi teman mak gi merket cari sayur sayur, barang dapur pun dah takdak dah dalam petiais. bangun celat jangan baloq lagu ni. "
Puan Salmah mengejutkan anaknya yang sedang asyik diulit lena. Kedengaran dengkuran yang sedikit kuat.

Melihat tiada tanda tanda hendak bangun , Puan Salmah lantas menuju je luar pintu lalu menutup suis kipas. Hanya itu sahaja cara untuk menyedarkan puteri bongsunya itu dari lena yang diulit manja.

" Mak ! Apa ni tutup kipas ceq tidoq. ceq ngantuk lagi ni."
Laung Sarah Yasmeen dari atas katil.

" Ishh hang tu anak dara tak elok tidoq masa ni dah. pi bangun teman mak pi merket sat." Puan Salmah menjawab tegas.
Masih tercegat di hadapan pintu bilik anaknya yang dilihat menggosok mata dalam keadaan mamai.

"Ish mak ni kacau ceq tidoq ja keja. ceq nak tidoq pun payah. Baik ceq pi mati ja la lagu ni. Mak tak pernah nak paham ceq."  Sarah Yasmeen melenting kasar lalu kembali merebahkan badannya.
Selimut ditarik semula lalu mata dipejam. Biarpun terasa panas tetap diendahkan oleh kerana rajuk dan emosi mula menguasai diri.

Puan Salmah menggeleng lemah. Tertunduk memandang lantai.
Matanya mulai berkaca. Kata kata yang dihamburkan anaknya sebentar tadi memberikan kesan sebak pada hatinya.

' Sampai hati kau nak...'

" Eh mak. mak awat ni tak sihat ka?"soal Jamilah memegang bahu ibunya yang dilihat tertunduk memandang lantai di hadapan bilik adiknya.
Jamilah adalah anak sulungnya.

"Takdak apa Milah. mata mak masuk habuk. Milah nak pi keja dah ka?" Jawab Puan Salmah sambil tersenyum memandang puteri sulungnya yang manis berbaju kurung  rona hijau pucuk pisang dan berselendang rona krim lembut. Tidak mahu anak sulungnya itu mengetahui apa yang telah terjadi. Dia tidak mahu berlaku perbalahan antara anak anaknya yang amat disayangi.

Setelah pemergian suaminya, Rahimi. Puan Salmah yang menyara kesemua anaknya. Mujur anak sulung dan anak keduanya sudah bekerja. Sedikit sebanyak mampu meringankan beban yang digalas. Puteri ketiganya pula masih menganggur. Baru sahaja beberapa minggu berhenti kerja akibat tidak tahan dimarahi oleh tauke kedai runcit.
Puan Salmah sendiri bekerja sebagai tukang masak di kedai makan kecil kecilan yang berhampiran. Manakala putera bongsu nya yang bernama Ahmad Rauf pula masih bersekolah di tingkatan empat di Sekolah Menengah Kebangsaan Baling.

" Yaka ni mak. kalau ada apa apa mak habaq ceq no. jangan sengap ja. Aah ceq nak pi keja dah ni. Mak cuti kan arini. kalau boleh lepasni mak berenti la keja. Mak duduk ja kat rumah biaq ceq ja keja. Ceq boleh jaga mak. Boleh jaga adik adik. Mak jangan risau pasal gaji ceq. Inshaallah cukup untuk kita sekeluarga. Lagipun Farah pun ada keja juga. "
Jamilah bersuara tenang memujuk ibunya. Sejak dulu lagi Jamilah sering menasihati ibunya untuk tidak lagi bekerja. Tetapi nasihatnya itu umpama mencurah air ke daun keladi.
Alasan ibunya bosan duduk di rumah.






Airmata ElQairaWhere stories live. Discover now