(this chapter contains abusive and mature content)
••••••
Andai ku ikut rasa hatisudah lama ku bawa diri
biar dunia terus sepi
janji tiada yang menyakiti
biar terus menyendiri
janji tiada yang mencaci
mereka tidak merasai
mereka tidak berdiri disini
akan aku terus meredahi
lautan kehidupan yang fana ini
seorang diri
tanpa peneman disisi.
••••••
Langkah aku bawa laju menuju ke tandas sekolah.
Result SPM di dlm beg belum sempat aku lihat berapa.
Namun, bukan itu yang aku risaukan.
Tandas kosong.
'sebaik kosong...fuh aman sikit.' monolog hati.
Satu pintu tandas aku tolak dan segera menguncinya.Aku pandang sekeliling.Bersih. Aku tutup penutup mangkuk tandas supaya dapat aku duduk dengan selesa.
Sreett...Bunyi pintu tandas utama terbuka.
"Kau nampak tak si Zulaikha tadi?" tanya seorang pelajar perempuan kepada kawan dia.
"Nampak lah doh.Gila aku tak nampak.Kalut siot.Hahahahahaha malu lah tu." Balas si kawan.
Kecoh tandas perempuan dengan gelak tawa mereka.
"Dasar perempuan tak tahu malu.Kalau aku lah memang tak lah aku datang sekolah. Takde harga diri betul perempuan tu." Balas yang lainnya.
" Kan!!! Dahlah dah jual body pastu tunjuk2 pulak muka depan semua orang!" Bingit telinga aku dengan suara nyaring dia ni.Cakap tu tak reti slow ke?
"Biasalah...Muka pelacur tepi jalan kan.Mana reti malu." Sinis bunyi yang mereka lemparkan. Sangat terkesan hingga ke hulu hati.
"Hahahahahahah."
Bunyi pintu utama kedengaran sekali lagi.
Suara mereka semakin menjauh dan kemudiannya hilang dari pendengaran.Huhh...nafas yang tidak sedar tertahan aku lepaskan.
1 Minit...
2 minit...
5 minit...
10 minit...
Aku termenung. Terkedu tidak tahu mahu buat ape.
Nafas aku tarik sedalam-dalamnya.
Result di dalam beg aku capai.
1,2,3,4,5,6... wau...6 A kesemuanya.
Tak sangka.Selama ni nak dapat 3 A masa periksa pon susah.
Aku tarik senyum ke pipi walau terasa kelat di hati.Air mata yang menitis aku seka.
Tak tahulah menangis sebab gembira atau sebab terluka.
Aku simpan semula slip keputusan. Selak pintu aku buka dan pantas menuju ke sinki untuk basuh muka.
Ah!segar balik.
'ok semua dah settle so dah boleh balik.' Aku terus keluar dari tandas perempuan.
"Nak pergi mane tu?"
Oh shit! Aku terus kaku disitu.
Tanpa memandang ke arah orang yang bertanya aku terus melangkah laju.
YOU ARE READING
AKU YANG TERHINA [ON HOLD]
Short StoryBuat mereka yang pernah tersilap langkah tersalah arah terpesong jalan Buat mereka yang mahu berubah Buat mereka yang mahu mencari keredhaan tuhan Inilah dia aku persembahkan diari sadis si gadis hina. -AKU YANG TERHINA- Start:- 1 Mac 2019 End:...