Bab 6|Diam

4 0 0
                                    

Song:- River by bishop briggs

••••••
Masa terus berlalu

Membawa pergi rasa yang pilu

Harap tiada yang tinggal sendu

Gagahi diri teruskan hidup

Mencari sinar sekuat mampu

Untuk tempuh hari yang bakal berlalu.

••••••

"Macam ni kau balas umi dengan ayah yang besarkan kau yang hantar kau ke sekolah?!"Suara Umi bak halilintar membelah bumi.Bergema seluruh ruang tamu dengan amukan umi yang tiada  penghujung itu.

Aku cuma diam memandang pergelangan yang berbalut.Buat apa aku balas. Aku tahu benang yang basah tidak dapat aku tegakkan.

"Apa kena dengan kamu ni Zulaikha?! Tak boleh ke jadi macam abang dengan angah?! Tak boleh ke jadi macam adik?! Susah sangat ke permintaan umi ni? kenapa ha dengan kamu ni?!" Umi masih meneruskan amukkannya.

Ayah hanya diam tanpa melakukan apa-apa. Ya, itulah ayah. Aku pon tidak mengharap dia melakukan sesuatu.

" Umi dengan ayah ni penat bekerja siang malam macamni kamu balas?! MACAMNI KE?!" Suara umi naik seoktaf menengking aku yang hanya diam tidak berkutik.

"Sudahlah.Malu jiran dengar terpekik terlolong." Balas ayah dengan tenang.

Itu yang ayah kesahkan?
Ini yang umi kesahkan?
adakah result SPM aku tidak menunjukkan bertapa aku cuba menjadi seperti adik beradik yang lain?
adakah result aku itu tidak bermakna apa-apa pada mereka?

"KENAPA?!" tanpa sedar aku menjerit meluahkan perasaan yang terbuku.

Aku bingkas bangun berlalu menaiki tangga untuk masuk ke bilik. Umi yang makin dirasuk amarah aku biarkan sahaja.

Aku lelah.
Aku penat.
Aku sudah tidak larat dengan semua ini.
••••••
Peristiwa sebulan lepas aku cuba padamkan dari kotak ingatan.

Pahit. Itu yang aku rasakan.

Headphone di atas meja aku capai. Volume aku pasang pada tahap paling maksimum.
Suara bishop briggs menyanyikan River berkumandang menggegarkan gegendang telinga.

Diari kelabu aku pegang.
Banyak yang aku catat dalam ini. Segala rasa aku simpan di dalam ini. Diari kelabu ini adalah hadiah pemberian abang masa aku baru menginjak umur 17 tahun.

Sudah setahun lebih rupanya diari ini berkhidmat kepada aku.

Ucapan tahniah dari abang dengan angah melalui whatsapp berkenaan result SPM aku baca buat sekian kalinya.

Mereka langsung tidak bertanya tentang perkara bodoh yang telah aku lakukan.Berbeza dengan Nayla yang terus mendesak aku.

Namun sampai ketika ini tiada seorang pun yang tahu kenapa aku lakukan perkara itu.

Suicide.

Perkara yang paling menakutkan ialah apabila kau sudah tiada rasa.

Tidak mahu aku rasakan lagi perasaan kosong pada ketika itu.

Tapi tetap ia menghantui dan menemaniku saban waktu.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 16, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

AKU YANG TERHINA [ON HOLD]Where stories live. Discover now