Song:- kiss the rain by Yiruma
••••••
Kenangan hitam terus mencarisudah puas aku melarikan diri
janganlah aku dijadikan mangsa lagi
Sungguh aku lelah dengan semua ini.
••••••
Hujan yang turun semakin lebat menyembah bumi.Payung ditangan aku sangkut pada grill pintu.
Kaki aku bawa melangkah memasuki rumah.
Kosong.
Helaan nafas aku lepaskan.Senyum kelat aku hadiahkan buat diri sendiri.
Hati terasa hiba.Mengingati kenangan hitam yang tercatat pada hari ini.
Hati terasa hiba.Tiada yang menyambut aku dirumah ini.Kan seronok kalau Nayla ada.
Air mata jatuh berguguran.Lama-kelamaan semakin deras di pipi.Esak tangis mula memenuhi ruang tamu tempat aku duduk.
"Kenapa harus begini?" Semakin kuat dan mendayu-dayu bunyi tangisan yang keluar.
"Umi,ayah,Nayla,along,angah...kenapa semua abaikan kakak.Harini kakak ambil result SPM.Kakak dapat 6 A..." aku merintih pilu keseorangan.
"Nayla...diorang kat sekolah semua layan aku macam binatang.Diorang tak hormat kat aku...Diorang perkosa aku." sedu sedan masih memenuhi ruang tamu.
Aku terduduk melutut di lantai.
Kenapa harus begini? Tangan naik memegang dada yang terasa sakit. Hati aku sakit.Sakit sangat.Sapu tangan kelabu biru yang masih aku genggam aku bawa ke hidung.
Haruman yang semerbak bau itu aku sedut. Tenang. Itu sahaja yang mampu aku katakan untuk menggambarkan bauan tersebut.
Walau sudah terpalit darah dan air mata. Sapu tangan kelabu biru itu tetap wangi.
Air mata aku kembali mengalir di pipi.
Tangisan yang sudah berhenti seketika tadi kembali memenuhi ruang.
Kenangan hitam di dalam tandas sekolah kembali berputar.
Murahnya aku diperlakukan seperti itu.
Aku terus mengongoi kesedihan.Kali ini tangisan aku lebih teruk.
Fikiran aku kosong.
Hanya dipenuhi kesedihan dan kekecewaan yang melampau.
Tanpa sempat aku berfikir waras,
aku bangun menuju ke dapur.Pisau dapur aku capai.Pintu belakang aku buka luas. Menderu-deru angin luar masuk. Hujan yang lebat tiada tanda-tanda mahu berhenti.
Dengan berkaki ayam aku keluar ke halaman belakang.Aku dongakkan kepala memandang langit yang juga sedang menghamburkan tangisannya.
Kedinginan mula mencucuk hingga ke sumsum tulang. Tetap sahaja aku biarkan.Hati aku terlampau terluka.Aku sudah mengalah mahu meneruskan kehidupan sebegini.
Tolonglah, aku hanya memerlukan seorang sahaja untuk berada di sisiku saat dan waktu ini.Tolonglah hadirkan seseorang untuk sedarkan aku ketika ini.
Hati aku merayu.10 minit aku berdiri menghadap langit tanpa melakukan apa-apa. Badan yang menggigil aku abaikan.
Huh! Aku tersenyum sinis.' Kau tiada sesiapa Haura Zulaikha.Takde.' hati aku berbisik meracuni fikiran.
Aku pejamkan mata.Merasai dan menghayati setiap titisan hujan yang jatuh mencium wajah dan tubuh aku.
Kosong.
Fikiran aku sekosong-kosongnya.
Hati aku sudah tidak merasa apa kecuali kesakitan.
Aku sudah tidak sedar apa yang sedang aku lakukan.
Dengan hanya satu gerakan, dunia disekeliling aku menjadi gelap.
Titisan hujan yang lebat menyembah tubuh juga sudah tidak terasa.
Cecair hangat di pergelangan tangan menitis laju.
Bam!
Tubuh aku layu jatuh ke atas bumi seiring bunyi guruh yang kuat.
Namun, tiada rasa sakit yang menjengah.
Semuanya masih dipenuhi kekecewaan lepas.
Mungkin ini pengakhiran aku.
••••••
'Awak...bangun.'
Suara itu berbisik kepada aku. Dalam dan lembut. Sangat menenangkan.
Aku kuatkan kudrat aku untuk membuka mata.Cahaya putih terang berlumba-lumba menyerang Iris mata.
Aku pejamkan semula mataku.
"kau dah sedar,kak?" Lembut Nayla bertanya.
Aku buka mata aku perlahan-lahan dan menoleh ke kiri memandang Nayla.
Aku kat mana ni? Apa yang telah terjadi? Itu antara persoalan yang berlegar di minda. Mahu aku bertanya tetapi mulut terasa kelat dan kering.
"kau mesti nak air kan? Nah." Nayla menghulurkan aku segelas cawan berisi air kosong.
Aku ambil dan meneguknya perlahan.
Ah! lega tekak.
"aku kat mana?" tanya aku kepal
da Nayla."Hospital." Nayla menjawab perlahan dan merenung aku sedalam-dalamnya.
"Kenapa kau buat macamtu?" Nayla bertanya.Setitik air mata mengalir dipipi dan laju sahaja Nayla kesat.
Aku biarkan soalan Nayla tanpa jawapan. Aku pejamkan semula mata. Cuba mengingati semula apa yang terjadi.
Result.Tandas.Hujan.Sapu tangan kelabu biru.Pisau.Kosong.
Aku menghela nafas berat.
'apa yang aku dah buat ni...' Terasa mahu menangis.
"Kak..." Nayla memanggil memaksa aku untuk buka kan mata.
"Apa yang jadi dekat kau? kenapa kau buat semua tu? Kau tak sayang aku ke? Kau tak sayang diri sendiri ke?" Nayla terus mengasak aku dengan pelbagai soalan.
"Umi ayah mana?" soalan Nayla aku balas semula dengan soalan.
"Balik rumah sekejap." Balas Nayla.
"Kak...aku ta-" pantas aku meyuruhnya diam.
"Diamlah aku sakit kepala.Sekarang bukan masa yang tepat untuk aku cerita Nayla. Please understand me." Suara aku semakin kendur.
Mata aku pejamkan semula dan memaksa diri untuk tidur. Aku mahu mengelak dari semua soalan.Aku mahu mengelak dari semua orang.
Wajah lelaki yang memberi sapu tangan itu menjelma buat kesekian kalinya.Kenapa wajah itu juga yang hadir ketika ini.
Aku mengeluh.
Aku lelah dan penat.
Dunia disekeliling mula membisu. Kantuk yang aku undang sudah mengunjung tiba.
••••••
Jangan lari dari masalah kerana lambat-laun kau tetap akan menghadapinya.
Cuma bezanya cepat atau lambat.
Tapi kau yakin ke kalau kau lari, masalah itu tidak akan bertambah?
-Do vote and comment-
pwetty pleasee...😞
YOU ARE READING
AKU YANG TERHINA [ON HOLD]
Cerita PendekBuat mereka yang pernah tersilap langkah tersalah arah terpesong jalan Buat mereka yang mahu berubah Buat mereka yang mahu mencari keredhaan tuhan Inilah dia aku persembahkan diari sadis si gadis hina. -AKU YANG TERHINA- Start:- 1 Mac 2019 End:...