Andai dapat kuundurkan masa
mungkin tiada sesal di jiwa
tiada hati yang terluka
tiada jiwa yang terseksa
menanggung semua duka
menelan semua lara
Ya allah...
aku tersilap langkah
adakah aku masih diterima?
aku tidak mahu
menjadi si gadis yang hina.
••••••
Aku terduduk kaku.
Merenung sepinya malam. Tiada bintang untuk meneman si bulan purnama.
Cantiknya bulan malam ini.Bulan...
jangan bersedih. Setitik air mata jatuh ke peha . Makin lama makin lebat air mata bercucuran.'Kenapa hidup aku macam ni?' monolog si hati.
Kali ini tangisan disertakan dengan sedu sedan yang kuat. Air mata terus mengalir tanpa diseka.
Aku jijik!
Aku jijik!
Aku jijik dengan diri aku.
Aku kotor...
Aku kotor...
Mulut terus mengumam tanpa henti.Mata terasa berat.Akhirnya mata terlelap.Tubuh yang kaku bersandar di tepi katil jatuh terbaring.Sedu sedan masih berirama sebagai tanda hati yang pilu.Biarlah aku berehat seketika dari dunia yang penuh pancaroba ini.
Oh Allah, Maafkan aku.
Maafkan aku si gadis hina ini.
Iya, aku tidak suci lagi.
Setiap hari aku ratapi. Kebodohan yang hanya mampu dikesali.
Aku tersilap langkah.
••••••
-Allah itu maha penyayang.Apabila kita bersedih dan menangis, dia hadirkan rasa mengantuk itu untuk kita tidur dan berehat seketika.DIA tahu kita penat. Lihat... Allah itu tak pernah tinggalkan kita. Walau kita rasa keseorangan tapi sebenarnya masih ada DIA untuk menjaga dan memujuk.
Lihat betapa Maha lembutnya Allah itu. Allah sebagai tuhan pujuk HAMBA dia.
Buka lah mata dan lihatlah alam.
Maka kau akan sentiasa nampak kebesaran Allah jika kau orang yang bijak dan berfikir.
YOU ARE READING
AKU YANG TERHINA [ON HOLD]
Cerita PendekBuat mereka yang pernah tersilap langkah tersalah arah terpesong jalan Buat mereka yang mahu berubah Buat mereka yang mahu mencari keredhaan tuhan Inilah dia aku persembahkan diari sadis si gadis hina. -AKU YANG TERHINA- Start:- 1 Mac 2019 End:...