bicara Hadi Fayyadh

181 4 0
                                        

Manusia
Ada sahaja dengan  kiraannya
Untuk apa adanya esok bagiku
Kekayaan apakah yamg masih ada buatku
Kemegahan apakah yang terus menjadi milikku
Kebahagiaan apakah yang berterusan dirasaiku

Begitulah kamu
Terus berfikir. Dalam lingkaran memikir
Sedang kamu tidak tahu
Izrail sedang mengintai pemutus kenikmatan
Kenikmatan sementara menuju pangabdian selamanya

Maka apakah tangisan itu berguna lagi
Hanya sedetik pencarian yang hampir dengan penamat
Walau masih belum sempat bersiap
Kerna terbuai rasa dengan samudera dunia
Gelombangnya mampu melenakan
Kamu dan sesiapa yang belayar keatasnya
Syahdunya sungguh mengasyikkan

Pencarian itu untuk apa
Sementara berjalan menuju selamanya
Apabila masa telah disaksikan
Tuhan akan mengadiliku
Dosa akan menghukum ku
Pahala akan menghadiahkanku

Sedari dari mimpi ini
Bahawa pencarian ini perlu terhenti
Berpusing kembali kearah Ilahi
Agar gerak Nadi terus diredhai

tarbiah dari langit karya hadi fayyadhStories to obsess over. Discover now