Aku Menangis, Adakah Tuhan Dengarinya

688 17 0
                                        

Alangkah sedihnya perasaan dimabuk cinta
Hatinya menggelepar menahan dahaga rindu
Cinta digenggam walau apapun terjadi
Tatkala terputus, ia sambung seperti mula
Liku-liku cinta, terkadang bertemu syurga
Menikmati pertemuan indah dan abadi
Tapi tak jarang bertemu Neraka
Dalam pertarungan yang tiada  berpantai

Aku mencintai-Mu dengan 2 cinta
Cinta kerana diriku dan cinta kerana diri-Mu
Cinta kerana diriku,adalah keadaan senantiasa mengingati-Mu
Cinta kerana diri-Mu, adalah keadaan-Mu mengungkapkan tabir
Hingga Engkau ku lihat
Baik untuk ini mahupun untuk itu
Pujian bukanlah bagiku
Bagi-Mu pujian untuk semua itu

Ya Allah
Semua jerih payahku
Dan semua hasratku di antara segala kesenangan-kesenangan
Di dunia ini, adalah untuk mengingati Engkau
Dan di Akhirat nanti,di antara segala kesenangan
Adalah untuk berjumpa dengan-Mu
Begitu halnya dengan diriku
Seperti yang telah Kau katakan
Kini, perbuatlah seperti yang Engkau kehendaki

Rabiatul Adawiyyah

tarbiah dari langit karya hadi fayyadhStories to obsess over. Discover now