BAB 5

249 1 0
                                    

"ASSALAMUALAIKUM...""Waalaikumussalam warahmatullah hiwabarakaatuh, ustazah..."Bunyi riuh suara anak-anak didikku bergema serata ruang bilik darjah. Saat aku memijak lantai kelas, mereka semua bersatu hati, berdiri tegak. Siap sedia memberi salam. Usai aku jawab salam tadi, mereka membaca doa sebelum mula belajar. Aku menadah tangan dengan senyuman yang sentiasa terukir apabila bertemu mata dengan mereka. Sejuk mataku memandang.Setelah aku benarkan mereka duduk, tiba-tiba salah seorang anak didikku, menangis sekuat hatinya. Tumpuanku beralih kepadanya. Aku gerakkan kaki, menuju ke arah Aiman yang menangis. Satu kelas bergema dengan tangisannya. Rakan-rakannya yang lain terpinga-pinga, masing-masing memadang ke arah kami, ingin mengetahui apa yang terjadi."Madi cubit Aiman..." adu Ika, yang duduk di belakang tempat duduk Aiman. Dialah satu-satunya saksi kejadian. Mataku yang merenung Ika tadi terus menyoroti ke arah kedudukan Aiman dan Madi yang duduk bersebelahan. Aku geleng kepala. Aku pandang Madi, kemudian aku pandang Aiman pula. Silih berganti. Madi sengih takut."Tak baik cubit Aiman. Madi tak sayang Aiman, ya?" Aku bermain psiko, kesabaran perlu ada dalam diri seseorang pendidik. Mujurlah kesemua anak muridku makan dipujuk, mudah sikit aku nak kendalikan bahtera yang rata-rata anak kapalnya terdiri daripada anak-anak didikku yang masih tidak akil baligh, tidak matang lagi.Madi tertunduk, kuyu wajahnya. Aku jatuh simpati tetapi aku harus bersikap adil. Tidak boleh berat sebelah. "Aiman kawan Madi, kan? Aiman sayang Madi tak?" Aku sentiasa terapkan kasih sayang dalam setiap pengajianku. Aku mahu mereka memiliki nilai-nilai murni. Usia jagung seperti mereka harus diajar perkara yang baik, bukan yang buruk. Aku sengaja psiko Aiman pula, Aiman angguk. "Tapi Aiman sorokkan pensel Madi, dia yang mula dulu. Madi cubitlah dia. Dia degil, tak nak kasi balik pensel Madi..." Muncung Madi sudah sedepa, mungkin rasa tercabar dengan layanan baik aku kepada Aiman. Aku senyum, terselit geli hati dengan sikap keanak-anakan Madi.Kali ini Aiman pula tertunduk, rasa bersalah agaknya. Aku sudah lali dengan situasi begini. Aku gerakkan tanganku, aku usap rambut Madi, penuh gemalai. Aku suka belai rambut kanak-kanak, tambahan lagi kepada anak yatim seperti Madi. Aku terfikir seseorang yang istimewa, Rasulullah S.A.W. Baginda sangat menghormati dan menyayangi anak yatim. Baginda juga gemar mengusap kepala anak yatim. Hikmah berbuat baik kepada anak kecil terutama anak yatim, tentunya mengajar diri dari rasa rendah diri, tidak bongkak mendongak langit. Lagipun, kanak-kanak seperti Madi dan Aiman merupakan ahli syurga, sayangnya ramai manusia dewasa melayan ahli-ahli syurga dengan layanan yang buruk. Kadang mereka disepak, ada yang ditendang, didera dan macam-macam lagi. Paling menyedihkan, ada segelintir ahli syurga dibuang merata-rata gara-gara perbuatan haram ibu bapa mereka yang berzina.ALLAH, hatiku sebak mengenang zina. Mungkin kerana itulah aku tidak mampu melupakan perbuatan Kak Su dan Abang Haiqal. Aku benci kerana mengingatkan bayi-bayi yang dibuang dan diperlakukan seperti binatang. Hatiku tidak tenang, teringat kembali masalah lampau antara aku, Kak Su dan Abang Haiqal. Hurm, sedihku datang menjengah seketika."Aku main-main ajelah. Aku tak nak pun pensel kau. Nah ambil balik!" Suara Aiman menyedarkan aku dari tersasar jauh. Aku halakan mataku kepada mereka berdua. Aku geleng kepala."Eleh, dah kena marah dengan ustazah, baru nak bagi aku..." perli Madi."Diamlah kau...""Kau diam, gemuk.""Pendek, pendek. Aiman pendek..." Gilirin Madi pula yang mengejek."Kau gemuk, gemuk.""Madi, Aiman. Sudah. Tak baik ejek-ejek orang. Salam, minta maaf. Madi sayang Aiman, kan?"Madi terdiam. Matanya melirik kepadaku. Aku pandang Aiman pula."Aiman sayang Madi, kan? Aiman kan kawan Madi. Balik sama-sama, pergi sekolah pun sama-sama, kan?" Aku cuba memujuk menggunakan kelembutan.Kedua-dua anak muridku terdiam."Ustazah tanya ni, Aiman sayang Madi tak?" Akhirnya Aiman mengalah juga dengan pertanyaanku, dia angguk. Madi menjatuhkan kening, kesal agaknya."Madi sayang Aiman?" alihku kepada Madi pula."Sayang.""Kalau sayang kawan, minta maaf, salam dan peluk Aiman." Aku mengukir senyuman. Lega hatiku saat melihat mereka berdakapan. Krisis anak kecil amat mudah diselesaikan antara mereka. Mereka mudah melupakan dan mudah memaafkan. Sepatutnya orang dewasa sepertiku mengambil iktibar dari pergaulan kanak-kanak. Aku teringat seseorang. Wajahku terselindung sayu. Kak Su... Hurmmm...Sebenarnya aku rindukan dia, tetapi aku tak tahu nak mula dari mana. Hubungan kami sudah jauh, teramat jauh. Macam mana aku nak sambung balik, ya? Hurm..."Ustazah, ada pak cik bagi surat. Pak cik tu kata namanya mr. sweet..."Erk, mr. sweet? Berderau darahku dengan sapaan daripada Sofea. Mataku melilau sekitar luar bilik darjah, mahu mencari kelibat orang yang memberi surat kepada Sofea. Tak ada pula bayang si mr. sweet. Heh, berani sungguh Muhammad Yusof menggunakan perkataan begitu dengan anak kecil! Aku ketap bibir, diterpa malu.Aku pandang Sofea yang duduk bersebelahan tingkap di hujung baris meja akhir. Sofea bangun, melulu menuju arah di mana aku sedang berdiri, sambil menayangkan surat kuning kepadaku. Aku sambut dan bertanya."Pak cik tu ada kat luar ke?" soalku kepada Sofea setelah surat tadi bertukar tangan.Sofea geleng kepala. "Dah balik kut..."Aku kerling lagi sekeliling pemandangan luar melalui tingkap. Kosong. Tiada satu pun kelibat manusia. Aku menarik nafas tenang. Sofea pula sudah duduk ke tempat asalnya tanpa menunggu aku balas semula kata-katanya tadi.Aku terus berjalan ke hadapan tanpa mengeluarkan isi surat itu. Surat tadi aku selitkan ke dalam bukuku yang ada di atas meja. Hesy, jantungku tiba-tiba buat senaman hari ni! Gara-gara penangan surat daripada Muhammad Yusof, aku terpaksa mengajar dalam keadaan jantungku berlari deras. Kenapa pula aku gelabah semacam ni, heh?Bismillahirahmanirahim... Hatiku berbisik kalimah ALLAH. Aku cuba mencari ketenangan sebelum memulakan pekerjaan."Hari ni ustazah nak cerita tentang kisah semut atau nama arabnya naml." Aku lupakan seketika kewujudan surat tadi, tumpuanku beralih arah kepada mereka semua. Sebahagian mulut anak-anak didikku sudah terbuka sedikit, khusyuk terhadap penceritaanku sebentar sahaja lagi. Aku ukir senyuman."Firdaus, tutup mulut tu, nanti masuk lalat."Gurauanku disambut tawa oleh yang lain. Firdaus tersengih-sengih. Anak muridku yang seorang ini memang berperangai begitu, suka melopong dan mengangga mulut. Senyumanku melebar. "Mulianya semut-semut ni sampai ALLAH adakan surah dalam al-Quran, khas untuk semut. Siapa tahu apa nama surah yang ada nama semut?" Aku sengaja memancing minat mereka untuk menumpukan sepenuh perhatian kepadaku. Aku suka berkongsi cerita dengan mereka, mahu naikkan semangat mereka untuk mencintai Islam. Bukan hanya belajar dan hafal segala ilmu agama tanpa mengamalkannya.Satu kelas diam."Tahu tak?"Ramai yang menggeleng-geleng kepala."Surah An-Naml, kisah semut dengan Nabi Sulaiman. Nak dengar tak?""Nak!!!" Satu kelas menjerit serentak, menjerit suka.Aku segera capai kerusi guru, kubawa ke tengah-tengah ruang hadapan yang menghadap mereka. Aku perhatikan satu per satu wajah yang sedang merenungku, terasa lapang. YUSOF mengintai semula di tepi tingkap. Tadi dia menyorok di belakang tembok, takut kehadirannya diketahui oleh Ustazah Nur Syahadah, merangkap bakal isterinya. Senyumannya melebar menatap wajah yang sedang tersenyum manis itu."Comelnya bakal isteri aku. Ooo, kalau dengan aku, bukan main sombong lagi, ya? Dengan budak-budak tu boleh pula rapat, siap senyum-senyum pula tu. Untunglah budak-budak ni boleh tengok senyuman mahal Cik Nur Syahadah. Dia dengan aku, usahkan nak senyum, nak pandang muka aku pun takut-takut. Macamlah aku ni hantu..." bebelnya separuh berbisik. Dia menumpukan sepenuh perhatiannya terhadap cerita Nur Syahadah. Matanya masih tegak, tidak berkerdip memerhati insan yang disukainya.Eh, apa pasallah budak ni duk terhendap-hendap tu? Lain macam aje ni. Haaa, ni memang tak ada kerja lain lagi ni, nak mengintai anak dara orang aje kerjanya. Aku tak boleh biarkan, bisik hati Ipin, jaga sekolah yang kebetulan mahu ke kantin.Ipin yang diserang rasa pelik, menepuk-nepuk bahu pemuda yang terhendap-hendap sejak tadi."Syhhh, jangan kacau. Nanti dia nampak kita..." bisik Yusof. Dia boleh lupa, dia seorang sahaja yang datang ke tempat ini. Tiada teman yang bersamanya.Ipin tepuk belakang Yusof lagi, berulang kali. Wajah sinisnya disertai dengan ketapan bibir, geram kerana dirinya tidak dilayan."Isyyy, kacau ajelah. Jangan gang..." Yusof tidak menyudahkan ayat akhirnya. Dia sengih malu saat matanya tertoleh ke belakang.Ipin pura-pura sengih, memaniskan wajah. Jari telunjuknya menunjuk ke arah dalam bilik darjah, kemudian ke muka Yusof. Silih berganti. Keningnya terangkat.Yusof yang seakan-akan mengerti maksud isyarat jari telunjuk daripada lelaki tua yang beruban itu, terus sahaja berbisik ke telinga Ipin."Ooo, pak cik nak tahu apa saya buat kat sini?" tanyanya dalam bisikan."Ha, lebih kurang macam itulah, nak," perli Ipin.Yusof malu sendiri. "Errr... Saya nak dengar kisah semut.""Semut?"Laju Yusof angguk."Isy... Isy... Semut, ya?"Yusof sengih. Segan."Apa ceritanya dengan semut tu? Hihihi..." Ipin perli dalam tawanya yang dibuat-buat. Tawanya perlahan, hanya mampu didengari mereka berdua.Yusof gelabah, berusaha memikirkan jalan keluar. Bahaya betul pak cik ni, tak pasal-pasal aku kena tangkap kejap lagi! bisik hati kecilnya.Mujur dia cepat-cepat cover line, Yusof ajak pak cik tadi mencangkung bersama-sama dengannya. Ipin macam orang dungu, jadi pak turut. Lelaki lurus bendul itu lupa pada tanggungjawabnya yang harus membanteras jenayah di kawasan jagaannya. "Semut ni dikenali juga dengan nama naml. Dalam surah An-Naml ada kisah semut ni. Ustazah tu cakap, ayat yang ke 18 dan 19...""Ooo..." Ipin bagai dipukau. Terangguk-angguk, teruja mendengar bicara anak muda itu."Kisah semut ni terjadi dalam zaman pemerintahan Nabi Sulaiman..." Yusof gerakkan tangannya ketika memulakan cerita. Ipin mendengar dengan penuh tekun."Ni apa yang saya dengar dari cerita ustazah tadi. Saya tahu sikit-sikit aje, pak cik...""Yalah, apa kebendanya tu? Kamu ceritakan ajelah, tak usahlah buat aku suspens." Ipin sudah tidak sabar mahu mendengar kisah selanjutnya.Yusof sengih, wajahnya kembali serius. "Nabi Sulaiman mendapat keistimewaan memahami bahasa binatang. Sejak kecil lagi, baginda memang seorang yang sangat cerdik, pintar, pandai menyelesaikan masalah dan macam-macam lagi. Semasa baginda dan segerombolan rakyat jelatanya, yang terdiri daripada umatnya, malaikat, jin serta binatang-binatang hendak menuju ke lembah Asgalan, baginda menyuruh rakyat jelatanya berhenti di pertengahan jalan, berhampiran kawasan kediaman lembah semut. Boleh dikatakan tempat tu memang kerajaan semut, sebab ada ratu semut dan sarang-sarang semut yang tidak terbilang banyaknya..." Beria-ia benar Yusof bercerita, siap menggayakan tangannya. Penuh minat.Ipin angguk berulang kali, jatuh cinta dengan kisah yang diceritakan Yusof."Berhentilah sejenak, kita beri waktu kepada makhluk ALLAH untuk menyelamatkan diri..." 'Wahai nabiyullah, kenapa kita berhenti di tengah jalan?' Salah satu dari rombongan bertanya kepada Nabi Sulaiman. Nabi Sulaiman balas semula. 'Di depan ada lembah semut, yang di dalamnya terdapat jutaan semut. Mereka akan kusuruh berlindung agar tidak terpijak oleh kita.' Kalau abang nak tahu, rupa-rupanya Nabi Sulaiman mendengar rintihan ratu semut yang berbunyi begini, 'hai semut-semut, masuklah ke dalam sarang-sarangmu, agar kamu tidak diinjak oleh Sulaiman dan tenteranya, sedangkan mereka tidak menyedari.' Surah An-Naml, ayat 18." "SUBHANALLAH..." Ipin kagum dengan kebesaran ALLAH menghadirkan mukjizat kepada Nabi Sulaiman yang boleh memahami bahasa binatang."Nabi Sulaiman tersenyum dengan tertawa kerana mendengar perkataan semut itu. Dan dia berdoa: Ya Tuhanku, berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat-MU yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada dua orang ibu bapakku dan untuk mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai; dan masukkanlah aku dengan rahmat-MU ke dalam golongan hamba-hamba-MU yang soleh. Surah An-Naml, ayat 19," ujar Yusof sebak.Ipin juga sebak. "Semut pun ada kisahnya kan, lebih mulia dari manusia. Malah, disebut-sebut ALLAH dalam kalam al-Quran...""Itulah, tengok ajelah zaman la ni. Macam-macam kes, kelakuan manusia yang teruk ni lebih hina dari binatang. Mulia lagi semut," sokong Ipin setelah mendengar huraian Yusof. Masing-masing berkongsi pendapat dan bersembang, bercerita tentang hal-hal yang berkaitan dengan dunia akhir zaman.AKU menyambung lagi kisah semut tadi. Kali ini aku huraikan nilai-nilai murni yang ada dalam kehidupan masyarakat semut mengikut kesesuaian pemahaman anak-anak didikku. Aku gunakan bahasa yang mudah dan senang untuk mereka hadam dan simpan dalam kotak ingatan. Harap-harap mereka semua mengambil iktibar dan menjadikan kisah yang kuceritakan tadi sebagai teladan dalam kehidupan sehari-harian."Semut ni binatang yang hidup berkelompok di dalam tanah, membuat liang atau lubang dan ada ruang yang bertingkat-tingkat sebagai rumah. Dekat rumah semut ada gudang tempat menyimpan makanan musim dingin. Walaupun semut kecil tetapi mereka sentiasa bergerak dalam kumpulan. Ha, sebab itulah semut jadi kuat. Sebab apa semut kuat?" soalku, mahu mendapatkan respons daripada mereka. Kalau aku seorang sahaja yang bercerita, takut pula ada yang tidur."Sebab dia ada kawan-kawan yang boleh tolong dia, kalau ada orang kacau dia, ustazah..."Aku tersenyum. Lucu pula dengan jawapan daripada Fateha, si budak cilik yang putih kemerah-merahan itu. Skema habis."Lagi?""Dia orang ramai, musuh takut."Aku angguk mendengar ucapan Madi. Aiman di sebelahnya sekadar menyokong dan ikut menyampuk."Betul tu, ustazah. Dia orang kuat, kan?""Pandai sungguh anak-anak murid ustazah. Siapa pernah tengok semut?" Aku bermain emosi dengan mereka, mengajak mereka menyusuri teladan semut."Saya!""Saya!""Saya, ustazah. Saya pun selalu nampak,""Rumah saya banyak semut, ustazah...""Kat rumah saya pun ada semut...""Saya pun..."Seorang demi seorang menjawab soalanku tadi, sambil mengangkat tangan ke atas. Suasana kelas sangat riuh dengan paduan suara mereka yang seramai tiga puluh orang itu.Aku gembira, tiada seorang pun yang menguap. Bermakna tiadalah yang mengantuk, mereka semua memberi tumpuan sepenuhnya dengan kisah semut yang aku ceritakan."Bagus, cuba kamu semua perhatikan cara semut bergerak. Siapa tahu apa yang semut buat waktu terserempak dengan rakan-rakan semut yang lain?"Kali ini satu kelas sunyi sepi. Ada yang menggaru-garu kepala, bertanya rakan sebelah mereka. Agaknya, mereka tak faham soalan. Entah-entah tak tahu nak jawab, aku berandaian. Tanpa tunggu lebih lama, pantas sahaja aku jawab."Semut akan berhenti sekejap kalau bertemu dengan semut yang lain dari arah yang bertentangan. Betul tak?"Ramai pula yang menyokong. Suasana kelas jadi riuh semula."Rasa-rasanya, semut tengah buat apa masa tu?" soalku lagi.Adila pantas memintasku. "Dia tanya kawan dia. Hai, kawan."Aku senyum lebar mendengar jawapan anak kecil itu. Comel sungguh jawapan yang diberi."Dia bagi salam, ustazah. Assalamualaikum..." Faziq membuat suara garau, berlakon sebagai semut.Aku menyimpan tawa dalam hati. Macam-macam jawapan anak-anak kecil ini."Dia tanya nama awak siapa, awak nak pergi mana..." sampuk seorang lagi anak didikku, Akim. Alahai, lagi-lagi jawapan comel, hehehe. Aku terhibur dengan telatah mereka semua.Aku terus menyambung. "Pandai betul kamu semua ni. Ya, mereka sayangkan kawan mereka. Kalau jumpa aje, mesti berhenti sekejap, mereka suka berbual-bual, kan? Lepas tu, baru mereka jalan ke hadapan semula." Aku perhatikan, mereka semua begitu khusyuk mendengar. Ada yang mengangguk-angguk, melopong. Senyum nampak gigi yang rongak sana sini. Ada juga yang berbisik-bisik antara satu sama lain namun masih tetap fokus dengan ceritaku."Apa yang semut buat kalau nampak ada semut lain yang cedera atau sakit sampai tak boleh berjalan?" Aku menyoal."Dia angkat. Lepas tu semut tu kan, dukung kawan dia jalan sekali, ustazah." Pantas sahaja Faziq menyampuk. Faziq seorang yang aktif dalam kelas. Aku sudah kenal dengan perangainya yang suka bercakap. Kalau Faziq tak ada, kelas akan terasa sunyi sedikit. Faziq seorang kanak-kanak yang periang dan kelakar.Aku mengangguk mendengar jawapan Faziq. "Semut baik hati tak?" soalku kepada mereka."Baik, ustazah!!!" Ruang bilik darjah bergema dengan paduan suara mereka."Semut sayang tak rakan-rakan dia?""Sayang!!!" jawab mereka lagi, juga serentak.Aku senyum lebar. "Madi, Aiman, semut suka gaduh tak?" Aku sengaja berkalih kepada mereka berdua.Madi dan Aiman muram, masing-masing geleng kepala. "Ustazah tak suka ada sesiapa pun gaduh, menyakat rakan yang lain, boleh tak?""Boleh...""Kuat sikit. Boleh tak jadi baik macam semut?""Boleh, ustazah!" laung mereka dengan suara yang kuat."Ustazah selalu cakap apa kalau nak berjanji, sebut apa? Insya...""ALLAH!" jerit satu kelas."Kuat lagi," pintaku."Insya-ALLAH..." Mereka menyebut kalimah tersebut dengan penuh bersemangat."ALHAMDULILLAH," bisikku perlahan."TERIMA kasihlah ya berkongsi cerita yang sangat bermanfaat tu dengan pak cik. Kejap, pak cik nak tanya kau ni. Awatnya kau mengendap ustazah kat dalam tu?" soal Ipin."Dia bakal isteri saya..." Ipin melopong, mengangguk dengan kenyitan mata. Ipin gerakkan ibu jari ke atas, menunjuk isyarat bagus.Yusof sengih, merah padam dirinya menahan rasa malu. Adeh, dia tak tahu pula yang sekolah agama di sini sediakan khidmat pengawal keselamatan! Hehehe, malu ditangkap begini! Nasib baiklah pak cik di hadapannya agak peramah. Terlepaslah dia dari hukuman. Fuh..."Jemput datang majlis saya, ya..." bisik Yusof"Bila tu?" aju Ipin dalam bisikan juga.Dua bulan dari sekarang...""Ooo, tak lama aje lagi tu. Hahaha, kau ni dah mabuk rindu ke, sampai curi-curi tengok dia kat sini?" usik Ipin. Dia terlupa nak berbisik, penyudahnya dia ketawa terbahak-bahak dengan suara yang lantang. Dia geli hati melihat keadaan Yusof yang sudah seperti pencuri, terhendap-hendap.Alamak, pak cik ni buat bisinglah pula! Yusof merungut dalam hatinya."EHEM... Ehemmm..." Aku buat buat sakit tekak, berdehem berulang kali saat melihat gelagat dua orang lelaki yang berada berhadapan tingkap, menghala ke bilik darjahku. Amboi, seronoknya mereka bersantai di tepi kelasku! Mereka berdua tengah adakan perjumpaan ahli mesyuarat tingkap ke?"Assalamualaikum. Saya nak tanya ni. Ada event apa ya kat sini?" sindirku.Ipin tergamam, sengih sambil menampar bahu Yusof. Yusof toleh ke belakang. Mereka berdua berdiri serentak. Aku terpukau seketika. "Waalaikumussalam..."Pak cik guard menjawab salamku tadi, kemudian suara si dia pula yang keluar. Aku dihambat rasa gelabah dan malu, terkenang surat daripada si dia tadi. Aduh, malunya saat mata kami berlaga! Errr, dah kenapa pula dengan aku ni, tiba-tiba sahaja malu? Haish..."Hehehe... Ustazah apa khabar?" Ipin mencari helah untuk melarikan diri. Malu pula disergah oleh ustazah yang mengajar di sekolah agama tempatnya bekerja."ALHAMDULILLAH, baik..." Usai menjawab, aku halakan pandanganku pada mata encik calon suami. Mata kami bertaut seketika."Ya, ya, aku datang ni!" Tiba-tiba pak cik guard tadi mencelah. Dia melambai-lambai ke arah yang aku yakin tiada kelibat manusia langsung yang berdiri di kawasan itu. Peliklah, siapa pula yang panggil pak cik ni? "Maaflah ya, pak cik kena pergi ni. Kawan pak cik panggil dah tu. Jangan lupa jemput pak cik datang ke majlis kamu berdua nanti tau..." Ipin tepuk bahu Yusof, setelah itu memandang Nur Syahadah.Aku terkedu. Eh, pak cik ni tahu ke hubungan kami? Aduhai...Yusof kelihatan kekok apabila ditinggalkan berdua dengan aku. Dia menggaru-garu dahinya yang licin sambil matanya berlari ke arah lain.Hatiku terasa sesuatu yang boleh menghadirkan degupan jantung yang agak luar biasa kelajuannya. Degup jantungku berlari deras buat kali yang kedua, kali pertama sewaktu aku dapat surat tadi."Ehem... Ehem..." Lidahku kelu, si dia pula macam pura-pura berdehem. Aku jadi tak tentu arah apabila pandangan matanya beralih ke mukaku. Anak mataku tiba-tiba sahaja memandang ke arah kantin. Lidahku terasa kaku, liat dan agak berat. Simptom-simptom cemas mula menyerangku. Anak mata kami berlaga akhirnya, aku rasa macam nak... "Errr... Hai..."Glup. Sapaannya menjadikan dadaku berombak kencang. Aku pun tak tahu kenapa aku jadi begini. Cepat-cepat aku larikan renunganku ke arah kiri."Cantik...""Hah?" Aku terkejut. Cantik? Mataku melirik kepadanya. Terpaksalah aku beranikan diri berbalas renungan dengannya lagi. "Cat kelas ni. Cantik warnanya..."Aku angguk laju. Wajahku berona kemerahan. Aduhai encik calon suami, tolonglah cari soalan yang menguji minda sedikit. Kenapakah cat pula yang menjadi topik utama dalam pertanyaanmu? Alahai, merepek sahajalah si dia ni.Yusof garu kepalanya yang tak gatal. Mati kutu dibuatnya. Suasana bingit yang datang dari kelas itu, tidak mengganggu mereka yang sedang tidak keruan. Masing-masing tidak tahu berdialog, mulut pula bagai digam dengan gam gajah. "Saya balik dulu, ya? Moga bertemu lagi. Insya-ALLAH." Yusof bergerak pantas, tidak mahu lagi menoleh ke belakang. Langkahnya terus laju sepantas kilat. Arah laluannya menuju ke parkir kereta.Aku yang masih tercegat di pintu belakang bilik darjah, hanya mampu memandang si dia dari jarak yang jauh. Hatiku tercuit dengan sikap selamba Muhammad Yusof. Memang lain dari yang lain, mengalahkan Akhi Amir dan Abang Haiqal. Mereka berdua tidak seperamah encik calon suami. Senyumanku terukir. Aik, aku senyum? Senyumanku terlakar kerana Muhammad Yusof? Bagus, satu perkembangan yang positif untuk hatiku. Hatiku tercuit dengan gelagat si dia. Aku sambung kembali pengajaranku yang terhenti beberapa minit yang lalu. Buat pertama kalinya, fikiranku teringatkan dia. Dia ialah Muhammad Yusof, insan misteri yang tidak aku kenali itu.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 12, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

IZINKAN CINTA-MU YANG PERTAMAWhere stories live. Discover now