BAB 3

108 1 0
                                    

Menyingkap tirai hati,Mengintai keampunan,Di halaman subur rahmat-MU, Tuhan,Tiap jejak nan bertapak,Debu kejahilan,Akan kujirus dengan madu keimanan...(Destinasi Cinta - Mestica)~Muhammad Yusof~"ADA orang, dia dapat keputusan peperiksaan cemerlang, ada kerja besar, gaji besar, pangkat besar, ada anak isteri, dia langsung tak solat, mengaji memang tak buatlah kan, puasa dan yang lain-lain ditinggalkan sesuka hatinya, tetapi Tuhan tak pernah hukum dia malah dia rasa bangga, baiknya Tuhan, katanya. Ingat ya, orang itu fikir kejayaannya di dunia adalah hasil usahanya dan Tuhan pun meredhainya! Sedangkan dirinya tidak tahu yang ALLAH beri nikmat kepada manusia yang menderhakai-NYA, yang mana pemberian itu tidak diredhai-NYA, itulah yang dinamakan istidraj. Nikmatnya itu merupakan bala yang akan dipikulnya ke akhirat kelak, tunggulah pembalasan dan azab ALLAH. Bukan sahaja di akhirat, di dunia lagi ALLAH dah laknat..."Yusof sebak."Rasululullah S.A.W bersabda, apabila kamu melihat bahawa ALLAH Taala memberikan nikmat kepada hamba-NYA yang selalu membuat maksiat yakni derhaka, ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh ALLAH S.W.T. Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi," sambung lelaki yang mengimamkan solat maghrib tadi.Tazkirah maghrib tadi benar-benar menusuk hatinya. Dia membatu diri, mengasingkan diri di suatu sudut yang agak terpencil. Suasana riuh beberapa manusia, tidak mengganggu konsentrasinya 'berdating' dengan ALLAH. Dalam diam, dirinya menggerakkan jari-jemari kanan, mengikut cara Rasulullah S.A.W berzikir memuji kebesaran Ilahi. Dia lebih gemar menggunakan jari-jemari kanannya, yang dicipta ALLAH berbanding menggunakan rantai tasbih ciptaan manusia. Setiap kali jari-jemarinya menyentuh antara satu sama lain, tiap kali itu jualah air matanya laju mengalir, mengenang dosa-dosanya yang lalu. Hebatnya kau, jari. Kau mampu mengajak orang berzikir mengggunakan lipatan-lipatan yang ada pada jari-jemarimu, sedangkan manusia seperti aku, lupa mengucupkan dahiku ke tikar sejadah biarpun rohku diberikan badan, bisik hati kecilnya, menginsafi diri."HARI ni aku nak belanja kau orang semua. Jangan malu-malu, ya? Kita enjoy puas-puas. Malam masih muda. Hahaha..." Yusof terlalu gembira.Mengekek-ngekek rakan-rakannya ketawa. Ada yang sudah mabuk, ada juga yang hampir nak mabuk. Yusof senyum berlagak, bongkaknya sudah meninggi. Syarikatnya berjaya mendapat tender baru, mengalahkan pesaingnya dari syarikat-syarikat yang berbeza. Di kiri dan di kanannya diapit wanita yang seksi yang menggoda. Rakan-rakannya juga diapit oleh beberapa golongan wanita GRO. Semuanya cantik dan seksi belaka. Yusof terlalu gembira malam ini. Dirinya akan mendapat keuntungan yang besar setelah projek tender barunya siap kelak. Siapa tak nak duit? Duit adalah segala-galanya bagi Yusof. Wanita pula jatuh ke tangga paling bawah sekali. Lebih bawah dari alas tapak kakinya."Tahniah, Is.""Congrats...""Congrats, weh!"Yusof ketawa terbahak-bahak mengenangkan dirinya dilayan bagai raja pada malam ini. Wanita-wanita yang berada di sampingnya, memberi perkhidmatan yang terlalu 'high class' memandangkan dia anak orang kaya. Tapi dia takkan mudah cair dengan wanita. Nafsunya tidak mudah bergejolak hanya kerana pemandangan yang mengghairahkan di hadapan matanya! Cita rasanya tinggi. Hanya wanita terpilih yang mampu membuka selera syahwatnya."Is, you're getting what you deserve..."Yusof memandang ke arah yang ditunjukkan Safuan. Anak matanya gatal, memerhati keindahan yang berada tidak jauh daripadanya."Dari tadi I tengok dia pandang you. Minah kacukan macam tu memang taste you, right?" ujar Safuan yang separa mabuk. Kiri dan kanannya ditemani bunga-bunga malam. Masing-masing rebah di dalam dakapannya.Aziq yang baru meneguk gelas yang berisi arak, menyampuk. "Tonight is yours, Is...""Hai..."Tangan berjabat tangan. Yusof cium belakang telapak tangan wanita kacukan yang putih melepak dan berhidung mancung itu dengan penuh kelembutan. Itulah caranya memenangi hati wanita yang disukainya. "I Nursyasha Jessica, panggil I Jesy.""Wow, so nice..." sahut Yusof, memasang umpan."You pula?""Iskandar.""Panggil Is, kan?"Yusof angkat kening. "How you know?""I tekalah." Jesy tersenyum.Yusof terpikat dengan senyuman Jesy. Orangnya tinggi, mungkin kurang dua inci dari ketinggiannya. Susuk tubuh Jesy ramping menawan, persis seorang model. Jangan-jangan wanita di hadapannya ini memang seorang model. Yusof senyum menggoda. "You ni model ke?"Jari-jemari kanan Jesy menutupi mulutnya saat dirinya ketawa. "How you know?" Dia mengulang semula ayat yang digunakan Yusof tadi."Entahlah, hati I yang cakap macam tu." Yusof bersemangat memulakan sesi suai kenal. Tadi itu hanya permulaan perkenalan mereka. Kali ini dia akan pastikan Jesy jatuh cinta dengannya. Dia pula sudah tertawan dengan kecantikan Jesy."You model, kan?"""Yup.""Patutlah kecantikan you ni lain macam sikit.""Oh, really?"Yusof lemparkan senyuman. Dikucupnya tangan Jesy. Kepalanya mengangguk-angguk. "Mestilah. Kalau tak, I takkan terpikat."Jesy ketawa lagi. Tawanya cantik. Yusof terpukau saat Jesy mempamerkan barisan giginya yang putih dan tersusun rapi. Lesung pipit Jesy tersembul di sebelah pipi kanan, mencantikkan lagi paras wajahnya. "Boleh I duduk kat sebelah you?"Jesy malu-malu. "Duduklah. Kerusi ni tak ada nama tuannya." Yusof sengih lebar. "Seorang aje ke?""Taklah, berdua."Yusof pandang sekelilingnya. "Yang mana satu husband you?"Jesy senyum, menampakkan barisan giginya yang putih berseri. "Muka I ni nampak macam orang yang dah berlaki ke?"Yusof jongket bahu."I'm still single and available..."Yusof angkat kening. "Aik, tadi you kata berdua? Datang dengan kawan ke? Mana kawannya?" ajunya.Jesy senyum. "Yang berdiri kat depan I ni..." Suara Jesy yang halus merdu, menarik hati Yusof untuk mengenali wanita kacukan itu dengan lebih dekat lagi. Dia melabuhkan punggungnya di atas kerusi yang bersebelahan dengan Jesy. Jarak mereka sangat rapat."I ada peluanglah ni, ya?"usiknya.Jesy senyum malu lagi. "Mungkin."Mata bertemu mata. Ada sesuatu yang dirasai mereka."Senyuman you menawan..."Jesy tertunduk malu dalam senyuman."Mata you yang biru tu kelihatan macam mata patung Barbie tau? Very beautiful. You ni kacukan apa, ya?""My mother Melayu campur Cina, my father pula berasal dari Australia. Lepas aje kahwin, lahirlah I.""Patutlah you tak macam orang Melayu sangat. Mix orang putih sikit."Jesy tersenyum lagi. "Tapi I masih makan makanan orang Melayu tau, bukan western aje..." selorohnya."Sehati sejiwalah kita. I pun suka masakan orang Melayu. Kita ni serasilah kan kalau nak bersama..." pancingnya.Dalam senyuman, Jesy lepaskan ikatan rambutnya yang terikat kemas. Dikibas-kibas rambut lurusnya yang lebat tadi, dia biarkan sebahagian rambutnya berjuntaian menutupi bahagian pipi kanan.Anak mata Yusof tidak berkedip menyaksikan pemandangan indah itu. "Malam ni I betul-betul bertuah dapat jumpa bidadari I..." sambung Yusof lagi dengan lirikan matanya yang menggoda.Jesy usap jemari Iskandar. Pipinya berona kemerahan asyik dipuji. "So sweet, honey," ujarnya manja."You la bidadari yang I cari selama ni, sayang..." Yusof berbisik ke telinga Jesy. Jesy jatuh cinta. "So?" ujar Jesy dengan jelingan manjanya. Bibirnya menerima minuman dari tangan Yusof. Empat mata saling merenung antara satu dengan yang lain."I'm falling in love with you." Yusof berbisik ke telinga Jesy, sengaja menggoda wanita muda itu.Jesy tersenyum lebar. "Me too..." Jesy ikut berbisik sama. Suaranya yang merdu telah memukau hati Yusof. Dia menggenggam jari-jemari Jesy, seakan-akan tidak mahu dilepaskannya lagi. Mereka saling berbalas senyuman. Semenjak pertemuan malam itu, Yusof dan Jesy semakin rapat, bagai belangkas. Yusof terlalu mencintai Jesy, apa sahaja kemahuan Jesy akan diturutkannya. Dia benar-benar mabuk cinta dengan model yang cantik rupawan itu.AIR mata Yusof berlinangan. Makin lama makin lebat. Kenangan silam sering menghantui fikirannya. Dia rasa bersalah dengan Jesy. Kalau boleh dia mahu bawa Jesy ke pangkal jalan tetapi..."SUBHANALLAH, ALHAMDULILLAH, ALLAHUAKBAR..." Dia ulangi zikirnya satu per satu, bermula dengan menyebut SUBHANALLAH sambil menggerakkan jari-jemari kanannya hingga ke kiraan penghabisan. Setelah itu dia sebut pula zikir yang lain dengan jumlah yang sama."Maafkan aku, Jesy..." getusnya perlahan. Yusof kesal dengan kejahilannya pada masa lampau. Kali ini bayang-bayang Nur Syahadah menjelma pula. Yusof senyum manis. Cinta kerana ALLAH itu sangat indah. Bukan kerana rupa mahupun harta, tetapi semata-mata mencari redha-NYA. Ya ALLAH, hamba tahu diri hamba ini kotor. Tidak layak hamba bergandingan dengan gadis sesuci Nur Syahadah. Hamba malu, Ya ALLAH. Malu kepada-MU, malu pada Rasulullah S.A.W dan hamba malu pada bakal isteri hamba. Sesungguhnya segala nikmat yang Engkau kurniakan ini amatlah besar. Tidak mampu hamba membalasnya. Hamba terlalu bersyukur dengan segala rahmat yang Engkau kurniakan ini, Ya ALLAH. ALHAMDULILLAH... ALHAMDULILLAH...Yusof menangis teresak-esak. Bahunya terjingkit-jingkit. Semenjak dia berhijrah ke tempat ini, dia memasang azam untuk berubah seratus peratus. Dia mahu buang zaman jahilnya yang telah berlalu. Dia tidak mahu lagi dikenali dengan nama 'Iskandar' yang terlalu banyak buat onar pada ALLAH. Dirinya memilih nama baru, Muhammad Yusof. Yusof yang sekarang, bukan lagi hamba-NYA yang jahil. Yusof yang sekarang, bersih dari kemewahan yang menjauhkannya dari Tuhan."CANTIKNYA tudung ni, Kak Nur. Lembut aje..."Aku tidak memberi sebarang respons. Aku tahu Iman sengaja memancing minatku. Aku pandang pembalut hadiah yang terkoyak tadi dan isi dalamannya. Tudung labuh berwarna krim berlipat kemas telah pun dikeluarkan Iman. Iman menggayakan tudung itu di hadapan cermin. Berdiri tegak, persis peragawati. Aku yang duduk di birai katil sekadar merenung hambar. Bukan aku tak sudi, aku rasa bersalah. Malah, aku tak rapat dengan Kak Su dan Abang Haiqal! Jadi, segala pemberian daripada mereka, aku sambut dengan dingin. Aku tak nak berhutang budi, luka ini belum sembuh lagi. Bagilah intan permata sekalipun, aku tidak akan sesekali ambil. Nur Syahadah memang keras hati orangnya, maafkan aku...Iman tanggalkan tudung tadi dengan riak kecewa. Dia mengeluh berat. "Kak Nur ni, janganlah sombong sangat. Orang dah kasi, kita ambillah. Tak baik tolak rezeki tau..."Dia dah mula dah, cik pensyarah dah mula nak bersyarah dengan teks syarahannya. Huh, sabar ajelah! bisik hatiku. Aku membalas renungan Iman. Aku geleng kepala."Kalau Iman nak, Iman boleh pakai. Tak ada sebarang pembuangan, kan!" tempelakku."Kak Nur, hadiah ni untuk Kak Nur, bukan untuk Iman. Kenapa Iman nak kena pakai pula? Kecil hati Kak Su nanti tau..."Hatiku sebak. Aku hanya diam membisu."Hati Kak Nur ni memang keras macam batu. Iman rasa, batu pun boleh cair tau, tapi hati Kak Nur ni tak cair-cair. Setahu Iman, Kak Nur Iman seorang yang berhati lembut, seorang yang penyayang. Kak Nur yang ada kat depan mata Iman ni pula, angkuh. Pentingkan diri sendiri..."Zap!!! Kan dah kena setepek ke mukaku! Hurm, katalah apa yang kau nak kata, Iman! Bersyarahlah selagi kau boleh bersyarah, kau takkan tahu isi hati Kak Nur. Tidak sama sekali..."Diam. Diam..." ujarnya.Aku memaku diri."Diam ajelah yang Kak Nur boleh buat, kan? Bila Iman buka mulut, bercakap. Kak Nur bukannya nak dengar. Memanjang diam aje. Berbuih-buih dah mulut Iman ni nasihatkan, Kak Nur bukan nak dengar pun. Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Hati Kak Nur ni ada besi ke keras sangat? Isy, meh sini Iman korek, keluarkan besi yang menghalang kakak Iman ni dari berbaik dengan Kak Su."Aku kawal tawa, lucu pula dengar bebelan Iman kali ini. Iman mewarisi perangai umi, kuat membebel. Sebenarnya, setiap yang diperkatakan Iman sentiasa melekat ke dinding hatiku. Aku sengaja pura-pura tidak memahami, padahal selama ini aku terharu dengan kematangan adikku itu. Iman tepuk dahi. Penat membebel, kakaknya pula macam orang OKU, orang pekak bisu. Diam sahaja tanpa memberi sebarang respons."Okeylah, lain kali Iman bagi nasihat lagi erk. Buat masa sekarang ni, Kak Nur ambil tudung ni."Dia serahkan tudung tadi ke tanganku. Tapi aku biarkan sahaja. Aku masih memandang kaku ke arahnya. Malas mahu berdebat kalau Cik Iman sudah bersyarah. Yang baik aku ambil, walau terpaksa aku telan pahitnya."Lepas ni, ikut Kak Nurlah. Iman tak nak paksa. Kak Nur nak pakai ke, Kak Nur nak simpan buat pekasam ke, itu hak Kak Nur. Iman cuma mampu bagi nasihat aje. Kalau Kak Nur tak nak dengar juga, Iman tak boleh kata apa dah..." luahnya.Aku lemparkan senyuman kepadanya. "Terima kasih ambil berat..."Iman terkejut. Peliklah agaknya dengan senyumanku yang tidak semena-mena. Mesti dia ingat aku nak marah dengannya.Iman lepaskan keluhan berat, dia duduk di sebelahku. Kepalanya disandarkan ke bahuku. Aku tidak menolak, mengikut sahaja rentaknya."Iman bukan nak memihak kepada sesiapa. Iman rindukan kita bertiga berbaik-baik macam zaman dulu-dulu. Bergurau, sakat-menyakat. Dulu Kak Su suka sakat Kak Nur, kan? Lepas tu, Kak Nur ajak Iman kacau Kak Su, kita balas dendam balik. Kak Nur ingat tak lagi, kita pernah rosakkan kertas seni Kak Su. Masa tu Kak Su buat poster bertemakan tulisan khat. Kita kacau tulisan arab tu sampai jadi tulisan tamil. Penyudahnya, kita kena berlari sebab kena kejar dengan Kak Su. Dia siap bawa penyangkut baju lagi tu nak hambat kita. Geram betul dia masa tu, kan?" selorohnya.Aku sebak, lidahku kelu mendengar luahan Iman. Tanganku berlingkar ke pinggangnya, lalu aku peluk Iman. "Setiap orang ada lakukan kesilapan dalam hidup mereka, Kak Nur..." sambungnya dengan nada sayunya."Kak Nur tahu..." Hatiku tergerak untuk membalas luahannya. Kali ini, hatiku agak tergugat dengan nada suara Iman yang seolah-olah merengek bagai anak kecil itu."Kalau Kak Nur dah tahu, kenapa nak simpan marah tu lagi""Hurmmm...""Susah sangat ke Kak Nur nak maafkan?" Iman takut-takut menyoalku."Kak Nur dah lama maafkan tapi Kak Nur tak boleh lupakan hal dulu. Kak Nur dah cuba, memang tak boleh. Iman ingat Kak Nur suka ke hidup macam ni? Hidup dengan kenangan silam..." Akhirnya aku luahkan segala yang terbuku dalam hati. Pipiku sudah mula basah.Kepala Iman mendongak, memerhati wajahku. "Kak Nur menangis?" soalnya terpinga-pinga. Agaknya situasi itu begitu janggal buat dirinya yang selama ini hanya nampak kekerasan di wajahku.Iman kesal. Selama ini dia salah sangka. Dia fikir Kak Nur berdendam, rupa-rupanya kakaknya menyimpan duka. "Iman minta maaf, Kak Nur. Iman tak faham hati Kak Nur..." Diriku dipeluk. Iman mengusap-usap bahuku, memujuk.Aku angguk. Hanya air mataku yang berbicara tika ini. Memori kami, tiga beradik yang diceritakan Iman tadi, benar-benar meruntun hatiku. Bukan Iman sahaja yang rindu. Aku yang berhati batu ini pun sangat merindui saat-saat kemesraan lalu."Kak Nur dah lama maafkan mereka," ujarku dalam esak tangisku."Syhhh... Dah Kak Nur, jangan cakap lagi. Iman tahu. Maafkan Iman. Maafkan Iman sebab dah buat Kak Nur sedih, ya?" Nada suara Iman sudah mula serak. Sebak mendengar esak tangisku. Dia ditujah rasa bersalah kerana membangkitkan kesedihan aku.Aku angguk."Lepas ni Iman janji takkan ungkit hal ni." Iman mengangkat tangan, menunjuk janji.Aku senyum dalam kesedihan."Promise," katanya lagi."Doakan supaya Kak Nur dapat lupakan semuanya, ya?"Iman angguk. Tubuhku dipeluknya lagi. "Iman sayang Kak Nur, sayang Kak Su. Dua-dua Iman sayang sangat-sangat tau."Air mataku mengalir lebih deras."Kak Nur pun sayang Iman dan Kak Su..."Iman menangis. Aku lagilah makin galak menangis. Kami berpelukan seketika. "Kenapalah keluarga kita jadi macam ni, kan?"Aku hanya mendengar luahan Iman tanpa mampu menyokong. Aku tak tahu nak cakap apa. Segala-galanya sudah ditetapkan oleh ALLAH. "Iman nak kita semua bersatu. Macam keluarga orang lain..." luahnya lagi.Aku menangis lagi. Tak tahu sampai bila kami akan bazirkan air mata untuk menangisi perkara yang sudah berlalu. Ya ALLAH, kami redha, kami pasrah, kami berserah diri kepada-MU...

IZINKAN CINTA-MU YANG PERTAMAWhere stories live. Discover now