Kisah minggu lepas, yang baru terasa nak bercerita.
040319
Stesen MRT Taman ______
Seperti minggu-minggu sebelum ni, aku ke tempat kerja memang 100% menggunakan pengangkutan awam. Kalau sesiapa pernah tengok profile aku, kat situ aku ada tulis location aku 'di bawah bumbung hospital'. So hopefully, orang tahu la aku kerja di sektor apa ye.
0745 pagi, hari Isnin.
Lebih kurang waktu nilah aku sampai di stesen MRT tersebut. Elok je aku turun dari escalator, aku nampak bas dah pun bergerak tinggalkan aku kat situ. Kecewa jugak la hati, tapi nak kejar bas memang tidaklah ceritanya. Memandangkan hari ni hari Isnin dan waktu bekerja aku pun lambat lagi, so aku bermalas-malasan la dulu dekat kawasan menunggu tu dengan harapan pukul 8.00 ke 8.15 nanti akan ada satu lagi bas untuk bawa aku ke tempat kerja.
Aku sejenis yang ada penyakit suka dengar lagu dengan kuat guna earphone. Sambil-sambil aku layan lagu sekuat hati tu, aku scroll jugak la FB. Aku perasan ada sepasang pak cik dan mak cik ni turun tren sama dengan aku tadi. Tapi aku tak tegur (aku bukan sejenis yang ramah tamah tu ye). Aku tengok dia macam terintai-intai kat jalan raya tu, aku ingatkan mungkin dia tunggu anak dia kot.
Selang beberapa minit lepas tu, aku nampak pak cik dengan mak cik ni datang dekat dengan aku. Pak cik tu cakap something tapi disebabkan earphone aku yang terlalu kuat, aku tak dengar. Jadinya, aku minta dia ulang balik apa yang dia cakap pada aku.
"Nak, boleh tempahkan Grab untuk pak cik? Pak cik bayar pada kamu, boleh tak?"
Aku pun maniskan mulut bertanyalah destinasi pak cik ni.
"Hospital _________"
La, nak ke tempat aku kerja ke? Aku mula fikir-fikir. Sebab niat tadi nak naik bas je. Tapi memandangkan tak ada kelibat bas pun yang aku nampak dan pak cik mak cik tu pun nampak macam mengejar masa, aku pun fikir elok la kalau aku ambik je Grab gerak sama-sama pergi hospital.
Sambil tunggu Grab datang, mak cik tu dan pak cik tu pun borak la serba sedikit dengan aku.
PakCik MakCik : Kamu ke hospital buat apa?
Aku : Kerja. Pak cik dengan mak cik ada appointment ke hari ni?
PakCikMakCik : Pak cik ada appointment. Tu yang nak ke hospital cepat tu. Tengok teksi tak ada, nak naik bas tak tahu nombor. Nak tempah Grab tak pandai. Tu yang minta tolong kamu tu.
Aku terdiam. Angguk kepala je la mampu. Dalam hati dah mula tanya, mana anak-anak pak cik mak cik ni?
PakCikMakCik : Selalu dari sini ke hospital berapa ringgit? Kamu bayar dari telefon terus ke?
Aku : Dalam RM* je pak cik. Saya bayar nanti pada driver terus je.
PakCikMakCik : Hari tu Mak cik minta tolong sorang budak tu tempahkan Grab. Mak cik nak bayar dia kata tak payah sebab dia pakai telefon je.
Oh, maybe dia bayar pakai card. Aku angguk je kepala layan mak cik dan pak cik bercerita.
Aku : Selalu ke MakCik PakCik ke hospital?
PakCikMakCik : Selalu jugak. Appointment. Kadang-kadang ada teksi tu, nasib baik la. Kalau tak de, nak menunggu tu lama. Tak pandai pak cik mak cik nak guna Grab ni. Minta tolong orang je la kalau nak pakai Grab pun.
Randomly, kami berbual sampai la Grab datang. Dalam Grab aku duduk depan, biar pak cik dan mak cik tu selesa duduk belakang. Tak ada lagi perbualan, sampai la kami sampai di hospital. Tu pun, aku cuma minta izin nak ke tempat kerja aku while that old couple went to their appointment.
******
Sebenarnya, sepanjang aku duduk dengan diorang aku tertanya-tanya apa yang jadi kalau ada orang ambik kesempatan pada mereka berdua? Mereka terlalu percayakan orang untuk menolong mereka, tapi tak mustahil ada yang jahat hatinya untuk ambik kesempatan pada mereka, kan? To be honest, that is the reality of the world that we live today. Daripada perbualan mak cik dan pak cik tu dengan aku, aku boleh simpulkan yang diorang tak tahu pun macam mana Grab tu berfungsi. Diorang tanya aku macam mana nak bayar, macam mana nak 'ada Grab' dalam telefon dan macam-macam lagi. Nampak tak, kalau ada orang tipu pun, diorang boleh percaya dengan mudah?
Aku tak sampai hati nak tanya mana anak dia. Aku ni pun bukannya kejam sangat. Mana tahu diorang memang the old couple yang tak ada rezeki anak, kan? Cuma aku terfikir-fikir, kalau dia ada anak dan anak dia sanggup sampai hati biarkan mak ayah dia naik public transport untuk ke appointment, biar mak ayah dia terkontang-kanting tak tahu macam mana nak ke destinasi yang seterusnya, honestly apa dalam minda si anak tu ye?
Tapi dalam masa aku dok terfikir-fikir pasal mak cik dan pak cik tu, aku jugak terfikir pasal mak ayah aku.
Am I a good daughter to them?
Pernah tak aku cakna pasal appointment mak ayah aku?
Pernah tak aku cuti semata-mata nak temankan mak ayah aku ke hospital?
Pernah tak aku biar mak ayah aku naik public transport tanpa aku atau adik beradik aku teman?
& the list goes on. I am reflecting myself, hanya kerana aku terjumpa this sweet old couple ni.
To all the readers, aku cuma nak cakap yang mak ayah ni takkan ada ganti, takkan ada duanya kat muka bumi ni. Tak kisahlah macam mana baik, macam mana elok pun layanan orang lain pada kau, mak ayah tetap ada carta sendiri yang tak ada siapa boleh ganggu. Once they're gone, no one can fill their absence. Selama ada masa dan tenaga, buat baik la pada mak ayah, senangkan hati mereka, ambil berat pasal diorang. Usaha untuk jangan bagi diorang susah.
And little that we know, berkat doa diorang la kita berjaya sampai hari ini.
-----
Nia_Tia
@ Tengah ambik feel nak tido
YOU ARE READING
Random Rambling
RandomAs the tittle given, ini adalah buku untuk daku membebel.. But hoping that ada pengajaran untuk diriku dan dirimu.. Bebel bukan sebarang bebel tau.. Baca la kalau nak tau..