140319
Rumah Sewa
Pernah dengar tak peribahasa " Kuman seberang laut nampak, gajah depan mata buat tak tahu".
Maksud peribahasa tu, kesalahan orang lain dia sentiasa nampak tapi kesalahan sendiri dia buat tak tahu.
Ok, lets rent about it...
Sebenarnya aku terkesan gila hari ni. Semua gara-gara so called 'senior' yang tak sudah-sudah nak cari pasal. Aku tak tahu la perasaan aku semata-mata atau dia memang suka nak check kesalahan aku. To a very small mistakes.
Paling sakit hati bila dia serang dengan perlian. Dan perlian tu bukan directly pada aku saja. Tapi dalam Whatsapp Group kakitangan. I am so upset when I see her comment in the group. Aku tak tahu kenapa orang yang sekali ganda umurnya dari aku berperangai mengalahkan kanak-kanak sekolah rendah. So immature, man!
I'm try to be positive. Tapi sedihnya, aku rasa aku makin jadi negatif. Aku tertanya-tanya, apa lagi salah yang aku buat hari ni sampai tiba-tiba dia serang aku? Even aku tahu dia memang suka cari pasal dengan orang, tapi aku tak tahu kenapa itu yang boleh meracuni fikiran aku. And yes, I'm cry. Aku rasa aku dah cukup bersabar untuk layan kerenah semua 'senior' aku ni.
And frankly speaking, aku rasa diorang ni lebih kebudak-budakan berbanding aku yang muda ni. Kesalahan aku paling pantang kalau diorang nampak, kejap lagi berbunyi la dalam group tu. Bukan sikit-sikit bunyinya. Memerli macam tak ingat hari esok.
Aku sampai terfikir, diorang ni maksum sangat ke tak pernah buat kesalahan? Diorang ni hebat sangat ke sampai tak pernah salah langkah? Come on, dude. Jangan compare pengalaman kau yang dah 10-15 tahun berkhidmat dengan aku yang baru 2-3 tahun ni. Memang akan banyak cela aku daripada korang. Tapi itu tak bermakna korang tak ada buat salah. Aku nampak je, tapi aku tak banyak bunyi sebab memang lumrah manusia adalah melakukan kesalahan dan kesilapan.
Aku berterima kasih kalau niat dia nak memperbetulkan aku tapi kalau niat dia nak menjatuhkan aku, sorry kau salah dan kalah! In shaa Allah, setakat cara macam tu aku belum lagi nak mengaku kalah dengan korang.
Cuma hari ni super duper sedih, sebab hari ni aku diperli just because of one small silly mistake. Tak apalah Nia_Tia, bersabar dan bertabahlah
******
1. Hanya sebab kita lagi tua, jangan nak berhasad sangat dengan yang lebih muda. Lagi-lagi kalau yang lebih muda tu dapat pujian dari orang lain. Mungkin sebab yang muda tu budak zaman Gen-Y, Gen-Z jadi dia ebih tahu banyak hal dari anda yang Gen-X?
2. Memberi tunjuk ajar dan memerli adalah dua benda yang berbeza.
3. Tak susah pun nak rendahkan ego dan minta maaf. Lebih-lebih lagi kalau tahu kita salah. Jangan sebab kita dah sedar yang kita salah, terus kita buat-buat tak tahu je. Tu namanya menjunjung EGO.
4. Teguran itu perlu kalau tahu orang melakukan kesilapan. Guna cara yang mature la.. Sama-sama bekerja/belajar tinggi,kan? Nak-nak masing-masing bukan budak kecik lagi.
5. Berbalik pada Kuman dan Gajah. Jangan kita ni asyik nak cari kesalahan orang sampai yang sekecil-kecilnya pun kita nak ungkit dan state itu sebagai salah. Sedangkan sebenarnya, orang sekeliling kita semua dah nampak kesalahan kita yang lagi besar dari gajah. Tapi kita tak sedar sebab sibuk nak tengok kesalahan orang lain.
------
Nia_Tia
Mata dah kuyu, nak tido
1.49am
YOU ARE READING
Random Rambling
RandomAs the tittle given, ini adalah buku untuk daku membebel.. But hoping that ada pengajaran untuk diriku dan dirimu.. Bebel bukan sebarang bebel tau.. Baca la kalau nak tau..