Selesai sahaja aku siap memakai seragam sekolah aku, aku terus turun ke tingkat bawah.
Sarapan pagi telah disediakan di atas meja makan.
Aku terus duduk dan mengisi perut aku yang kosong sekarang ni.
"Raena. Balik dari sekolah nanti, kemas bilik Oppa kamu dengan bilik tetamu tau." Arah Ommaku yang sedang menanggalkan apronnya.
"Kemas bilik Oppa? Kenapa pulak? Oppa nak balik sini ke? Kalau dia nak balik sini, biarlah dia kemas sendiri..." balasku.
Siapa Oppa aku?
Korang tekalah....😎
"Kalau Oppa kamu yang balik, Omma tak suruh Raena kemas pun... Ini sebab kawan dia nak datang sekali...Sebab tu Omma suruh Raena kemas bilik tetamu dengan bilik Oppa kamu."
"Ha?! Kawan Oppa nak datang sekali? Nak buat apa?" Soalku terkejut.
"Katanya nak bercuti dekat Daegu. Alang-alang diorang nak bercuti dekat sini, Omma berilah diorang bermalam dekat sini." Beritahu Ommaku.
"Berapa hari diorang bermalam dekat sini?"
"Emm...Seminggu kot"
"Seminggu? Seriouslah?"
"Seriouslah...dahlah cepat makan. Lambat pulak pergi sekolah nanti."
Seriouslah diorang tinggal dekat sini seminggu?
Woah!!
Bestnya....
Tak sabarnya aku nak jumpa dengan MR.IDOL aku....😋
-
Sampai sahaja di sekolah, aku terus lari pecut ke kelas.
Bukan sebab aku lambat...
Aku lari pecut ke kelas sebab aku tak sabar nak beritahu berita gembira pada kawan baik aku, Yeoreum.
Apabila aku berada di depan kelas, aku gembira yang Yeoreum sudah sampai ke sekolah.
"Yeoreum! Yeoreum!" Panggil aku teruja.
Aku berlari ke arahnya dan duduk di tempat aku.
"Kenapa ni?" Soal Yeoreum sambil membetulkan rambut aku yang serabai.
Baikkan kawan aku seorang ni..
😋😋
"Aku ada berita gembira nak beritahu kau ni" kataku.
"Apa berita gembiranya?"
Aku rapatkan diri aku dengan Yeoreum.
Aku tak nak orang lain dengar.
"Oppa aku dengan kawan dia nak datang ke rumah aku esok" beritahu aku yang masih dalam mod teruja.
Mata Yeoreum membesar.
"Seriouslah..."
"Aku serious...aku tak sabar nak jumpa dengan MR.IDOL aku..." kataku.
"Woahh!! Bestnya...aku teringin nak jumpa Oppa kau. Seumur hidup aku, aku tak pernah tengok muka Oppa kau dari dekat. Selalunya aku nampak Oppa kau dekat TV ataupun dari jauh. Itupun masa tu dia pakai topeng mulut.." kata Yeoreum sedih.
"Ala...satu hari nanti, aku bawalah kau jumpa Oppa aku..."
"Yela.. aku akan tunggu dengan bersabarnya..."
Semasa aku sedang rancak berbual dengan Yeoreum, tiba-tiba ada seseorang menegur kami berdua.
Kami berdua berhenti berbual dan pandang orang yang mengacau kami.
"Raena, aku nak pinjam buku math kau" mintanya.
"Aku tak siap lagi. Kau mintalah Yeoreum"
Dia memandang Yeoreum.
"Ambilah.." Yeoreum menghulur buku math kepada dia.
Selepas sahaja dia pergi, Kami sambung berbual.
"Kau betul-betul benci dekat EX-CRUSH kau eh?" Soal Yeoreum.
"Haah" jawabku.
"Kenapa pulak?"
"Bertahun-tahun aku simpan perasaan aku pada dia. Tapi, tak pernah satu kali pun dia perasan aku. Kalau dia perasan aku pun, dia minta buku sekolah aku je..." beritahuku.
"Macam mana dia nak perasan kau, kalau kau tak pernah luahkan perasaan kau pada dia..."
"Lupakanlah semua tu...Sekarang dalam hati aku cuma ada MR.IDOL aku je." Kataku dengan gembira apabila teringatkan MR.IDOL aku.
"Apa-apa je lah...." kata Yeoreum yang sudah malas nak layan aku.
TBC...
Siapa Oppa Raena?
Siapa MR.IDOL Raena?
Siapa EX-CRUSH Raena?Semua itu akan dijawab pada chapter yang seterusnya...
