[ Di rumah Yeonjun]
"Tak adalah jauh sangat rumah kau dengan aku" kataku sambil menunggu Yeonjun tekan password rumahnya.
"Gelap je. Keluarga kau tak ada dekat rumah ke?" Soalku apabila melihat ruang tamunya gelap.
"Haah. Dioarang pergi melawat sedara aku dekat Jepun." Beritahu Yeonjun sambil membuka lampu di ruang tamu.
"Kenapa kau tak ikut sekali?"
"Aku kan sekolah...dahlah Jom ikut aku naik. Bilik aku dekat atas" kata Yeonjun.
Aku mengikutnya menaiki tangga.
"Kau tunggu dekat luar sekejap eh. Aku nak kemas bilik jap" kata Yeonjun sambil mendepakan tangannya supaya aku tidak masuk.
"Yela... cepat sikit kemas tu..."
Yeonjun masuk ke dalam biliknya dan meninggalkan aku seorang diri dekat luar bilik.
---
[2 minit kemudian]
"Masuklah.." jemput Yeonjun yang sudah selesai mengemas.
Mukanya habis dibasahi dengan peluh.
"Sekejapnya kau kemas. Aku ingatkan kau ambil masa lama nak kemas bilik kau" kataku sambil melihat-lihat bilik Yeonjun.
"Kau juga yang suruh aku kemas cepat-cepat"
---
Kami berdua duduk di atas katil Yeonjun memandangkan katil Yeonjun besar.
Kami berdua menyiarap dia atas katil dan menghadap laptop.
Kami beri tugas masing-masing.
Yeonjun cari maklumat, dan aku taip di laptop.
"Kau tak nak ikat ke rambut kau tu? " Soal Yeonju yang berada di sebelah kiri aku.
Aku menaip dengan membiarkan rambut aku terlepas.
Rambut aku itu, aku sikat ke kiri.
Aku buat macam tu pun sebab ada sebab.
Sebabnya...
Aku tak nak aku tersuka balik pada Yeonjun apabila melihat muka dia secara dekat.
Dia dah lah EX-CRUSH aku...
Ingat aku dah buang sepenuhnya tentang perasaan aku pada dia?
Bukan mudah aku nak lupakan semua perasaan itu.
"Kau betul-betul tak nak ikat ke rambut tu? Rimas pulak aku yang dekat sebelah kau ni. Rambut kau asyik kena muka aku je..." rungut Yeonjun sambil mengibas-gibas rambut aku.
"Suka hati akulah.. ini rambut aku..." balasku.
Semasa aku tengah khusyuk menaip, tiba-tiba rambut aku di diusap ke bahagian kanan.
Siapa lagi yang buat kalau bukan Yeonjun.
Aku pandangnya yang berada di sebelah aku.
Marah aku hilang apabila muka kami begitu dekat.
Inilah yang aku tak nak...
"Kan senang aku nak tengok apa yang kau menaip" kata Yeonjun.
Aku tak boleh biarkan perasaan aku terus membiak(?).
Aku angkat laptop aku dan aku duduk di lantai.
"Kenapa kau pindah dekat situ?" Soal Yeonjun.
"Aku lenguhlah meniarap. Aku nak duduk pulak" kataku.

ANDA SEDANG MEMBACA
EX-CRUSH or MR.IDOL || C.Y.J & J.J.K
FanfictionSTART: 18/03/2019 END: - 04/07/2019