Yeonjun Side.
{ HAN RIVER }
Yeonjun menunggu kedatangan Raena dengan penuh berharap.
Berharap agar Raena sudi jadi milik dia.
Dia rasah sangat gementar.
Jantungnya berdegup dengan pantas.
Tangannya mula rasa sejuk.
Yeonjun memandang jam tangannya yang sudah pukul 9: 35 malam.
"Dia lupa nak buka kotak tu ke?"
"Dia tak sudi ke?"
"Ada apa-apa berlaku ke?"
"Patut ke aku telefon dia?"
"Tak. Tak. Dia akan datang punya. Yeoreum cakap yang dia pernah suka aku."
Yeonjun tidak boleh tenangkan diri dia.
"HEY!!" Jerit seseorang.
Yeonjun menoleh ke arah suara itu dengan penuh gembira.
"Ouh, bukan Raena..." Yeonjun sangat hampa melihat bukan Raena.
Yeonjun duduk di atas rumput.
Dia memandang bulan yang menerangi langit yang gelap itu.
"Dia akan datang ke?" Soalnya pada dirinya.
Dia tundukkan kepalanya.
"Yeonjun..." lembut sahaja suara itu menyebut nama Yeonjun.
Yeonjun mengangkat kepalanya apabila mendengar namanya di sebut.
Dia menoleh kebelakangnya.
Dengan automatiknya Yeonjun mengukirkan senyuman yang lebar.
Dia berdiri dengan segera.
Dia pandang Raena yang memandangnya dengan muka yang serious.
"Dia...tak sudi ke?" Bisik hati Yeonjun.
Yeonjun sedikit hampa melihat riak wajah Raena yang seperti tidak suka akannya.
Yeonjun memandang pergelangan tangan Raena, kot-kot dia pakai gelang yang dia bagi itu.
Tapi...
Yeonjun tak dapat nak lihat sebab pergelangan tangannya ditutup dengan lengan baju panjangnya.
"Awak...tak sudi?" Soal Yeonjun.
Raena hanya mendiamkan diri lalu menundukkan kepalanya.
Yeonjun mengeluh berat.
"Tak apalah kalau awak tak sudi...awak baliklah. Saya nak bersendirian" kata Yeonjun yang CUKUP kecewa.
Yeonjun pusingkan badannya ke arah bertentangan dengan Raena.
Matanya bergenang dengan air mata.
Baru je dia nak lap air matanya yang mengalir, dia dapat rasa ada tangan yang melilit pinggangnya dari belakang.
Yeonjun sangat tergamam.
Badannya menjadi beku.
"Kenapa baru sekarang? Kenapa baru sekarang awak suka saya? Kenapa bukan masa saya tergila-gilakan awak?" Soal Raena yang berada di belakang Yeonjun.
Yeonjun tersenyum kecil.
Dia pusingkan badannya ke arah Raena.
Yeonjun pandang Raena yang sudah mengalirkan air mata.
"Mianhae Raena-ah..." ucap Yeonjun sambil mengelap air mata dengan ibu jarinya.
"Awak sudi?" Soal Yeonjun dengan penuh harapan.
Raena tersenyum kecil lalu tunjuk pergelangan tangannya.
"A-Awak pakai?" Soal Yeonjun teruja.
Raena menganggukan kepalanya lalu memeluk Yeonjun.
"Saranghae..." ucap Raena malu.
Yeonjun tersenyum lebar mendengar luahan Raena.
"Gomawo Raena-ah...."
THE END🌹
Akhirnya!!!
Tamat juga FF ni.Aku kagum dengan Korang yang setia vote sampai chapter yang terakhir ni.
Korang memang terbaik👍👍
Thanks korang..
Koranglah yang menghidupkan FF ni.
💝