9' waiting

66 6 2
                                    

Sekeping gambar Kang Seulgi ditenung dengan senyuman dibibir. Kaki mendaki tangga menuju ke bilik yang berkunci.

Hanya dia mempunyai kunci bilik itu dan dia sahaja boleh masuk bilik itu. Dahulu bilik ini dihuni oleh seorang doktor perempuan yang diupah untuk menjadi doktor peribadinya selama dia sakit.

Dia mengalami tekanan jiwa sejak kecil lagi. Punca dia sakit jiwa kerana kehilangan teman wanitanya.

Tambahan pula, teman wanitanya dibunuh depan mata. Sejak itu dia tertekan dan berakhir menjadi tak waras.

Dia mula membuka pintu. Matanya meliar pada seluruh ruangan dinding yang dipenuhi gambar dan peta yang menunjukkan tempat-tempat yang sering Kang Seulgi pergi.

Pintu kembali dikunci. Dia tak mahu sesiapa mengacau aktivitinya dalam bilik penuh rahsia ini.

Gambar Seulgi ditangannya dipin pada papan lalu diusap. Wajahnya serupa mendiang teman wanita. Cuma beza rambut. Teman wanitanya suka berambut pendek daripada panjang seperti Seulgi.

"Seul, saya dah b-beli rumah untuk kita. Besar luas! Mesti awak suka. Lepas saya ambil awak k-kita kahwin okay?" Ujar si dia.

Dia terasa seperti Seulgi itu berada dihadapannya. Dia dapat rasa betapa lembut dan halus pipi Seulgi.

Dia mula mendekati komputer yang tak pernah dimatikan. Skrin komputer menghamparkan posisi baru Seulgi dan Jimin. Otaknya ligat memikirkan strategi untuk menculik Seulgi dan membunuh sesiapa yang menghalang rancangannya.

Terumata Park Jimin.

Pistol G18 yang masih terisi 15 peluru dicapai lalu diusap. Tak lama lagi senjata kecil ini akan panas dekkan tembakan bertalu.

"Aku dah kata Jimin sekali kau kacau Seulgi bukan sekadar tembak je.. aku siat kau macam mana girlfriend aku kena siat depan mata aku." Katanya dengan penuh dendam.

+++

Hoseok Sunbaenim

Dah siap ke belum?

Tengah turun nih
Sunbae dah sampai ke?

Nampaknya begitulah😂

Sunbaenim! Kejap saya keluar..

😂😂

Seulgi tergopoh-gapah menuju ke pintu utama dan melihat mercedes merah sudah terpakir depan pintu.

Seperti yang dirancang, Pulau Jeju masih menjadi destinasi percutian mereka. Pelajar falkuliti tari semua akan berkumpul disana.

Dan pasti Jimin ada termasuk Ruda sekali.

"Sunbae, jomlah masuk. Makan dulu nanti takut lapar nanti.." jemput Seulgi.

Hoseok sudah berada tepi pintu mula mengusap leher. Terasa segan pula mahu masuk ke rumah Seulgi.

"Takpe ke? Nanti parents—"

Tangan Hoseok telah pun ditarik menuju ke rumah.

Hoseok mula tersengih.

Hoseok gemar kalau Seulgi melayan dia baik seperti ini. Terasa dirinya begitu penting dalam kehidupan Seulgi.

——————————————————————————————————
Vomment❤️🌸

AGAINST YOU ' PJMWhere stories live. Discover now