26' almost

43 6 1
                                    

Pistol dicampak ke tepi dan mendekati Kang Seulgi yang menangis teresak-esak. Tubuh Seulgi ditarik agar bangun dari duduk.

Tubuh gigil Seulgi didakap.

"Saya takut Jimin.." tangan Seulgi melingkari pinggang Jimin.

"Tiada apa yang nak ditakutkan as long you with me sayang."

Dengan langkah terhincut-hincut. Tangan Seulgi dipimpin keluar dari rumah agam.

Tubuh yang terlentang dilantai dipandang sekilas oleh Seulgi.

+++

Jimin hampir tersandung tapi pantas Seulgi memaut lengan Jimin. Hujan mula membasahi tubuh mereka ditengah halaman rumah Jihoon.

"B-bertahan Jimin. Kita pergi hospital okay?" Kata Seulgi yang masih menangis.

Jimin mula mengadap wajah Seulgi dan mengusap rambut basah Seulgi. Bibirnya yang bagai tiada darah diukir senyuman manis.

"Min, minta maaf dari sejak kita mula bersama sampai sekarang. Min tahu. Min banyak sakitkan hati, sayang. Kan?"

Seulgi menggeleng laju.

"Tak, sikit pun tak."

"Aigu, bertuah saya dapat isteri sebaik awak."

"Jimin jomlahh kita pergi hospital.." lengan Jimin ditarik.

Namun tubuh Seulgi ditarik dalam dakapan hangat Jimin.

"Jimin.. please jangan buat saya macam nihh.." hoodie Jimin diramas kuat.

Dia dapat rasakan sesuatu.

Kening Jimin bertaut melihat seseorang keluar dari pintu agam dengan menghala sepucuk pistol tepat ke tubuh Seulgi. Jihoon masih lagi bernyawa.

Jimin sempat berpusing sambil memeluk erat tubuh Seulgi dan memejam mata.

"BERHENTI BAE JIHOON! LETAKKAN SENJATA ANDA!"

Polis mula mengempung kawasan rumah Jihoon. Keriuhan pihak polis ke rumah Jihoon buat dia menggigil ketakutan.

Park Jimin yang tersedar melepaskan nafas lega.

"Jimin! Seul!"

Hoseok terus mendakap kedua tubuh kawannya yang teraniaya.

"Mujurlah korang selamat." syukur Hoseok. Hampir sahaja dia mahu menangis disini

"Terima kasih, Hoseok." Jimin ucapkan begitu Seulgi.

Hoseok bersyukur tuhan berikan dia peluang melarikan diri untuk meminta bantuan luar.

"Semuanya dah berakhir." gumam Seulgi perlahan.

Bagai terlepas satu bebanan besar.

Tak sampai seminit, Jimin mula terkulai layu pada lengan Hoseok. Perlahan tangannya lemah melepaskan dakapannya pada Hoseok.

"Jimin!"



Vomments🌈

AGAINST YOU ' PJMWhere stories live. Discover now