"Waaaaa, besarnyaaaaaaa" teruja Heyla bila melihat rumah barunya di Johor.
"Awak suka tak?" Tanya papa Heyla.
"Suka!" Jawab Heyla teruja. Dia terus berlari masuk ke rumah itu sejurus selepas papanya memberi kunci rumah.
"Macam-macam budak ni" ngomel papa Heyla sambil menggelengkan kepalanya melihat kerenah anak daranya itu.
Skip
"Pa, perabut semua tu, bila sampai?" Tanya Heyla di pintu bilik papanya.
"Kejap lagi sampai lah tu, dia tengah on the way, tunggu je lah" balas papanya yang sibuk bermain-main dengan ipadnya.
Heyla mengangguk selepas mendengar jawapan dari papanya.
Dia kemudiannya mengatur langkah untuk ke luar rumah.
Dia melihat-lihat sekeliling rumah agam itu. Mesti ada sesuatu yang istimewa di luar rumah itu.
Tiba-tiba, Heyla terdengar seperti bunyi air di belakang rumahnya. Dia pun terus pergi ke arah bunyi itu.
Wah !
Heyla terkesima dengan pandangan yang sedang dia pandang sekarang. Sebuah taman bunga yang dipenuhi dengan pelbagai warna.
Tambahan bau wangi dari bunga-bunga yang menyegarkan. Aman
Ada air pancut yang megah di tengah-tengah taman itu.
Heyla dengan pantasnya memetik sekuntum bunga kesukaanya, rose atau mawar yang berwarna merah dan penuh dengan duri.
Dia membawa bunga yang dipetik tadi ke hidungnya lalu menghirup bau bunga itu sedalamnya
Wangi.
Dah lama rasanya dia tak bau bunga ros, semenjak dia 6 tahun lagi. Tu pun, yang dah nak layu. Hek
"Heyla suka bunga ke?" Tanya seorang makcik yang umurnya dalam lingkungan 50-an.
Terhincut bahu Heyla apabila ditegur oleh makcik itu. Terkejut gamaknya.
"Maaf," kata makcik itu.
"Takpe, makcik ni siapa?" Tanya Heyla.
"Makcik ni maid kat sini, tapi taman bunga ni, suami pakcik yang jaga tapi kadang-kadang anak makcik" terang makcik tu.
"Oh, saya nak panggil makcik apa?"
"Panggil Cik Mek je" balas makcik yang digelar Cik Mek itu.
Mereka berdua pun duduk di bangku putih berhadapan dengan pokok bunga.
"Cik Mek tinggal dalam rumah ni jugak ke?" Tanya Heyla ramah.
"Tak la, Cik Mek tinggal perjiranan sini je, ehh, Heyla, Cik Mek nak buat kerja ni, rasanya perabut tu dh sampai, dengar macam lori kat luar tu. Cik Mek masuk dulu lah ye" pinta Cik Mek untuk beredar.
Heyla hanya menemani Cik Mek masuk ke rumah dengan anak matanya sahaja.
Heyla sambung memandang pokok bunga di hadapannya.
Sudah lama rasanya dia tidak menikmati suasana indah itu.
"Kau nak letak mana barang-barang kau tu?" Sekali lagi lamunan Heyla diganggu.
"Awak siapa eh?" Tanya Heyla kepada seorang lelaki di hadapannya. Nampak macam sebaya dengan Heyla.
Kacak, tegap, dada bidang, messy hair, jawline tajam.
Apa lagi yang tak lengkap? Semua ciri-ciri maskulin ada pada lelaki itu. Tapi, satu je tak lengkap. Senyuman.
Muka macam nak tembak orang. Tiada satu senyuman pun terukir di bibirnya.