Situasi Raziq
"H. E. Y. L. A" Raziq menyebut satu-satu huruf yang membuat perkataan nama Heyla
Dia kini sedang berbaring di atas katilnya, kakinya disilang, dan tangannya tangannya membantalkan kepalanya
Dia terbayang-bayang muka Heyla yang cantik itu sambil memandang kipas
"Comel" Raziq tersenyum sendiri setelah menyebut perkataan yang tak pernah keluar dari mulutnya untuk seorang perempuan
"Ish! Apa aku ni?!" Air muka Raziq berubah menjadi bingung
Senyumannya yang manis tadi hilang dalam satu saat
Kenapa nama dan muka Heyla asik terngiang-ngiang di fikiran Raziq?
"Perempuan ni buat aku GILA" sengaja dia menekan perkataan 'gila' sebab memang dia sekarang dah gila
Gila dengan Heyla💆🏻♀️
Dia terus bangun dan duduk di sipi katil
"Termenung awek ke?" Terjah Cik Mek di birai pintu
"Eh! Astaghfiruallah! Terkejut orang" Raziq terjerit kerana terkejut
Ingat hantu langsuir mana lah tadi
"Maaf" Cik Mek berasa bersalah selepas mengenakan anaknya itu
Tapi dalam rasa bersalah, dia berasa lawak dengan tindakan Raziq itu
"Takpe. Mak nak apa-apa ke?" Tanya Raziq sambil mengurut-urut dadanya
"Nak menantu" jawab Cik Mek dalam nada bergurau
"Aish, orang bawak balik betul-betul kang, nnti mak nangis kang. Habis orang jadi macam si Tanggang. Kena sumpah jadi batu sebab buat mak nangis" Raziq kenakan Cik Mek balik
Mantol eh ngan mak kau😑
"Ada ke orang nak kat kamu tu?" Sindir Cik Mek lagi
"Erkk" Raziq terkena. Dia cepat-cepat menggaru kepalanya
Cik Mek pun tanpa diberi arahan menjauhi bilik Raziq. Dia meninggalkan anaknya kebuntuan seorang diri😂
"Nanti mak bagitau Heyla yang kamu suka dia !" Jerit Cik Mek di luar bilik Raziq.
"Mak!!!" Jerit Raziq. Cik Mek hanya tergelak kecil
Skip
"Did you see my pencil?" Tanya Heyla kepada abangnya, Nedy.
"Emm, I think,,dekat laci bilik kau, sebab tadi aku nampak dia bersepah dekat atas katil, so aku masukkan dia dalam laci" terang Nedy
Tanpa memberi apa-apa respon, Heyla terus bergegas mengambil pensilnya
Kang nanti mood dia untuk melukis lesap, memang tak lah dia nak melukis
Selepas mendapatkan pensil lukisnya, Heyla terus pergi ke taman bunga belakang rumah
Dia duduk di kerusi haritu yang masa dia dan Cik Mek berjumpa buat kali pertama
Dia memilih angel yang tepat dan mulakan karyanya
"Kau buat apa?" Terjah Raziq dengan kasar
"Terkejut aku!" Marah Heyla
"Tak kisah" balas Raziq dengan tiada intonasi, dan mengambil tempat di sebelah Heyla
"Kau buat apa?" Tanya Raziq.
*dia ni, memang takde perasaan ke apa? Macam kayu je bercakap (Heyla)