Bab 1

17 2 0
                                    

Seperti hari biasanya Irwana akan bangun tepat pada jam 5:30 pagi hasil kejutan daripada ummi nya serta penggera jam yang dihidupkan di telefon pintarnya bertujuan untuk bersiap-siap ke sekolah di Gloria Trio Highschool.

Irwana Darnisha Scarlett binti Johari Isaac Scarlett nama diberi. Anak kacukan Melayu-Jerman ini tinggi lampai orangnya serta kurus langsing , warna kulitnya putih langsat menaikkan lagi seri di wajah yang berbentuk bujur sirih milik Irwana. Irwana mempunyai hidung yang mancung dan bibir yang tebal tetapi gebu berwarna pink serta matanya yang sedikit sepet. Beliau juga berambut perang semulajadi dan lurus serta keningnya terbentuk rapi dan tebal mengikut bapanya. Ini menunjukkan Irwana amat sempurna di mata manusia yang lain. Irwana merupakan anak yang bongsu daripada empat orang adik-beradik termasuk dirinya. Abang sulungnya telah memegang segulung ijazah ' architecture' mana kala abang kembarnya yang pertama masih melanjutkan pengajian di dalam bidang 'medic' manakala abang kembarnya yang kedua pula masih melanjutkan pengajian di dalam bidang 'fashion and design'.

Kebiasaannya Irwana dan keluarganya akan bersarapan pagi sebelum memulakan rutin harian pada sekitar waktu 6:30 pagi tetapi kali ini sedikit lambat kerana kelewatan dirinya.

"Ummi kenapa tak kejutkan Wana tadi? Wana dah kelam kabut jadinya ni sebab bangun lewat" ujar Irwana kepada Puan Azila. Puan Azila hanya mampu menggeleng dan berkata " ummi dah kejut dah, kamu tu je yang liat nak bangun. Handphone kamu tu dah berapa kali 'snooze' tapi haram, kamu tak bangun alihnya kamu sendiri yang bangun. Nasib saja bukan baba kamu yang kejutkan kalau tidak siap bergurau-senda lagi. Ni dah solat subuh belum?" gurau Puan Azila kepada Irwana sambil tertawa melihat karenah anak bongsunya itu.

"Baba ada dengar nama baba lah tadi, dekat mana ye?" Ujar Encik Johari Isaac Scarlett sambil tersenyum melihat gelagat dua beranak di depannya itu lalu berjalan menuju ke meja makan sambil membawa surat khabar di tangan. " Hehe mana ada lah baba ni. Wana dah solat dah tadi ummi." Ujar Wana.

"Dah-dah kalau macam tu jom makan, kalau muka babanya dah timbul dekat meja makan ni alamatnya seorang tak kerja seorang lagi tak sekolah" tegur Puan Azila. Mereka bertiga tertawa riang pada pagi itu.

Setelah selesai bersarapan Irwana ke biliknya mengambil begnya dan stokin nya lalu beliau melihat rambutnya untuk memastikan rambutnya sentiasa rapi dan diikat kemas. Lalu turun ke bawah dan bersalam dengan umminya lalu bergerak masuk ke kereta babanya.

Dalam perjalanan 30 minit yang menghiburkan akan sebab ada babanya yang bergurau dengannya serta alunan lagu yang dipasang di radio 'mood' Irwana jadi gembira dan tidak memikirkan apa yang akan berlaku di sekolahnya nanti.

Setelah sampai, beliau salam dan mengucap terima kasih kepada babanya kerana menghantarnya pergi ke sekolah. "Nanti, Pak Jaafar jemput ye masa nak balik nanti, 'call' ummi minta ummi suruhkan Pak Jaafar jemput Wana ye?" ujar Encik Johari. "Okay baba, terima kasih, 'drive safe'!" Balas Irwana ceria.

Irwana tidak meminta babanya untuk hantar betul-betul di hadapan sekolah kerana Irwana tidak mahu menggunakan nama babanya untuk mendapatkan populariti murahan serta Irwana tidak mahu menonjol kan dirinya kepada khalayak ramai maka Irwana meminta babanya untuk menghantarnya jauh 600m daripada sekolahnya pada setiap pagi.

Di sekolah, tiada siapa pun yang tahu selain guru-guru di Gloria Trio Highschool serta beberapa rakannya bahawa babanya merupakan seorang ahli perniagaan yang sangat termasyhur serta terkenal dan mempunyai syarikatnya sendiri di Malaysia mahupun di luar negara.
Encik Johari juga mempunyai cawangan syarikat di beberapa tempat lain di Malaysia, Semenanjung Sabah dan Sarawak serta di luar negara. Mulanya babanya pelik akan tindakan anaknya itu tetapi dia ikutkan sahaja.

Semasa berjalan kaki menuju ke pintu pagar Irwana ditegur oleh rakan-rakan baiknya iaitu Mirah, Amalin, Alya, Sofea. Mereka berlima selalunya berjalan kaki bersama setelah hadirnya Irwana di sekitar luar kawasan sekolah. " Shaa macam mana kau punya cuti hujung minggu? Best tak?" Ujar Alya. "Macam biasalah, buat kerja sekolah, main phone, tengok tv tu je lah lepastu makan HAHAHAHAHA!" tawa Irwana dan rakannya.

"Kau gelak apa? Ee bising lah kau ni dah lah muka tak lawa, gelak pula macam pontianak! Pontianak gelak pun okay lagi!" Herdik Ezety di dalam keretanya bersama rakannya sambil tergelak. "Apa masalah kau eh? Kacau aku bagai? Kau pikir suara kau yang macam langau tu sedap ke untuk didengari wahai Cik Ezety Dayana?" Kata Irwana kepada Ezety. Ezety dan rakannya berhenti gelak lalu bergerak masuk ke sekolah dengan laju dan berkata "tunggu kau!"

Sampainya mereka berlima ke sekolah, suasana di sekolah agak kecoh dan di 'notice board' ramai pelajar berkerumun menandakan ada sesuatu yang amat menarik untuk dilihat. Mereka berlima bergerak ke 'notice board' untuk melihat apa yang sedang berlaku. Ramai pelajar memandang Irwana pelik dan membuat muka ingin menanyakan tentang sesuatu.

Di 'notice board' terdapat kertas yang ditaip dan ditampal menyatakan 'beberapa orang pelajar pertukaran daripada sekolah elit yang lain akan bersekolah disini sehinggalah hujung tahun. Irwana Darnisha adalah salah seorang pelajar daripada Gloria Trio Highschool yang akan menguruskan pelajar pertukaran tersebut. Tiada bantahan atau alasan diterima.

Irwana agak terkejut kerana sebelum ini tiada seorang pun daripada sekolah elit yang lain pernah dibimbing olehnya. Irwana cuma terdiam lalu ke kelas bersama rakannya yang lain untuk meletakkan beg ke dalam kelas dan bergerak menuju ke dewan bagi sesi perhimpunan yang diadakan pada setiap pagi. Semasa bergerak ke dewan Mirah bertanya "beb kau tahu apa- apa ke pasal benda ni? Bukan ke ni kali pertama kau buat benda macam ni ye lah kau kan selalu tak ambil port tapi kali ni tiba-tiba je nama kau naik kat situ. Nasib baik seorang je kena jaga kalau sepuluh orang hahahahha" tawa Mirah.

" Aku pun tak tahu, tapi nak buat macam mana dah nama dah up kan, nak tak nak kena lah jugak buat. Kau tahu kan pengetua dengan baba aku kan rapat, kang nanti apa pula baba aku kata kalau aku tolak benda ni. Lagi satu kau orang kan tahu aku mana rapat sangat dah dengan budak sekolah ni lepas kes aku gaduh dengan Ezety 'tiga suku' pujaan ramai tu HAHAHAHA" kata Irwana.

" Erm tak pelah babe, janji kita orang berempat ada!" Kata dua kembar iras itu, Amalin dan Sofea lalu Irwana dipeluk beramai-ramai di tengah gajah menyusur sambil tertawa. Mereka tidak perasan akan ada orang yang memerhati akan tindakan mereka itu. Siapa lagi kalau bukan Ezety and the gang yang selalu saja iri hati akan mereka berlima.

Nota kaki XD :-
Hello there! Ini kali pertama saya menulis cerita so enjoy reading maybe a bit boring and tak betul also tak logik sedikit ehekk and jangan lupa vote !🤣

FOR NOW AND FOREVER ( ON GOING)Where stories live. Discover now