Bab 2

15 2 0
                                    

"Eee aku tak boleh lah tengok dia handle budak baru tu. Aku dengar cerita yang budak baru tu budak hot dekat sekolah lama dia haih, apa sal lah minah tu yang dapat bukan aku, pengetua ni pun" rungut Ezety .

"Ermm tu lah tu babe haih, selalu je dia nak caras semua benda kita nak buat. Dulu kes Arsyad sekarang kes yang ni pula. Tapi padan lah muka si Shaa tu kena tinggal dengan Arshad atas sebab tuduhan kita 'ha ha ha!'" tawa Emy dan Ezety sekumpulan.

Flashback
Tahun lepas

"Saya nak jumpa awak dekat tempat pertama kita jumpa dulu?" Kata Arshad mendatar kepada Irwana di dalam talian.

"Boleh tapi kenapa ye awak? Ada hal penting ke? Selalunya kita jarang pergi ke situ?" Tanya Irwana polos.

"Nanti awak akan faham kenapa. Jumpa dekat sana tepat jam tiga petang. Assalamualaikum, bye." Talian terputus tanpa sempat Irwana bersuara.

Pada jam dua, empat puluh lima minit Irwana datang ke 'Coffee Kabin' dengan ber T- shirt lengan pendek berwarna putih bercorakkan bunga ros dan dikenakan dengan loose fit denim jeans serta kasut sneakers berwarna putih. Rambutnya di biar lepas

Di cafe inilah tempat pertama kali dia dan Arshad berjumpa. Di mana Arshad terlanggar tanpa sengaja Irwana hingga air di tangannya tertumpah di atas baju Irwana yang putih sehingga menampakkan kesan air tersebut dan mereka bertukar nombor bagi berjumpa untuk menguruskan hal tersebut kerana pada waktu itu Irwana harus bergegas berjumpa dengan umminya. Maka disitulah mereka rapat dan sering berjumpa serta mula ada titik cinta antara mereka berdua sehinggalah Ezety yang dapat tahu akan hubungan mereka berdua sehingga dia cemburu akan percintaan mereka.

Irwana sempat memesan segelas air 'fresh orange' di kaunter dan dia bermain dengan telefon pintarnya sambil menunggu kehadiran Arshad di meja makan yang selalu mereka mereka berdua duduk.

Pada mulanya, Irwana agak terkejut kerana mendapat panggilan telefon daripada Arshad dengan suara mendatar yang diberikan oleh Arshad. Kebiasaannya Arshad adalah seorang yang ceria dan tidak mudah berputus asa akan sesuatu tetapi tidak kali ini. Ia agak memeningkan bagi Irwana untuk memahami situasi yang sedang berlaku.

Setelah beberapa minit berlalu, Arshad tiba dengan seseorang yang amat dikenalinya iaitu Ezety. Pada mulanya agak pelik kerana Ezety dan Arshad tidak pernah berbual atau jumpa di mana-mana tetapi Irwana diamkan diri dan tidak bertanyakan kerana tidak ingin bersangka buruk.

"Hai! Dah lama tunggu? Dah order?" ujar Arshad kepada Irwana dengan nada yang agak ceria berbanding nada perbualannya semasa di telefon.

"Hai jugak, takde lah saya baru je sampai and baru lepas order air also the waiter pun baru je lepas pergi hantar pesanan. Hmm, saya peliklah kenapa awak nak jumpa saya harini and kenapa tak boleh cakap dekat phone je? kan senang?" ujar Irwana.

"Ermm kita putus? Saya dah jumpa orang yang lebih baik daripada awak and lebih cantik, I mean she's my type" kata Arshad sambil tersenyum memandang Ezety tanpa menghiraukan Irwana yang terkejut.

"Boleh saya tahu siapa orang tu?" kata Irwana tertanya tanpa menunjukkan tanda kemarahan. " Depan kau sendiri, rasa kau kenal kot, tapi aku peliklah macam mana kau still boleh jadi polos eh lepas kau buat benda terkutuk, harap muka je lawa tapi jual body. Nasib baik my babe, Ezety bagitahu tentang perangai kau ni dekat sekolah macam mana! Rupanya kau ni pelacur! Sanggup kau kan menipu aku!" herdik Arshad lantang kepada Irwana.

"Saya tak tahu apa yang awak cakapkan" tanpa sedar air mata Irwana bergenang dan akhirnya nangis juga. "Eh perempuan, kau ingat kau ni suci sangat ke? Kau pikir aku tak tahu ke yang kau ada masuk ke hotel dengan sorang mamat ni, muka mat saleh lagi, tapi yang aku peliknyakan macam mana lah kau boleh lepas eh masuk sekolah elit macam tu sedangkan kau ni tak berduit lagikan berharta! Oh yeah of course lah by jual badan!" kata Ezety seloroh tanpa menghiraukan keadaan sekeliling dan pengunjung yang datang ke kafe tersebut.

Tanpa sedar Irwana tanpa sengaja melempang pipi kanan Ezety dengan kuat lalu beliau berkata " Kau takde kena mengena dalam hubungan aku dengan Arshad, and for your information that is my abang, abang kandung!" lalu beliau beredar ke kaunter dan membuat pembayaran airnya yang diorder tanpa disentuh lalu bergegas keluar daripada kafe tersebut dan mencalarkan kereta Arshad menggunakan kunci lalu beliau larikan diri.
"Tak guna punya perempuan!" lantang Arshad daripada dalam kafe.

Irwana tidak menyangka bahawa Arshad sanggup menduakan dia tetapi dia tidak menyalahkan Arshad kerana dia terlalu polos dan senang mempercayai seseorang dengan mudah. Tetapi itu tidak dijadikan sebagai alasan buat Irwana untuk bersedih kerana dia menerima teguran tersebut sebagai satu cabaran untuk menjadikan dirinya lebih baik.

End Flashbak

Semasa di dewan suasana agak hening kerana pelajar masih dalam keadaan mengantuk untuk mendengar mukadimah yang diberi oleh pengetua dan guru yang bertugas pada minggu lepas.

Semasa sesi pengetua berucap, beliau mengatakan acara tahunan yang akan diadakan setiap tahun iaitu sambutan dan tour guide buat pelajar elit di sekolah yang lain dan tiada bantahan diterima. Irwana agak terkejut akan pernyataan pengetua lalu beliau menunjukkan mimik muka.

Sesi perhimpunan telah tamat dan pelajar beredar ke kelas masing-masing bagi sesi pembelajaran. "Eh! Aku nak gi toilet lah kejap dengan Amirah" kata Sofea kepada rakannya. "Aku pun nak ikut lepastu aku dengan Alya nak pergi jumpa Cikgu Sharifah, katanya nak bincang pasal kemasukan budak elit tu. Shaa kau pergi kelas dulu eh?" kata Malin "Okies, jumpa korang kat kelas? Bye."

Setibanya di kelas, Irwana telah terkena sebaldi tepung serta beliau dibaling telur ayam oleh geng Ezety lalu " anak itik goreng crispy, lelong lelong!" tambah nya lagi " Kauorang ni kenapa huh? Shaa tak kacau kau orang kan apasal nak kekacau pulak. Ezety and the gang you wait here and clean this shit!" amarah Iman selaku ketua pengawas Gloria Trio Highschool. Rambut dan baju serta mukanya penuh dengan tepung dan berbau hanyir telur. Suasana kelas riuh rendah kerana tertawa akan keadaan Irwana tetapi nasib ada Iman yang tolong Irwana untuk membersihkan dirinya di tandas.

"Awak okay tak?" tanya Iman risau. Irwana hanya geleng. "Nak saya teman pergi toilet?" kata Iman lagi, lalu Irwana hanya angguk dan memandang bawah sahaja, malu gamaknya akan dirinya sekarang.

"Eh Shaa kau kenapa ni sampai macam ni? Kenapa ni Iman?" kata Amirah dengan nada pelik dan marah. Belum sempat Iman ingin berkata, "Hah, ni mesti geng minah tiga suku tu punya kerja kan? tunggu lah nanti aku tahu nak balas apa! Sekarang ni jom keluar sekolah gi kat kereta aku, amik baju lebih aku nanti baju yang kotor tu kau letak kat dalam plastik make sure basuh dulu pakai air" jerit Malin daripada belakang.

"Mak datuk hantu bonceng! Eyy kau ni bagi salam lah kot ye pun nak jerit naharam! Nasib aku takde sakit jantung, kalau ada mati keras sini kau tanggung!" omel Sofea comel. "Eleleleh tikus ni macam tak biasa pulak." tertawa mereka semua disitu.

Nota kaki:-

Hmm sorry lah sikit je chapter ni and idea tengah kering HAHAHAH 🤣 don't forget to vote and share it too!

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jul 15, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

FOR NOW AND FOREVER ( ON GOING)Where stories live. Discover now