"Y/n!" Kau menoleh melihat Chanyeol yang sedang berlari menuju ke arah kau. Au! Comel betul dengan rambut dia yang turun naik tu lagi.
"Y/n..." Chanyeol tercungap cungap mengambil nafas. Rasa macam lumba lari dengan cheetah je.
"Wae?" Kau memandangnya hairan. Walaupun sekelas, korang jarang bertegur sapa.
"Aku nak jumpa kau. Lepas sekolah nanti tunggu aku kat bumbung sekolah."
"Wae?"
"Alah datang je!" Chanyeol terus cau meninggalkan kau yang terkebil kebil. Hairan dengan perangai Chanyeol.
Lepas sekolah, kau terus berkemas. Kau sempat melihat sekeliling mencari Chanyeol. Namun tiada kelibatnya di dalam kelas itu. Kau mengangkat bahu lalu menuju ke bumbung bangunan sekolah seperti yang Chanyeol arahkan.
Tiba di bumbung, kau melihat seorang yang tinggi setinggi tiang lampu berdiri membelakangi kau. Kau amat yakin bahawa itu ialah Chanyeol memandangkan tiada orang lain lagi yang setinggi itu.
"Chanyeol." Panggil kau. Chanyeol menoleh.
"Eo, y/n." Chanyeol tersenyum manis.
"Ada apa?" Tanya kau sambio memandang ke atas.
"Sebenarnya..." Chanyeol menunduk. Mukanya memerah. Adakah...
"Aku suka kau! Saranghae!" Chanyeol memberikan sebuah kotak kecil berbalut kemas denga reben. Kau terkejut. Amat terkejut. Apa taknya korang dahlah jarang bertegur tetiba confess. Air mata kegembiraan mengalir dari mata kau.
Kau teragak-agak untuk menerima kotak itu. Hampir sahaja kau menyambut pemberian Chanyeol, Chanyeol menarik kotak itu semula dan memandang ke arah kau.
"Amacam? Kau rasa Hika(kawan kau) suka tak kalau aku confess macam tu. Agak agak dia terharu ke tak?" Air tangisan kau terus berhenti mengalir. Air tangisan diganti dengan api amarah.
"Kau..."
"Aku yakin dia akan benci kau seumur hidup!" Kau terus smackdown Chanyeol di tempat kejadian. Kau berlalu pergi.
"To.. tolong." Raung Chanyeol lemah. Dahlah patah hati, tambah pulak dengan kecederaan fizikal yang kau buat tadi. Naya Chanyeol dibuatnya.
Tsk tsk. Tulah kau Chanyeol lain kali jangan mainkan perasaan kaum hawa. Tak baik~ 🐳
Chanyeol pun menyesal dengan tindakannya.
-TAMAT-
Pengajarannya jangan lah kita memainkan perasaan manusia ni tak kira laki or pompuan. Lelaki jangan mainkan perasaan perempuan. Perempuan jangan mainkan perasaan lelaki. Jaga perasaan orang lain, insya allah orang lain jaga perasaan korang. What u give, u get back. Kalau dorang tak jaga perasaan korang jugak... pandai pandailah korang settle. Bye!!!!
"I'm out."
"I'm 2 out"
"3 out!"
Ok ok. Kali ni betul betul out. Byee!! 🐳
YOU ARE READING
Mini Fanfiction
RastgeleFanfiction yang teramatlah pendek dengan idea yang taklah seberapa ada disini. Segalanya untuk hiburan semata mata.