04

158 15 3
                                    

Aku cuba memberanikan diri menuju kearah bunyi tersebut.

Kelihatan seorang lelaki sedang mengerang kesakitan sambil memegang dadanya di suatu sudut.

Aku melutut dihadapannya. "E-encik ok t-tak."
Aku memegang bahu lelaki tersebut. Terkejut aku, apabila melihat wajah lelaki tersebut. "J-jungkook. Awak ok tak ni?"

"U-ub-bbat aku."
"Hah? U-ubat?"
Aku mencari ubat yang dimaksudkan oleh Jungkook. Apabila terjumpa satu bekas kecil yang diisi dengan pil aku pants memberikan kepada Jungkook.

"Ni ke ?"
Aku membantu dia duduk dan menyerahkan air mineral kepada dia.
-
-
-
-
-
Setelah beberapa minit, sakit Jungkook perlahan-lahan beransur hilang. Tapi dia masih kelihatan lemah.

Aku mengambil ubat pil yang dia makan tadi untuk mengetahui ubat apa yang dimakan olehnya tadi.

Belum sempat tangan aku mengambil ubat itu, tangan Jungkook lebih pantas merampas dan menyimpan ubat tersebut.
Aku mencebik bibir, geram.
'Aku dah tolong bukan nak cakap terima kasih.'

Aku menyumpah nyumpah Jungkook didalam hati. "Awak ok tak ni? Nak saya hantar pergi hospital ke?"
Jungkook pantas menggelengkan kepala "Tak nak."

"Habis tu? Saya hantar awak balik rumah ya?"
Dia menggeleng kepala sekali lagi.
"Bawa aku pergi rumah kau. Aku malas nak balik rumah aku."

"Hah? K-kenapa p-plak?"
"Kau nak tolong aku ke tak ni."

Aku menggaru garu tengkuk aku. 'Adeh, nak buat apa ni.'

"Kau nak tolong ke tak. Kalau tak nak aku balik sendiri."
"Eh, eh... Ok balik rumah saya."

Aku pantas memapah dia. Aku pun tak tahu apa benda yang menghasut aku sekarang ni. Aku berhenti secara tiba-tiba.

"Kau ni pehal."
"Kejap la saya call kawan saya."

Aku pantas mengeluarkan telefon untuk menelefon Nayeon. Tak kan aku nak bawak dia naik bas pulak.

Baru sahaja aku nak mendail nombor Nayeon aku terlihat kelibat sepasang kekasih sedang berpegang tangan menuju ke arah kedai makan berdekatan dengan tempat aku dan Jungkook berdiri.

Aku pantas memusingkan badan kearah lain. Perempuan tu... Nayeon. Wajah lelaki yang bersama dia itu tidak berapa jelas, tapi aku rasa aku kenal. Bukan itu yang menjadi pertanyaannya.

Yang menjadi pertanyaannya sekarang, kenapa dia tak jujur dengan aku. Bukannya aku nak marah pon. Perlu ke nak menipu?

"Nam Daeyoung. Kau ok tak?"
"Saya ok, jom la balik naik teksi. Saya rasa kawan saya tu sibuk."

Jungkook hanya mendiamkan diri begitu juga dengan aku.

Tbc

[H]Nothing like us •jjkWhere stories live. Discover now