21

121 12 2
                                    

Daeyoung bangun awal untuk menyediakan sarapan untuk dia dan Jungkook. Lagipun hari ni, dia dan Jungkook tidak mempunyai kelas. Dia hanya masak makanan yang simple sahaja sebelum menghidangkan nya di meja makan.

Daeyoung menuju ke ada ruang tamu dan membuka TV. Dia cuba menahan ngantuknya. Akibat berbual terlalu lama dengan sepupunya, dia sampai rumah pada pukul 11.59 malam.

Dia tak sangka selama ini dia sama universiti dengan Taehyung. Bercinta dengan kawan baiknya pulak tu. Tak pasal-pasal Jungkook mogok tidak mahu bercakap dengannya kerana dia balik lewat. Jungkook tidak tahu menahu lagi yang Taehyung tu sepupu dia. Nanti-nanti lah bagi tau.

Sebab tu Daeyoung bangun awal, sebab nak pujuk Jungkook. Dia memandang pintu bilik Jungkook yang tertutup rapat. "Bila nak bangun orang tua ni? "

Jungkook sudah berpindah masuk bersebelahan dengan bilik Daeyoung. Tak kan nak tidur sebilik pulak. Kadang-kadang, dia terfikir. Apa hubungan antara dia dengan Jungkook. Dari pandangan orang lain, mereka mungkin menganggap Daeyoung dan Jungkook ialah pasangan kekasih.

Hakikatnya tidak. Daeyoung tidak dapat menipu diri sendiri yang dia memang suka pada lelaki itu sudah lama. Tapi bagaimana pula dengan Jungkook? Tapi dari cara layanan Jungkook, menunjukkan bahawa lekaki itu amat mengambil berat tentangnya.

Daeyoung mematikan semula suis TV. Dia ingin menyambung tidurnya. Pasal Jungkook, nanti-nantilah dia fikir. Tidur lagi bagus.




Tbc

[H]Nothing like us •jjkWhere stories live. Discover now