15

138 12 0
                                    

Jungkook berlajan menggunakan laluan pejalan kaki yang sunyi. Dia memikirkan kesudahan hidupnya.

Ya, dulu dia bukan begini. Sejak omma dan appanya meninggalkannya dia berubah menjadi seorang yang agresif. Selalu hang out dengan kawan-kawan, bertukar perempuan, ponteng kelas.. Macam-macam dia lakukan untuk mengisi kekosongan hidupnya.

Baginya, dunia ni tidak adil... Sampai satu masa, dia selalu mengalami sesak nafas dan sakit dada. Sehingga lah dia mengambil keputusan untuk berjumpa dengan doktor.

Flashback

"Encik Jeon Jungkook, awak menghidap penyakit kanser paru-paru tahap 2."

Terdiam Jungkook mendengar kata-kata tersebut.
"Kanser paru-paru? Doktor berguraukan? Tak mungkinlah."
Sedaya upaya dia cuba menafikan baginya doktor itu hanya bergurau.

"Saya tak ada masa nak bergurau perkara sebegini. Dari hasil pemeriksaan kami menunjukkan bahawa encik mengalami penyakit tersebut. Lagipun, encik sendiri yang mengaku yang encik selalu mengalami sesak nafas, sakit dada, batuk yang berterusan, cepat letih, lesu.. Itu semua simptom-simptom penyakit kanser paru-paru."

Jungkook menggengam kedua-dua tangannya. Dia cuba menahan air matanya dari gugur.
"H-habis tu, apa patut saya buat?"

"Begini la, saya sarankan awak menjalani pembedahan untuk membuang sel-sel kanser dalam badan awak.. Lagipun awak masih di tahap kedua, tindakan awal perlu diambil untuk mengelakkan sel-sel tersebut merebak ke organ lain."

"K-kalau saya jalani pembedahan tu, saya a-akan selamat ke?"
"Yang itu saya tak dapat jamin awak akan selamat 100% mungkin hanya 50/50.."

"B-bagi saya masa."
"Baiklah kalau begitu, awak akan ada temu janji dengan saya bulan depan. Pastikan awak datang. Buat masa sekarang, saya akan bekalkan awak ubat tahan sakit."

Flashback end

Sejak itu, dia mula menjauhkan diri dari kawan-kawannya. Lagi-lagi bila dia terdengar perbualan mereka yang mereka hanya berkawan dengannya semata-mata kerana harta.

Dia mula menjadi pendiam. Jauhkan diri dari semua orang. Sehingga dia perasan sesuatu. Ada seseorang selalu memerhatikannya, orang tersebut ialah 'Daeyoung'. Dari situ Jungkook mula jatuh hati, tapi dia tak berani nak luahkan perasaan nya mengenangkan penyakit yang dihidapi olehnya.

Taehyung? Macam mana aku boleh kenal dia? Dia memang kawan Jungkook dari kecil,tapi Jungkook yang jauhkan diri.

Bila Taehyung tahu yang dia menyukai Daeyoung, dia mula meminta tolong Nayeon untuk membantunya. Dari awal semuanya sudah dirancang. Kejadian di lorong tu, Jungkook ingat nak berkenalan dengan Daeyoung, tak sangka pula penyakitnya menyerang.

Tbc
Ak x pndai bab ii penyakit ni bagai

[H]Nothing like us •jjkWhere stories live. Discover now