"Appa!" Anak gadisnya memanggilnya riang.
"Ye sayang, seronok belajar?" Soalnya.
"Seronok, Young Ji jumpa banyak kawan" katanya riang.
Seok Jin mendukung anaknya menuju ke kereta.
"Maafkan saya, encik?" Sapa seorang perempuan. Langkah Seok Jin terhenti. Badannya dipusingkan.
"Ye saya, ada apa?" Soal Seok Jin.
"Encik bernama Kim Seok Jin? Ayah kepada Kim Young Ji?" Soalnya. Seok Jin mengangguk.
"Ouh, saya cikgu yang mengajar Young Ji. Saya nak beri tahu, dokumen Young Ji tidak lengkap" katanya.
"Ouh, apa yang tak lengkap?" Soal Seok Jin. Young Ji yang ada dalam dukungannya diturunkan.
"Dokumen encik ada, dokumen anak encik ada, tapi...dokumen isteri encik tiada? maafkan saya, Young Ji tak ada omma?" Soalnya ragu. Seok Jin tersenyum nipis kepalanya dianggukkan sedikit.
"Ouh, maafkan saya tanya begitu" dia menunduk.
"Tak apa, itu takdir. Tiada apa-apa lagi kan?" Soal Seok Jin. Cikgu wanita itu mengangguk.
"Saya pergi dulu"
<><>
Seo Jin menurunkan anaknya apabila sampai diahadapan pintu rumah.
"Young Ji lapar?" Soal Seok Jin. Young Ji menggeleng.
"Appa tak masak malam ni tau" kata Seok Jin. Young Ji mengangguk. Kaki mereka berjalan masuk ke dalam rumah.
"Betul ni sayang? Appa penat ni, kalau lapar cakap, appa belikan" tanya Seok Jin untuk memastikan keputusan anaknya.
"Betul, Young Ji tak lapar, lagi pun dalam peti ada coklat. Mesti sedap" Young Ji tersenyum lebar.
"Dah, Young Ji pergi mandi dulu ya" kata Seok Jin sambil mengusap kepala anaknya lembut.
"Nae appa!" Young Ji terus berlari menaiki tangga.
"Jangan lari! Nanti jatuh!" Pesan Seok Jin. Young Ji hanya meneruskan lariannya. Seok Jin menggeleng.
Setelah kelibat anaknya hilang Seok jin merebahkan badannya di sofa. Beg kerjanya diletakkan ditepi sofa.
Matanya tertumpu pada siling yang bewarna putih. Kenangan yang sangat mengguris hatinya bermain di mindanya.
Isterinya meninggalkannya selepas melahirkan Young Ji atas sebab kekasihnya.
Seok Jin tidak menyangka bahawa isterinya mempunyai kekasih sendiri. Menipu dirinya. Langsung dia tidak menyangka.
Padahal dia sudah beri sepenuh kasih sayangnya terhadap isterinya. Tapi hanya disebabkan anak yang dilahirkan dari rahimnya sendiri. Dia tidak mahu mempunyai cahaya mata.
Kerana rasa rindu dan sayang yang selalu ada, Seok Jin memberi nama anaknya sama seperti isteri yang sudah meninggalkannya.
Seok Jin merenung lagi siling itu. Memorinya mengimbas kembali kenangan lama bersama isterinya Park Young Ji.
Dia tersenyum kecil tatkala kenangan indah berlegar-legar diminda.
Matanya makin sayu apabila teringat peristiwa sewaktu isterinya ingin meninggalkannya.
Seok Jin memejamkan mata. Terus dia terlelap.
<><>
"Appa?"
"Appa?!"
"Ya sayang" jawab Seok Jin. Matanya ditenyeh menggunakan belakang telapak tangannya.
"Appa...nak tidur" kata Young Ji. Seok jin membetulkan kepalanya. Dia memandang jam di dinding.
"Dah pukul 10, Young Ji masuk bilik dulu ya" kepala anaknya diusap lembut. Young Ji terus berlari masuk ke bilik appanya.
"Lama juga aku tidur tadi" kata Seok Jin seorang diri. Kemudian dia terus mengatur langkah ke bilik.
Bibirnya tersenyum apabila pintu bilik dikuak, Young Ji sudah duduk di atas katil.
"Appa mandi dulu ya sayang" Seok Ji menghampiri Young Ji lalu mengusap pipi anaknya yang gebu itu.
Young Ji mengangguk dalam keadaan yang tersengguk-sengguk. Seok Jin tertawa kecil melihat anaknya.
Seok Jin terus mencapai tualanya lalu masuk ke dalam bilik mandi.
YOU ARE READING
[OG] Appa 》k.s.j《
FanfictionSayangnya seorang ayah terhadap anaknya... Setelah isterinya pergi, dia yang bertanggungjawab atas semua pengurusan anaknya Isterinya yang pergi demi orang lain. Seok Jin menjaga anak itu. Nama yang diberi sama seperti ibunya kerana rasa cinta dan r...