2

48 12 0
                                    

Seok Jin menguak tirai di koridor biliknya. Cahaya yang sedikit memantul ke dalam ruangan bilik itu membuatkan anak gadisnya terjaga.

"Good morning baby" sapa Seok Jin kepada anaknya serta segaris senyuman dibibirnya.

"Appa~" Young Ji mula merengek. Seok Jin menghampiri Young Ji lalu mendukungnya, tangannya menepuk-nepuk belakang Young Ji. Gadis kecil itu terlelap kembali.

"Alolo anak appa mengantuk lagi" kata Seok Jin. Dia terus menepuk belakang anaknya. Jika dilepaskan pasti anaknya akan menangis. Jadi biarlah diteruskan saja.

Seok Jin terus keluar dari bilik dan menuju ke dapur untuk masak sarapan pagi, Young Ji didalam dukungannya dibiarkan.

<><>

Young Ji masih lagi tidur dibahu lebar milik Seok Jin. Sarapan sudah siap, Seok Jin hanya memasak nasi goreng kimchi kegemaran Young Ji.

"Sayang, bangun...makan jom" pujuk Seok Jin pada anaknya.

"Hmm" Young Ji menggeliat kecil. Seok Jin sudah tersenyum lagi, sudah masak dengan perangai Young Ji.

"Appa~" Young Ji merengek lagi.

"Haish, jangan la nangis, makan jom. Appa masakkan nasi goreng kegemaran Young Ji ni" pelawa Seok Jin sekali gus memujuk anaknya yang masih melekap dibahu.

Tak lama kemudian, Young Ji mengangkat kepala, dia memandang Seok Jin dengan dahi yang berkerut dek kerana cahaya lampu yang memancar.

"Appa dah masak, nak jalan jalan tak hari ni?" Soal Seok Jin untuk menarik perhatian anaknya.

"Nak!" Terjegil besar mata Young Ji kali ini, membuatkan muka Seok Jin merah menahan tawanya.

"Haa nak mandi dulu ke, nak makan dulu?" Soal Seok Jin.

"Mandi!"

"Haa jom kita mandi. Wheeee~" terus Seok Jin meluru ke bilik mandi yang ada di dapur sambil mengangkat Young Ji di atas bahunya.

Setelah selesai mandi Young Ji terus menuju ke ruang dapur. Seok Jin tertidur beralaskan tangan di meja makan.

"Appa" Young Ji menggoncang badan appanya.

"Hmm ye sayang, nak pakai baju? Jom" Seok Jin menggenyeh matanya.

"Tak lah, Young Ji dah siap pakai baju, Young Ji nak makan" kata Young Ji. Terus Seok Jin memandang Young Ji dengan fokus, ya anaknya sudah memakai baju t-shirt lengan panjang bewarna ungu cair dan skirt paras lutut bewarna hitam.

"Kenapa tak panggil appa tadi?" Soal Seok Jin sambil mengangkat Young Ji di atas kerusi yang kosong disebelahnya.

"Appa tidur, Young Ji tak nak kejut" kata Young Ji. Satu sudu nasi goreng masuk ke dalam mulutnya. Seok Jin hanya tersenyum.

"Sedap?"

"Mestilah sedap, appa yang masak" kata Young Ji dengan mulut yang dipenuhi oleh nasi.

"Dah, makan elok elok, nanti tercekik"

Young Ji mengangguk, kemudian dia terus menyambung kunyahannya dan diselangi oleh minuman.

<><>

"Jom kita jalan jalan" kata Seok Jin lalu mengangkat anaknya masuk ke dalam kereta.

"Anak appa nak pergi mana?" Soal Seok Jin kakinya menekan pedal minyak menuju ke kawasan bandar.

"Nak...alah pergi je lah mana-mana" Young Ji buntu.

"Okay, kita pergi main air nak?" Young Ji tersenyum lebar, laju dia mengangguk.

"NAK! NAK!"

Seok Jin tersenyum melihat telatah anaknya. Baginya Young Ji sahaja harta yang paling berharga dalam hidupnya. Biarlah setiap hari dipenuhi oleh gelak tawa putrinya, itupun sudah cukup untuk mewarnai harinya.

Setelah setengah jam, akhirnya mereka tiba dihadapan sebuah taman tema air. Seok Jin memandang anaknya yang terlelap di kerusi penumpang. Seok Jin pelik juga, sekarang Young Ji banyak tidur. Enjin kereta dimatikan.

"Sayang, dah sampai" Seok Jin menggoyangkan badan anaknya perlahan.

"Hmm" mata Young Ji terbuka sedikit demi sedikit.

"Appa"

"Kenapa sayang, hmm?" Soal Seok Jin. Kepala anaknya diusap lembut.

Mata Young Ji perlahan-lahan berair. Kemudian dia menangis.

"Eh kenapa anak appa ni?" Kata Seok Jin terus mengangkat Young Ji lalu dipeluk erat. Tangan Seok Jin menyapu leher Young Ji lembut, terasa panas.

"Yo-Young Ji mimpi o-omma~" Young Ji menangis sekuat-kuatnya. Pertemuan dia bersama ommanya didalam mimpi berlegar didalam minda.

"Eh sayang, janganlah macam ni, kan appa dah cakap, mimpi tu mainan tidur" Seok Jin menepuk belakang anaknya.

"Ta-tapi omma~"  kini Seok Jin menggosok belakang Young Ji laju. Tidak lama kemudian tangisan anak kecil itu hilang.

"Sayang?" Seok Jin cuba mengangkat anaknya.

"Sayang?" Seok Jin membaringkan Young Ji di atas ribanya.

"Hey, sayang!" Seok Jin mula menggelabah apabila melihat muka Young Ji yang sangat pucat, pipi anaknya ditepuk berkali-kali.

"Sayang, bangun sayang" Seok Jin mengucup dahi anaknya.

Seok Jin terus menghidupkan enjin kereta. Dipandu laju menuju ke hospital berdekatan. Young Ji diatas ribanya dibiarkan.

[OG] Appa 》k.s.j《Where stories live. Discover now