3

70 12 7
                                    

Seok Jin memandang sayu wajah anaknya yang terbaring lemah diatas katil pesakit. Fikirannya hanya mengingatkan kata-kata doktor yang merawat Young Ji sebentar tadi.

"Anak encik mengalami gangguan pernafasan pada waktu-waktu tertentu. Jadi saya sarankan jaga dia baik-baik dan pantau pemakananya, jangan selalu beri manisan atau makanan yang mengandungi banyak minyak"

"Appa.." rengekan anak gadisnya membuatkan lamunan Seok Jin hilang serta-merta.

"Eh, anak appa dah bangun" kata Seok Jin sambil tersenyum.

"Appa, nak peluk" pinta Young Ji. Dia duduk sambil mendepakan tangannya.

"Boleh sayang..." Seok Jin menyambut pelukan itu.

"Young Ji kat mana?" Soalnya. Pelukan dilepaskan serta-merta. Matanya digesel-gesel beberapa kali.

"Hospital" jawab Seok Jin sambil tersenyum. Sungguh itu sebuah senyuman yang palsu.

"Kenapa? Young Ji sakit?" Soal Young Jin sambil matanya memandang ke arah katil yang di dudukinya sekarang.

"Ha'ah" jawab Seok Jin jujur. Dalam hatinya asyik mengulang ayat maaf.

"Sakit apa?" Soal Young Ji lagi. Seok Jin tersenyum melihat anaknya yang petah berkata-kata dengan bibir yang kering dan merekah-rekah.

"Young Ji kurang rehat je, esok duduk rumah, tak boleh keluar, tunggu Young Ji sihat betul-betul baru appa bawa Young Ji keluar jalan-jalan" kata Seok Jin. Kepala anaknya diusap lembut.

"Ocey!"

<><>

Seok Jin memandu dengan berhati-hati. Young Ji yang tersengguk-sengguk di kerusi penumpang dipandang.

"Anak appa mengantuk ke?" Soal Seok Jin.

Young Ji hanya mengangguk. Mulutnya tidak lagi petah seperti di hospital tadi.

"Tidurlah" kata Seok Jin, tangannya kananya hinggap di kepala kecil milik Young Ji lalu diusap lembut.

Young Ji perlahan-lahan terlelap. Seok Jin pun berhenti mengusap kepala anaknya. Kini dia kembali fokus memandu.

Seok Jin memandang kehadapan, lebih kurang 400 meter diahadapan ada trafic light, Seok Jin memandang ke belah kiri. Matanya tertancap pada sebuah kedai serbaneka 7eleven.

Terbit satu hasratnya untuk membeli sesuatu yang dia sendiri tidak tahu apa. Kini stereng kereta dipusingkan kesebelah kiri. Laju keretanya memasuki tempat letak kereta yang kosong tidak berpenghuni.

Seok Jin ingin keluar, tetapi hajatnya untuk keluar terbantut. Tak mungkin dia akan meninggalkan Young ji seorang diri di dalam kereta. Setelah berfikir beberapa minit Seok Jin membuat keputusan untuk membawa Young Ji sekali.

Seok Jin berjalan ke pintu penumpang kemudian dia mengangkat Young Ji perlahan-lahan agar anak gadisnya tidak tersedar dari tidur.

Kemudian baru lah dia masuk ke kedai yang ingin ditujuinya.

Jejak sahaja kaki Seok Jin di dalam kedai itu dia terus menuju ke rak yang menyusun bermacam-macam jenis roti 'ber' krim. Young Ji yang masih nyenyak di dalam dukungannya di dodoi perlahan.

Dia mengambil dua berinti coklat dan dua berinti strawberi. Kemudian dia terus berjalan ke kaunter untuk membuat pembayaran.

Satu persatu barang yang dibeli Seok Jin di scan oleh pekerja perempuan yang tanda namanya tertulis Park Bo Young.

Sambil tangannya bekerja, sekali sekala matanya memandang Seok Jin.

"Hai, tak penah nampak awak dekat sini, baru pindah ke?" Soal Bo Young. Seok Jin agak terkejut kerana dia sedang termenung.

"Tak lah, saya duduk jauh dari sini, alang-alang balik dari hospital saya singgah di sini" jawab Seok Jin sambil tersenyum.

"Ouh, ini anak awak?" Soalnya lagi. Seok Jin sedar pekerja 7eleven yang bernama Bo Young ini ramah orangnya. Seok Jin mengangguk bagi persoalan Bo Young.

"Comel!" Katanya sambil terjerit kecil. Seok Jin hanya tertawa.

"Appa~" Young Ji terjaga. Seok Jin cepat-cepat menepuk belakang anaknya perlahan. Sedar dia yang tertawa sehingga membuatkan Young Ji terjaga.

Young Jin mengangkat kepala. Matanya menjadi sepet apabila cahaya lampu dan sinaran matahari dari luar memancar ke arahnya.

"Kat mana?" Soal Young Ji.

"Kedai" jawab Seok Jin teraenyum, berharap Young Ji tidak menangis.

Bo Young yang geram dengan telatah Young Ji itu tersenyum, lantas pipi Young Ji dicuit.

<><>

Seok Jin meletakkan Young Ji perlahan lahan di atas katil. Roti yang dibelinya tadi diambil satu. Plastiknya di koyakkan lalu roti itu selamat mendarat di dalam mulut Seok Jin.

Dan sekarang masa untuk Seok Jin memulakan tugas. Dia berjalan ke dapur untuk memasak memandangkan jam sudah menunjukkan angka 12:45 tengah hari baik dia mula memasak.

Apron yang tergantung disauk lalu diikat pada badannya yang ramping mengalahkan seorang model. Pisau dan landas dicapai.

Dan matanya mula mencari bahan. Bawang dicapai terlebih dahulu lalu dihiris. Serai di penyekkan menggunakan pisau dan halia dicincang begitu juga bawang putih.

Kemudian Seok Jin menyiang ikan. Lalu dimasukkan dalam periuk kukus. Bahan-bahan tadi dicampakkan ke dalam periuk, tidak lupa juga menambah sedikt perencah.

Setelah selesai, Seok Jin berjalan ke ruang tamu, alat kawalan jauh televisyen dicapai. Sekarang hanya menunggu ikannya siap dikukus.

Tangannya ligat menekan nombor untuk mengalih siaran lain. Tapi tiada yang dapat menrik perhatiannya. Seok Jin tersandar lemah pada sofa, lama kelamaan dia terlelap.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 06, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

[OG] Appa 》k.s.j《Where stories live. Discover now