🐈01

25 6 3
                                    

Shizuku POV

Aku termenung di luar tingkap di dalam bilik darjah semasa pembelajaran subjek bahasa inggeris yang di ajar oleh gorilla sensei. Tak habis-habis ajar nyanyi lagu apatah ntah London? Cam tulah.

Tu nama samaran yang diberikan oleh aku sebab guru itu yang paling ku benci dan gorilla sensei tu selalu menyindir dan memalukan aku di dalam kelas.

Alasan dia buat begitu pada aku?

Sebab walaupun aku duduk dalam kelas pertama tapi aku satu satunya budak yang paling bodoh bahasa inggeris dalam kelas

Aku tak suka bahasa penjajah.

"Aikawa Shizuku!"

Aku rasa macam orang memanggil nama aku. Suara seperti suara lelaki.

Abaikan

Aku terus termenung ke luar tingkap kerana kedudukan aku dalam kelas sebelah tingkap.

"Aikawa Shizuku!"

Eh? Dengar lagi orang panggil nama aku. Kali ni aku dengar suara tu macam suara makcik.

Abaikan

"AIKAWA SHIZUKU!"

Aku terkejut dan terus bangun. Rupanya Gorilla sensei panggil aku.

"Hai' sensei! Jawapan no 4 tu proses fotosintesis"

Semua orang dalam kelas memandang aku dan…

Mereka gelakkan aku.

HAHAHHAHAH

"Aikawa san. Apa yang ada dalam kepala otak awak? Sekarang ni saya ajar awak subjek apa?"

"Sains mungkin"

Aku menganjing balik. Padahal aku nak cover malu. Aku sebenarnya tak suka melawan kata guru tapi dia dah melampau.

Ada suatu hari tu dia marah saya sebab tak dapat bagi maksud

Turn right

Kau tahu aku jawab apa? Aku jawab maksudnya jalan yang benar.

Satu kelas gelakkan aku. Aku tak kisah tapi gorilla ni lagi burukkan nama aku dalam kelas dan dia buat aku malu.

Adakah hidup aku ni hanya untuk dicemuh dan layak dihina di khayalak ramai?

Aku hilang sabar bila dia hina ibu bapa aku tak pandai didik aku.

mak² jangan main lah

Yang buat aku sakit hati tiap kali kelas dia, dia akan hina aku dulu dan malukan aku dengan pelbagai cara.

"Kamu ni dah pandai kurang ajar dengan saya kan? Sekarang duduk kat luar buat ketuk ketampi 50 kali"

Sabar je aku sekarang ni. Aku tak kisah semua tu.

Aku terus keluar dari kelas dan buat ketuk ketampi.

Murid-murid dalam kelas aku ada yang baling sampah keluar terkena aku.

Susahnya hidup~ aku tak suka sekolah.

*Ting ting*

Loceng dah bunyi aku segara kemas barang aku untuk pulang ke rumah. Kebiasaannya aku akan ke perpustakaan atau dalam bi labary? 

Kisah apa aku. Tapi kali ni aku kena balik rumah sekejap sebab kad perpustakaan dan buku yang patut aku pulang tertinggal atas meja belajar aku.

Aku terus berlari

Neko no SekaiWhere stories live. Discover now