The Gingerbread Cat🐈

13 3 9
                                    

Budak weirdo!

Nerdist!

Kesiannya, sunyi hidup dia!

Huh! Tiada kasih sayang mak ayah sebab tu perangai pelik.

Ayah nak kamu belajar, belajar, belajar.

"Tak! Aku benci nak hidup! Aku benci semua orang!!!!!"

DUSH!

Shizuku terjatuh dari katilnya selepas tersedar dari mimpinya.

"ADOI! SAKIT! mimpi je ke tadi?"

Dia bingkas bangun dalam keadaan kepala rasa berpusing-pusing.

"Aku dah balik dunia aku ke? Baron? Kucing yang selamatkan aku??Aku mimpi je kot. Arghhhh! Aku malas nak pergi sekolah" monolog shizuku pada dirinya.

Shizuku ke meja solek dan melihat cermin.

"Aku manusia bernama Aikawa Shizuku tak mungkin aku seekor kucing. Huh? pelik Baron? siapa dia?" gumam shizuku buat² tak tahu pada cermin.

Pada mulanya dia buat tak endah bila lihat wajahnya, tapi sekali lagi dia lihat wajahnya pada cermin... matanya terus membulat..

"NANDE! AKU MASIH KUCING!"

Tok! Tok!

"Shizuku. Aku masuk ye~ kau pun dah bangun kan?"

Baron membuka pintu bilik shizuku sambil membawa gaun. Jejaka kucing itu hanya mencampakkan saja baju ke arah shizuku.

"Nah pakai baju ni. Hodoh sungguh baju kau dari dunia manusia tu. Tukarlah"

Shizuku membelek gaun itu. Baginya cantik kerana mengikut citarasanya yang tiada corak dan berwarna merah.

"Arigatou Baron. Tapi kan aku pun sebenarnya tak tahu aku ni dalam mimpi atau realiti"

Dengan pantas baron mencubit pipi shizuku dengan kasar.

"Oi sakitlah!"

"Sakit kan? Maksudnya ni realiti. Kau mesti ragu-ragu dengan aku lagi, tapi kau cuba buat² tak tahu. Betul tak" kata baron menyegetkan kepalanya sedikit dan tersenyum.

"Betul ke ni realiti, baron" wajah shizuku berubah seakan risau.

"Kenapa? Kau nak balik ke dunia kau ke?"

Keadaan menjadi sunyi seketika, kemudian...

"YAHOO! AKU TAK PAYAH HADAP MUKA GORILLA! TAK PERLU PERGI SEKOLAH! TAK PAYAH BELAJAR. TAK DELAH AKU KENA CACI TANPA SEBAB!" lompat-lompat shizuku atas katilnya sebab terlalu riang dan dia terjatuh lagi.

Baron hanya mampu mengeluh.

"Dah aku keluar dulu. Lepas kau siapkan diri kau, kau tunggu sorang perempuan ni kat cafe. Dia ni pembantu aku jaga cafe. Cafe aku kat depan rumah tu je"

"Okay!"

"Nah kunci cafe, tolong dia nanti jangan curi tulang" baron mencampak kunci tepat kena pada tangan shizuku.

Kemudian dia terus pergi.

Tapi baron berpatah balik buka pintu dan katanya lagi...

"Ooh satu lagi. Jangan bagitahu nama sebenarnya kau pada orang lain, sebab yang lain nanti dapat kesan kau tu manusia. Bahaya. Dan orang lain tahu kau manusia, lepas tu hidup kau bagai telur di hujung tanduk. Faham? Nama samaran kau Mary. Ingat tau"

Neko no SekaiWhere stories live. Discover now