Bab 1:Pengembaraan Bermula

189 6 5
                                    

Pada 13 Jun 1989,seorang manusia telah lahir.Beliau diberi nama,Kasem Khairuddin Mansor.Bapanya ialah seorang usahawan yang berjaya manakala ibunya ialah seorang pengurus syarikat mesin basuh terkemuka di dunia.Kasem sering melawati datuk dan neneknya di kampung iaitu di Kedah sana.Beliau seorang yang sangat bersemangat dalam melakukan kerja-kerja kebun seperti menanam sayur dan menembak belalang.Beliau mempunyanyi banyak ilmu-ilmu tentang senjata yang diperoleh daripada permainan video,Call Of Duty serta Battlefield yang dimainkan di platform yang mahal,Xbox 360 miliknya.Ni semua berlaku ketika beliau berumur 3 tahun setengah,pada usia 14 tahun,segalanya berubah...

Beliau tinggal dirumah kawannya,Steve yang ketika itu demam panas.Beliau tidak ambil kisah terhadap Steve malah beliau leka dengan permainan video keluaran terbaru,angry bird.Apabila Steve sembuh,dia terus membelasah Kasem dengan kayu golf yang dipinjam dari kedai alat tulis berdekatan rumahnya kerana tidak berbuat apa-apa ketika dia sakit.Kasem menyesali perbuatannya itu lalu menangis dan segera meninggalkan tempat kejadian.Kasem berehat di kedai buku untuk menenangkan diri dan minum kopi.Beliau termenung sambil teringat-ingatkan kejadian yang berlaku sebentar tadi.Tiba-tiba,satu perasaan muncul di hati Kasem.Beliau berancang untuk membalas dendam terhadap Steve.Setelah itu,beliau serta merta bersiap dengan memakai baju askar,helmet basikal,kasut futsal,senapang ditangan,pemanah dibelakang,dan tidak lupa objek terpenting dalam situasi sebegini,spek hitam.Setelah semuanya siap,beliau bergegas kerumah Steve,iaitu di Bukit Antarabangsa,sejauh 12 kilometer dari kedai buku tersebut dengan menaiki motosikal pos men yang berada di tempat parking kedai tersebut.Beliau melalui jalan pintas ke sana dengan melalui lebuh raya NKVE terus ke selatan sehingga ke susur masuk lebuh raya MRR2.Ketika dalam perjalanan Kasem kesana,terdebak di hati beliau,

"Tunggu kau Steve.Aku datang tak ketuk pintu..he he he" dengan nada yang sangat menakutkan.

Ketika beliau berhenti untuk mebayar tol di MRR2,seseorang di sebelahnya yang menaiki taxi berwarna hijau berasa hairan dan pelik dengan penampilan Kasem yang stylo itu.Setelah beliau membayar tol,pak cik taxi mendekatinya lalu meminta beliau untuk berhenti dengan melanggar lampu belakang motosikalnya.Kasem terkejut lalu menoleh kebelakang,rupa-rupanya itu lah kawan lama Kasem,Joe,yang tidak membayar hutangnya semasa mereka tadika.Kasem terus melihat ke hadapan jurus memecut dengan laju meninggalkan Joe di belakang.Tetapi Joe,bekas chef professional tidak berdiam diri,beliau dengan pakaian tukang masak mengambil helmet racing di tempat letak kakinya lalu memakainya dan terus mengejar Kasem dengan taxi yang tidak lagi bewarna hijau kini bewarna putih dan polka dot pink untuk menunjukkan semangat kepahlawanannya.Kasem menunggang motosikal curinya itu dengan gaya sekali dan memecut lebih laju daripada kereta-kereta yang berada disitu.Tanpa disedari,setiap jarak yang diambil Kasem,taxi 'cantik' Joe mengejarnya bagai Kacang Lupakan Kulit.Kasem tahu beliau perlu melakukan sesuatu,beliau terus mengambil senapang dari poketnya lalu mengacukannya pada taxi Joe.Kasem menembaknya berdas-das tetapi malang sekali setiap tembakan Kasem dielak Joe yang menggunakan pengalamannya sebagai drifter proffesional dengan drift ke kiri dan kanan.Kasem berasa bengang lalu menyimpan senapang itu semula kedalam poketnya dan pecut lebih laju.Joe tiada pilihan lain,beliau menekan satu butang istimewa di stereng taxinya lantas taxi tersebut berubah kepada kereta racing yang sangat top.Jurus Joe mengambil langkah seribu mengejar Kasem dengan bunyi keretanya yang sangat extreme.

Kasem sangat terkejut setelah mendapat tahu bahawa Joe berada sangat dekat dibelakangnya.Beliau tidak boleh memecut lebih laju kerana beliau telah mencapai top speed motosikalnya.Kasem buntu seperti katak dibawah tempurung dan beliau tahu yang beliau perlu keluar daripada tempurung itu.Beliau berfikir sejenak untuk mencari jalan keluar.

Kasem mendapat idea yang bernas.Beliau hanya perlu berunding dengan Joe dan larikan diri.Beliau pun menunjukkan isyarat yang menandakan beliau telah mengalah dan "hentikan kejar mengejar ini".Isyarat tersebut difahami oleh Joe lalu mereka berdua berhenti di tepi lebuh raya itu.

Setelah mereka berhenti,Kasem turun daripada motosikalnya dan berdiri menghadap taxi Joe.Joe pula keluar daripada taxi dengan bergayanya lalu menutup pintu taxi itu (dalam keadaan slow motion) dan kaku menghadap Kasem.Beliau berjalan perlahan-lahan kearah satu sama lain lantas mereka bersalam dan bermesra-mesra kerana sudah lama tak berjumpa.Tanpa membuang masa,Kasem terus menyambar Joe dengan mencekiknya sehingga Joe rebah pengsan dan tidak bergerak.Tanpa membuang masa,Kasem mengambil tubuh Joe dan meletakkannya kedalam bonet taxi dengan berhati-hati.Tanpa dilupai,beliau berjalan kearah motosikal curinya itu lalu mengambilnya dan jalan semula ke taxi lantas meletakkan sekali kedalam bonet bersama dengan tubuh Joe.Kasem pun bergerak ke tempat duduk pemandu dan terus memecut ke rumah Steve untuk menyambung journey membalas dendamnya itu.

To be continued...

Tuah Seorang Petani Proffesional:Abu KasemWhere stories live. Discover now