Bab 2

3.2K 41 1
                                    

Arisa Saffiya POV

Bunyi ketukan kuali di dapur membangkitkan aku yang sedang seronok tidur bermimpi seorang putera raja masuk meminang tadi

"Bising nya...."Aku benci betul bila ada orang yang kacau tidur aku ni lantas aku segera bangun dan membetulkan cadar katil lalu aku keluar pergi melihat gerangan yang sedang seronok mengetuk kuali

"Nek....kenapa bising sangat nenek masak" kata aku dan terus ke singki untuk membasuh muka

"Saja nenek ketuk kuali ni kuat2 supaya anak dara sorang tu yang tidur tak ingat dunia  bangun pagi sebab matahari dah lama sangat keluar tu" sempat nenek aku sindir aku dengan suara lembut dia tu

"Ala...nenek ni bukan selalu Risa dapat tidur lama2 macam ni balik kampung aje baru dapat nikmati tidur yang tenang tanpa bunyi kereta atau motor dekat luar rumah " aku kata pada nenek supaya nenek memahami cucu kesayangannya ini terlalu penat tinggal di bandar yang bising

"Hm...alasan tu selalu aje ada kan dah lah ni nenek ada goreng bihun kejap lagi makan sendiri ye nenek nak ke rumah ustazah Piah nak tolong diorang ada buat majlis tahlil malam ni" nenek aku bercakap sambil letak mangkuk yang berisi bihun gorang itu ke atas meja

Aku yang memang tak kenal mana2 ustazah dalam kampung ni malas nak bertanya lebih lanjut

Siap bersihkan diri aku makan sambil main dengan telefon aku nenek dah lama keluar pergi rumah ustazah tu

Tengah hari itu nenek ada ajak aku ke rumah ustazah tu tapi aku tolak sebab aku tahu mesti akan ada banyak soalan yang akan diajukan kepada aku seperti biasa setiap kali aku balik melawat nenek

Jadi aku ambil keputusan nak jalan2 dekat kawasan sawah padi tu sambil selfie nak hantar pada kawan2 aku yang budak bandar sangat tu kononnya biar diorang tahu betapa cantiknya kawasan kampung kelahiran keluarga aku

Aku yang tengah syok sendiri berselfie tiba2 rasa ada tangan yang tarik aku dari belakang , terkejut beruk lah aku ni dengan pantas aku pusing nak sembur orang yang tarik aku tu

"Hei kau ni apa masalah?" Marah aku sebelum aku pusing

Pusing aje ke belakang aku terdiam beberapa saat mahu tak nya orang yang tarik aku tu 'kacak gila' muka dia ada iras pelakon melayu tu Asyraf muslim tapi dia jauh lebih kacak dari pelakon tu la

Aku tenung wajah dia tak lepas sampai dia sendiri yang pusing pandang sawah di sebelah

"Buat apa berdiri dekat hujung2 batas ni nasib tak jatuh" lelaki tu bercakap dengan aku tapi pandang sawah padi

Sakit juga hati ni bila dia cakap dengan aku tapi pandang tempat lain apa dia nak cakap aku ni hodoh sangat ke

"Biar lah yang awak sibuk tu kenapa kalau jatuh pun saya yang jatuh bukan awak" aku sembur marah aku ni bukan sebab kata2 dia aku geram bila dia langsung tak pandang aku seolah olah aku ni hodoh sangat pada pandangan dia

"Tapi saya dah nampak saya tarik lah kalau awak jatuh saya yang rasa bersalah sebab tak tolong sedangkan saya dah nampak" lelaki itu berkata dengan suara yang lembut yang mampu mencairkan hati aku ni

Aku malas nak layan perasaan aku ni jadi aku terus pergi tanpa kata apa2 dekat dia jauh sekali aku nak ucap terima kasih pada lelaki yang perasan bagus macam dia tu

Tapi aku tahu dia tengah pandang aku dari belakang sebab aku pergi tanpa ucap apa2 dekat dia , lantaklah apa dia ingat dia kacak dia boleh berlagak dengan aku

Isteri Idaman Ustaz☆Where stories live. Discover now