"Hey, lepas kan aku la. tangan aku sakit ! tolong lepaskan aku! Korang nk bawa aku pergi mana?!!" Ujar ji hyo. Kedua-dua tangannya diikat dan mata ditutup tetapi dia cuba juga meronta ronta sambil menumbuk-numbuk belakang lelaki yang mengendongnya dibahu.
Ji hyo terasa tersangatlah takut.Dia juga tidak tahu sekarang mereka dimana disebabkan matanya ditutup sedari tadi lagi.yang dia tahu,sekarang dia mesti berada jauh dari orang dan tempat awam.Dia yakin tentang itu sebab dia tidak dapat mendengar bunyi kenderaan lalu lalang. Jadi, sekarang apa yang boleh dilakukan olehnya hanyalah meronta-ronta supaya dilepaskan tapi dia tahu yang diorang pasti takkan senang senang mahu lepaskannya.Dia juga berfikir apalah yang sedang terjadi pada kai.
"Lepaskan aku la. Korang siapa? Siapa yang upah korang untuk culik aku? Korang nak apa dari aku?! Korang nak duit?!"
"Hey perempuan, kau diam boleh tak? Kau tu bukannya ringan. Sakit bahu aku kendong kau!!Baik kau diam kalau tak aku rogol kau sekarang jugak!! "
Jihyo yang ingin melawan terus mematikan niatnya.Dia menjadi bertambah takut apabila mendengar perkataan 'rogol' keluar dari mulut mereka.
Jihyo dapat mendengar seperti bunyi pintu dibuka. Lalu terus terasa seperti badannya diturunkan dengan agak kasar.
Ketika itu juga bunyi pintu ditutup.Kain yang menutupi matanya terus ditarik dengan kasar.mata jihyo melilau melihat sekelilingnya.
"Aku kat mana sekarang nie?"
Yang dia nampk hanya lah sebuah bilik kosong yang bersepah dengan kotak kotak terpakai. Jihyo terus berlari kearah pintu.
"Ada sesiapa tak?? Please bukak pintu nie!!" Ji hyo mengetuk pintu dengan sekuat dayanya. Tak cukup dengan itu, pintu tersebut diterajangnya dengan harapan ada yang mendengarnya.
"Please, bukak pintu nie!!! Korang nak apa ha dari aku..." ketuk jihyo lagi. Dia juga sudah semakin penat. Perlahan lahan badannya mengesot jatuh.
"Please bukak.. jangan seksa aku mcm nie.. chanwoo, mana awak??" Suaranya juga sudah perlahan dari sebelum nie. Jihyo menanggis teresak esak. Dia tidak dapat berfikir apalah nasib dia selepas ini.
"Boleh ke dia keluar?"
"Ada ke yang akan selamat kan dia?"
Jihyo tak tahu mahu buat apa lagi. Dengan tangannya diikat, apa sahaja yang ingin dibuatnya menjadi sedikit terbatas. Dia melihat sekeliling lagi. Matanya terus tertumpu pada lubang yang terdapat pada bahagian atas di dinding.
"Hello, ada sesiapa tak.. tolong!!!!!!!!" Jeritnya berharap kali ini ada yang mendengarkannya.
"Sesiapa saja tolong..!! Aku kena culik!!! Tolong!!! Chanwoo!!!!"
Nama suaminya juga dipanggil walaupon dia tahu mustahil untuk chanwoo berada disitu.Jihyo sudah hilang sabar..
"Wei korang nie takde life ke main culik aku!! Sape yang kurung aku dalam nie ha?!! Tunjukkan diri kau!! Aku tak takut la dengan kau!! Kurang kasih sayang punya manusia. Eh tunjukkan diri kau lah! Jangan bersem....."
Pang!!!!!
Bunyi pintu dibuka..
"Finally, apa yang ko....."
Jihyo berpaling dan dia terdiam sebaik sahaja melihat gerangannya yang berada dihadapannya sekarang nie.Dia seperti tak percaya apa yang dilihatnya.
"Kau....."
❀✿❀✿❀✿❀✿❀✿❀✿❀✿❀
"Aduh! Suho, jalan tu perlahan la sikit. kau pon tahu aku nak ikut kau bukan main susah dengan keadaan aku sekarang nie."
"Shuuuu... kau diam la. Ikut jer aku."
Mereka sudah seperti perompak yang ingin merompak rumah orang. Berjalan berjengket jengket.
"Kau pasti ke diorang lalu sini tadi?" Tanya kai was was.
"Ye, aku pasti. Aku nampk diorang lalu sini tadi."
Tiba tiba suho berhenti,
"Tu! Kau tengok tu, ada rumah. !" Ujar suho tiba tiba.
"Aku rasa diorang mesti ada dalam tu dengan jihyo sekali." Yakin suho.
"Kalau tak macam mana?"
"Kau percaya jer firasat aku. Aku yakin punya."
Suho meneruskan langkahnya yang terhenti tadi..
"Suho!" Panggil kai.
"Apa?" Suho memalingkan wajahnya kebelakang.
"Kau jangan kata kau..."
"Ya, aku nak masuk. Kenapa? Kau tak nak ikut?"
"Ani ani.. bukan tak nak ikut tapi aku takut"
"Kau nak takut apa? Aku ade kan?!. Kau jangan tunjuk yang kau tu takde telur sangat la kai."
"Nokharomm.. babis betul kau nie. Main main telur pulakk..! Memang la kau ade tapi kau tahu ke diorang dalam tu ade berapa orang? Aku yakin mesti diorang ramai punya." Terus terkeluar maki hamunnya. Selamat la dia agak rapat dengan suho jadi tak la rasa bersalah sangat. Kai dan suho sebenar kawan satu sekolah, Cuma sekarang nie diorang jarang lepak sama ii.
"Ish kau nie. Kita bukan nk lawan diorang pon. Kita gi hendap hendap jer."
"Hendap pon. Kalau diorang dapat kita mcm mana. Aku takut. Aku tak nak mati. Menyesal aku ikut kau suho. Aku duk dalam keta takpe tadi.."
Kai mengangkat kepalanya untuk melihat suho tetapi suho sudah berjalan masuk tanpa menghiraukannya.
"Wei suho, kau memang babis la. Kau boleh tinggal aku kat sini." Kelam kabut kai cuba mengejar langkah suho.
Sebaik sahaja mereka mendekati rumah itu,terus Mereka berselindung disebalik dinding apabila ternampak beberapa orang lelaki yang sedang menghisap rokok melalui tingkap. Apa yang diorang bualkan pon mereka tak tahu. .yang diorang tahu rumah nie hanya ada satu tingkat dan ada banyak bilik.
"Macam mana sekarang nie.?" Tanya kai.
"Tak tahu wei.."
"Wait, wei asal aku nie bodoh sangat eh? Bukan aku sorang kau sekali bodoh."
"Asal pulak kau nie?"
"Yela, kenapa kita tak call chanyeol ha?"
"Ye tak ye jugak.Kau call guna fon kau. Fon aku ada dalam keta."
Kai terus mengeluarkan telefon bimbitnya. Dia mencari nombor chanyeol dikenalannya.
"Wei dia tak angkat la."
"Call sekali lagi.."
Kai cuba membuat pangilan sekali lagi.
"Dia tak angkat jugak.."
"Ish chanyeol pon. Time mcm nie la kau tak nak angkat call."
Tiba tiba telefon kai berdering.. chanyeol menelefon mereka semula. Kelam kabit mereka jadi nya kerana takut lelaki lelaki di dalam rumah itu dengar.
"Jawab cepat, jawab cepat" gesa suho.
"Hello, chanyeol. Selamat kau angkat. Banyak kali aku call kot. Wei kami..."
"Kai.."
"Apa, kejap la aku nak kasi tahu chanyeol nie"
"Kai"
Telefon kai terus dirampas oleh seseorang..
"Wei suho, asal kau rampas telefon aku.?"
"Bukan aku.. tu..." suho menunjukkan kesatu arah dengan bibirnya.
Sebaik sahaja kai berpaling, terus dia mengangkat tangannya. Dihadapannya ada lelaki lelaki yang sedang mengacukan pistol kearah mereka.
"Wah, abang. Pistol nie... bahaya la main pistol nie bang.." ujar kai sambil tersengeh. Dia tak tahu nak bereaksi mcm mana.
"Asal kau tak bagitahu aku.."gerak mulut kai tanpa suara.
Suho hanya menjegilkan matanya.
" 'mampos' kami mcm nie.."
YOU ARE READING
[✓] 𝙏𝙃𝙀 𝙏𝙍𝙐𝙏𝙃 𝙐𝙉𝙏𝙊𝙇𝘿
Fanfiction𝗦𝘁𝗮𝗿𝗶𝗻𝗴 : Song Jihyo with Park Chanyeol 𝗧𝗵𝗲𝗺𝗲 : Sad Romance Fanfiction 𝗦𝘁𝗮𝘁𝘂𝘀 : Completed + kematian orang yang disayangi dirahsiakan daripadanya. Siapa sangka, lelaki yang hidup sebumbung bersama ketika ini hanyalah lelaki yang me...