EPISOD 1 ( S1 ) 👨‍👩‍👧

12 1 0
                                    

My Little Baby Boo

Min Ah melangkah masuk ke rumah banglo yang telah disewanya. Dia menghela nafas berat.

" First home , taste like home ~ Cei " katanya . Setelah melihat keadaan dalam rumah , dia pun menarik bagasinya . Menaiki anak tangga.

" Ada dua bilik disini , 1 atau 2 yang manakah sesuai untuk saya . Hmmm " Min Ah mengomel sendiri. Hatinya tergerak untuk membuka pintu bilik pertama tapi akhirnya dia memilih bilik kedua sbg bilik tidurnya.

KRAKKKK ! Pintu dibuka. Dia memandang setiap sudut seperti sedang menganalisis satu per satu . Kemudian dia menutup matanya dan ~

" HEY JIN MAMBANG BILIK KATIL SEGALA BARANG YANG ADA IZINKAN AKU UNTUK TIDUR DALAM BILIK INI HEIYAAAA !! " teriak Min Ah sambil mengeluarkan segala jenis Kung Fu yang tidak tahu ada maksud atau tidak.

Krik krik krik ~ Bunyi cengkerik berlalu. Min Ah mengetuk kepalanya sendiri.

" Bodohnya aku . Entah apa yang aku buat tadi. Memalukan sekali " ujar Min Ah. Dia berjalan ke arah katil (queen size) dalam bilik itu lalu menghempaskan badannya. Akhirnya tertidur ~

* * *

" Huaaaaaaahhhh !! " Baek Hyun menguap panjang . Dia berjalan ke dapur .

" Hausnya " kata Baek Hyun lalu membuka peti sejuk. Matanya meliar melihat dari atas hingga bawah isi dalam peti sejuk tersebut.

Dia ternampak minuman susu dalam kaca , dengan cepat dia mengambil minuman itu .

Baru sahaja Baek Hyun ingin membuka penutup botol susu kaca itu tiba-tiba sahaja ia tergelincir dari genggaman tangannya.

PRANNNGG ! Habis pecah. Wap air dari peti sejuk itu telah menyebabkan ia senang terlepas dari genggaman Baek Hyun.

" Sepatutnya aku lap dulu botol ni tadi. Mana otak kau Baek Hyun. Terlampau betul lazy ~ " omel Baek Hyun sambil memungut serpihan-serpihan botol kaca yang pecah di lantai.

* * Meanwhile at Room 2 * *

PRANGG !!! Bunyi kaca pecah.

" MAMA KAU MAMBANG ! MENCABAR AKU ! " teriak Min Ah yang bangun secara terkejut akibat bunyi kuat datang dari dapur.

Dia bingkas bangun dan membuka bagasinya. Kemudian dia mengambil pelurus rambutnya dan juga kayu penampar nyamuk .

" Aku tak suka situasi ini. Aku sendiri , aku ingat rumah ini aku sewa sendiri ...nobody heree nobody is here except me " bisik Min Ah sendiri.

" Beraninya kau mambang melawan mantera aku. Nanti kau . Awas kau. Aku bunuh kau mambang setan jin satu per satu " sambung Min Ah lagi

Dia berjalan keluar dari biliknya dan perlahan-lahan menuruni anak tangga. Di tangan kirinya memegang pelurus rambut dan tangan kanannya memegang kayu penampar nyamuk.

Dia seolah-olah menyerah keselamatan kepada dua benda yg dipegangnya itu. Pabo ~ 😅

Masih lagi dalam situasi berjaga-jaga. Min Ah memilih mengunakan taktik merangkak untuk pergi ke dapur.

* * *

" Habis basah , baru sahaja aku mau minum " bisik Baek Hyun sendiri.

Dia kemudian berdiri untuk menegakkan semula badannya ,namun secara tiba-tiba matanya terpaku melihat sekujur makhluk asing sedang merangkak menuju ke dapur.

" Siapa itu ? Hantu ...panjang rambut? Alien. Adakah ini mimpi ?! " terngiang-ngiang ayat ini semua dalam fikiran Baek Hyun. Dia ingin melarikan diri tetapi dalam masa yang sama dia juga tidak berani.

MY LITTLE BABY BOO ! Where stories live. Discover now