Pelajar Baru!!!

3 0 0
                                    

Terlihat kelibat dua orang pelajar baru mengekori Cikgu Nelly daripada belakang. Semua pelajar berasa hairan kerana mereka tidak pernah lihat akan dua orang pelajar tersebut. 

"Bangun.....Assalamualaikum cikgu." ucap Haikal selaku ketua kelas 1 Ibnu Sina. 

"Waalaikumussalam semua. kamu semua boleh duduk. hari ini kita mempunyai dua orang pelajar baru yang akan sertai kamu semua dalam kelas ini. Kamu berdua sila perkenalkan diri."

"Em....nama saya Syazlin Irdina bt Mohd Iskandar .Awak semua boleh panggil saya Syaz. Harap dapat berkawan dengan awak semua." Syazlin memperkenalkan diri dengan gugup sekali kerana semua mata memandang ke arahnya. Maklumlah, dia kan lawa.

"Ok, guys my name is Aimi Najwa. You all boleh panggil saya Aim jer. Hopefully boleh kenal awak semua dengan lebih rapat lagi." 

"Uish, gediknya" bisik Lisa kepada Yuni sewaktu Aimi memperkenalkan diri.

"Baiklah, awak berdua boleh duduk di meja yang kosong itu. Cikgu nak awak semua boleh berkomunikasi dan berkawan serta memberikan tunjuk ajar yang bagus kepada mereka." ujar Cikgu Nelly selaku guru kelas mereka.

"Hai Syaz, hai Aim. selamat berkenalan. Nama saya  Ain." sapa Ain dengan penuh mesra.

"hai" jawab Aimi dan Syazlin serentak.

kringg.......loceng berbunyi menandakan waktu rehat

"Syaz, Aim, taknak pergi rehat ke?" tanya Ain

"takpelah Ain, saya memang jarang pergi rehat. lagipun saya tidak lapar." jawab Syazlin

"betul ke ni. Aim, awak macam mana pulak?"

"diet" jawab Aim dengan sombongnya.

"kalau macam tu takpelah. Kami pergi dulu. Jom Nina."

Suasana menjadi agak janggal apabila Ain pergi meninggalkan Syazlin dan Aimi berduaan.

Suasan janggal itu hilang apabila terdengar satu suara yang datang ke arah mereka.

"Syazlina!!!Syazlina!!!" rupa-rupannya suara itu kepunyaan Hanis iaitu kawan rapat Syazlina sejak dari bangku sekolah lagi.

"Uis, Hanis. Apa bising-bising ni. Malu aku nanti. Kau buat apa dekat sini? kau tak pergi rehat ke?"

"Alah Syaz, biarlah. Aku tengah excited ni dapat jumpa kau and sekolah sama dengan kau lagi. Yang kau tu pulak taknak pergi rehat ke? Aku tahu, mesti kau tak selesa lagi kan dengan suasan dekat sekolah baru ni kan." Hanis macam tahu-tahu je apa yang Syazlin rasa.

"Wei kau taknak kenlkan aku ke dengan kawan baru kau tu?"

"eh, lupa pulak aku. Aim kenalkan ni Hanis kawan lama aku."

"oh...ok" sepatah je dijawab oleh Aimi

"weh, sombongnya dia." Bisik Hanis kepas Syazlin

"Tak baik lah Nis cakap macam tu dekat dia. bukan dia sombong tapi dia malu."

"Yelah tu. Takpelah, aku pergi masuk kelas dulu. Assalamualaikum, Bye."

"Em..Waalaikumussalam"

PertemuanWhere stories live. Discover now