"Aim, boleh tak tanya sikit ni?. Tapi jangan marah" Tanya Syazlin dengan berhati-hati.
"Tanye jelah." Jawab Aim tidak ikhlas.
"Kenapa eh Aim jadi macam tu dalam kelas?"
"Pasal tadi tu......ha, aku saja je nak back up kau. Ke kau tak suka?
"Eh bukan tak suka tapi cuma tertanya-tanya jer. By the way thanks."
"Em. Mesti sekarang kau happy gila kan."
"Kenapa pulak?"
"Happy lah yang Fakhri tu minat kau kan." Perli Aimi.
"Eh. Mana ada. Aku lagi stres fikir pasal ni. Serabut lah dia tu."
"Em...yelah." Selepas itu Aimi terus bla macam tu je.
"Oit, Syaz. Cakap apa dengan Aim tu?." sergah Hanis secara tiba-tiba
"Ish, terkejut aku. Cakap kosong jer. Eh jomlah masuk kelas"
"Aku sebenarnya pelik gak kadang-kadang dengan Aim tu. Kenapa dia tu macam tak bergaul mana dengan kita. Nak kata sombong, kadang-kadang jer sombong sebab bila kita tanya elok jer dia bercakap. Tapi aku geram bila dia buat muka. Ingat lawa ker...."
"Ain! Tak baiklah cakap macam tu. Mungkin dia ada sebab kot. Maybe dia still malu lagi dengan kita kot. Jangan fikir bukan-bukan lah. Kesian dekat dia."
"Eh-eh bukan ke kau yang paling malu dulu. Tak buka mulut pun. Asyik-asyik Aim jer yang cakap. Tapi sekarang dah terbalik lah."
"Hihihi....biasalah. Manusia sering berubah."
"Hahahahha...betul tu. Baguslah ada kawan macam kau ni. Always think positive. Untunglah siapa dapat kau ni."
"Amboi! Kesitu pula kau ni. Mengarut lah. Siapa pula yang ada.Still early lah. Kita perlu enjoy dulu waktu muda ni habis habisan."
"Fakhri kan ada. Dia dah tunggu kau tu. Tunggu kau jawab jer sekarang ni. Rugi tau. Dahlah handsome."
"Eh, mana ade. Kan aku dah kata yang aku tak suka dia. First time aku tengok dia tu pun aku dah tahu dah perangai dia macam mana. Tapi, dia bukanlah handsome mana pun ramai lagi yang handsome dari dia."
"Hahahhaha...yelah Syaz eh. Siapakah lelaki handsome tu... ?"
"Budak lelaki kelas kita handsome lagi."
"Siapa tu.." soal Hanis dengan penuh rasa ingin tahu.
"Rayyan ada. Haikal ada. Kau jangan fikir macam-macam pula. Aku just cakap yang diorang better dari Fakhri jer tau. Tak minat pun ok." Pesan Syazlin takut takut Ain fikir yang bukan bukan pula.
"Eh, eh cik adik yang manis..... aku tak fikir bukan bukan pun. Kau tu yang over thinking. Or kau memang suka diorang."
"TAK" jawab Syazlin.
"Hahahahhaha.Releks lah. Jangan marah, aku gurau jer."
"Aku tak marah pun." Mereka berdua gelak bersama-sama
"Amboi! Apa yang kelakar sangat sampai gelak kuat sangat tu." Sampuk Hanis secara tiba-tiba .
"Eh, Hanis. Kau buat apa dekat sini. Rania pun ada." Jawab Syaz dan Ain serentak.
Rania merupakan teman sebilik dengan Hanis. Semakin hari mereka berempat jadi semakin rapat. Boleh dikatakan macam geng lah. Tapi geng diorang ni memang budak yang baik baik. Bukan budak yang perasan hot.
"Tulah, gelak sampai tak perasan yang kitorang datang. Share lah sikitvapa yang korang cerita." Cakap Hanis
"Entah korang ni. Taknak share dah dekat kitorang ni. Takpelah macam tu."
"Alah kau ni Rania. Buat muka kesian pula. Ingat comel ke."
"Hihihihi. Share lah"
"Yelah, yelah. Sebenrnya kitorang tengah mengumpat Fakhri ni. Nak join ke." Jawab Ain.
"Ouh, korang ngumpat dia ke. Orang yang minat dekat Syazlin Irdina tu kan. Budak yang lawa tu." Semua orang ketawa apabila Rania memerli Syaz.
"Ewah, ewah... perli nampak. Sampai hati kau kan. Ni lah kawan."
"Alah, alah. Merajuk pulak kawan aku sorang ni. Nanti aku belanja makan aiskrim ok."
"Aku tak kata pun yang aku merajuk. Tapi kau dah nak belanja tu, aku on jelah."
"Ouh, kau. Bab makanan nombor satu kan. Tapi kau ni taklah gemuk mana.Mujur aku ni baik tau."
"Hahahha....kau kenal kan aku ni. Memang kuat makan orang nye. Ni sayang Rania ni."
"Rania je ker. Kitorang kau tak sayng ker."
"Mestilah sayang. Aku sayang semua kawan-kawan aku."
"Jadi, mesti kau sayang Fakhri juga kan."
Belum sempat Syaz membuka mulut Hanis sudah meminta maaf terlebih dahulu. Syaz tak makan hati pun dengan gurauan diorang sebab memang sudah terbiasa. Bak kata orang lain, tak gurau tak mesra.
YOU ARE READING
Pertemuan
RomanceMengisahkan tentang seorang budak perempuan bernama Syazlin yang baru sahaja berpindah ke sekolah berasrama penuh. Dia sering menjadi bualan orang ramai kerana kecantikan dan perangainya yang ayu bahkan lemah-lembut. Dia menjadi semakin famous apabi...