"Rayyan,aku dengan ada budak perempuan baru masuk kelas kau. Kau taknak kenalkan dekat aku ke?" Tanya si Fakhri
"Em, memang ada. Tapi perlu ke aku kenalkan kau dekat dia. Lambat laun dia akan kau juga walau macam mana sekali pun. Aku malas lah nak layan mende-mende macam ni. Buang masa jer." Jawab Rayyan secara spontan. Itulah perangai sebenar Rayyan. Seorang yang tidak suka mengambik campur dalam urusan remeh temeh serta tidak berfaedah itu
"Alah kau ni. Aku nak kenal jer bukan apa pun. Support lah member sikit. "
"arh....takde, takde. Kalau kau nak jugak kau pergi mintak tolong orang lain. Aku memang malas nak layan perangai kau yang satu ni. FULL STOP" jawab Rayyan semula dengan nada yang hampir marah.
Walau begitu pun perangai mereka, mereka tetap bersama sebagai 'BFFTJ'. Dalam perangai Rayyan yang macam tu ada juga masa yang dia jadi gila-gila. Hanya orang yang rapat saja akan kenal siapa itu Rayyan Hafiz.
Beberapa hari selepas itu.....
"Syaz!!! Syaz!!!....Kau nak dengar satu berita tak?"
"berita apa Nis. Cuba kau beritahu aku elok elok. Tarik nafas dulu. Karang kau pengsan takde orang nak angkat. Hihihihihi." Gelak Syazlin
"EH kau ni nak bergurau pulak. Aku serious ni. Kau nak tahu tak yang si Fakhri tu minat kau!."
"HA? Fakhri mana pulak kau ni....mengarut jelah kau ni. Mana kau dengar berita mengarut macam ni. Lagipun aku baru je masuk sekolah ni kan." jawab Syaz dengan penuh perasaan tidak percayanya itu.
"Wei Syazlin Irdina, takkan kau tak kenal Fakhri yang budak nakal yang ramai orang minat tu. Aku serious. Aku tak tipu. Aku dengar dari mulut dia sendiri. Dah kecoh dah dalam kelas aku.Kalau kau tak percaya kau try lah pergi masuk kelas aku tu. Tengok reaction diorang macam mana."
"Em, yelah yelah. I trust you. Puas hati. Kau buat tak layan jer hal tu. Nanti hilang lah khabar angin tu." beritahu Syazlin agar Hanis tidak berasa risau.Lagipun macam Syazlin tak biasa bab bab macam ni.Dekat sekolah dulu dah pernah kena dah.
"Hanis, jom pergi kantin. Lapar." ajak Syazlin sambil membuat muka kesian.
"yelah, yelah. jom"
Dalam perjalanan hendak ke kantin, mereka berdua terserempak dengan budak budak lelaki kelas Hanis. mereka semua asyik memandang Hanis sambil berbisik sambil sendiri. Entah apa yang dibisikan itu. Mengumpatlah tu.
YOU ARE READING
Pertemuan
RomanceMengisahkan tentang seorang budak perempuan bernama Syazlin yang baru sahaja berpindah ke sekolah berasrama penuh. Dia sering menjadi bualan orang ramai kerana kecantikan dan perangainya yang ayu bahkan lemah-lembut. Dia menjadi semakin famous apabi...