『️E P I S O D E 6』️

329 15 0
                                    

Intan POV

Aku disuruh ibuku untuk keluar hari ini bersama Wafi untuk makan tengah hari bersama di Berjaya Times Square. Aku mengenakan baju blouse berwarna biru dan disertakan dengan seluar jean fit berwarna biru juga. Kepalaku disarung tudung bawal berwarna hitam bercorak kosong. Kasut pula aku hanya memakai kasut sarung. Tak mahu pakai heel..Jatuh sat gih tempah malu je

Aku berjalan-jalan di dalam mall itu sambil menunggu Wafi datang kemari dan menelefonnya. Sedang aku berjalan,aku terhenti di sebuah kedai jam disitu. Ya,aku memang obses dengan jam. Kalau dekat rumah tu,boleh hampir penuh almari aku hanya dengan jam

Semasa aku menilik jam disitu,bahu ku dicuit lembut membuatkan aku terus berpaling ke belakang. Alangkah terkejutnya,si Wafi berada di belakangku! Dah lah dekat woi! Kalau aku terkejut tadi pastu ke belakang dan berpaling laju macam ni,confirm dah tercium dia dekat sini! Amboi gatal ya!!

• • • • •

"Tengok apa tu?",tanya Wafi yang membuat muka selambannya itu. "Te-tengah tengok jam ni. Yang couple punya memang cantik",kata Intan gagap. Wafi melihat jam yang ditunjuk Intan itu. Jantung kau rilek jap! Kuat betul kau berdegup!,omel hati Intan. "Hm..Boleh tahan..Nak buat hantaran kahwin tak?",tanya Wafi.Pertanyaan Wafi membuatkan Intan berpaling ke belakang dan memandang ke arah Wafi. Matannya bercahaya seperti kucing melihat tuannya. "Betul ke ni?!",ujar Intan gembira. Wafi sekadar mengangguk. Muka yang dipasang masih dingin. "Gosh..Thanks awak",ujar Intan ikhlas. Dia terus meninggalkan kedai jam tersebut dengan senyuman yang masih tidak lekang di bibirnya. "Suka betul budak ni",bisik Wafi perlahan. "Saya bukan budak for your information! Saya dah 21! Ingat!",kata Intan lalu berjalan masuk ke kedai barang emas di hadapannya.

"Linda~"

"Siapa pulak linda tu aish dia ni! Tak kahwin lagi dah ada perempuan lain ei!",marah Intan. Dia terus meneruskan niatnya untuk mencari cincin perkahwinan mereka. "Linda is not a name..this is a spanish language my dear",bisik Wafi di tepi telinga Intan. Intan yang duduk di kerusi di hadapan barang-barang kemas itu terhinjut terkejut. Pergh..Tak kahwin lagi siot! Agak-agak ah!

• • • • •

"Macam mana? Dah jumpa dah cincin?",tanya Mama Rina selepas ternampak Wafi dan Intan keluar dari perut kereta Range Rover milik Wafi. Intan sekadar mengangguk. Dirinya agak penat harini. Banyak pula appointment dibuatnya Wafi tadi membuatkan Intan lemah lutut kerana penat. Intan yang melangkah masuk ke dalam rumah terus berjalan naik ke atas namun dia terjatuh sebelum menaiki tangga. Ya..Ini rumah mama dia..So bilik dia dekat atas ya geng:)

"Intan okay?",tanya Mama Rina. Intan sekadar mengangguk. Fuh dari dulu lagi badannya tidak boleh dipaksa sejak kemalangan kereta dahulu.

Flashback on

"Intan..harini kita balik rumah nenek tau",kata Puan Noryusriati lembut. Intan pada masa ini berumur 6 tahun. "Yeke mama?! Bestnya!! Intan rindu sangat kat nenek. Bila kita nak balik?",tanya Intan gembira. Mulutnya licah bercakap walaupun masih berusia begitu. "Esok! So make sure malam ni adik kesayangan abang ni tidur awal okay?",jawab Faez di belakangnya. Abang kesayangan Intan yang muncul secara tiba-tiba itu terus dipeluk Intan."Bila abang balik?! Intan tak perasan pun!",ujar Intan comel sambil memucungkan mulutnya untuk menunjukkan dirinya merajuk. "Saja..Nak buat suprise dekat budak bam bam ni",kata Faez lalu mencubit pipi gebu adiknya itu.

"Ehehe..Suprise nya!",kata Intan dan memberikan senyuman ikhlas kepada abangnya yang tersayang.

*****

"Yeah yeah balik kampung!!!",kata Intan gembira di dalam kereta. Dirinnya dari tadi tidak boleh duduk diam kerana terlalu gembira. Ayahnya,Tuan Nasri hanya memandang gembira melihat puterinnya itu gembira. Semasa perjalanan mereka ke Kelantan,hujan lebat menimpa mereka. Dalam sedar tak sedar,kereta mereka mengalami masalah. Pada waktu yang sama, jalan raya juga licin membuatkan mereka terbabas di tepi jalan. Semua ahli keluarga Intan hanya cedera ringan kecuali Intan. Kemalangan tersebut menjejaskan kaki kirinya kerana terhempap dengan besi pembahagi jalan. Dia mengambil masa setahun hingga dua tahun untuk sembuh. Disebabkan itu kakinya tidak boleh dipaksa bergerak terlebih dari kemampuannya.

Flashback off

"Ta-tak ada apa-apa lah Mama Rina..Intan penat sikit je ni",dalih Intan. Intan masih cuba untuk berdiri dengan kudrat yang masih ada tapi hanya sia-sia. Wafi yang melihat keadaan Intan itu terus mengangkatnya seperti puteri di dalam cerita dongeng membuatkan muka Intan panas membahang. "A-apa awak buat ni?!",marah Intan perlahan. "Wafi bawak Intan naik okay..Mama jangan risau. Wafi takkan sentuh Intan selagi kami tak sah",kata Wafi kepada Mama Rina lalu menaiki anak tangga satu per satu. Intan memeluk erat leher Wafi agak dirinnya tidak terjatuh.

Wafi meletakkan Intan perlahan-lahan di atas katil bilik Intan. "Kau pernah kemalangan ke dulu?",tanya Wafi selepas sahaja meletak Intan di atas katil. "Hm..Masa saya umur 6 tahun",jawab Intan malu-malu. Kenapa kau perlu masuk bilik aku sekarang Wafi?!!! Dah lah bilik ni bersepah aduh..Tahan malu babe!

"Ouh..Tak apa lah..Kau berehat dulu. Nanti pagi besok kaki kau akan pulih seperti biasa",kata Wafi tanpa memandang ke arah Intan lalu keluar dari bilik tersebut. "Ah..Tak sempat nak cakap thank you",bisik Intan seseorang.

"

buenas noches mi amor"

Bersambung..

• k geng..Tkde sweet2 mana lh yang ni kan?huhuhuh author nanti try hard k untuk buat sweet2 for next update :> janne

@intann_syahirah

𝐄𝐧𝐜𝐢𝐤 𝐃𝐨𝐤𝐭𝐨𝐫 𝐌𝐫 𝐌𝐚𝐟𝐢𝐚[𝐎𝐆]Where stories live. Discover now