『️E P I S O D E 5』️

305 16 0
                                    

"Dok-Doktor Wafi?!"

Kata Intan terkejut. Ha? Apakah? Di-dia bakal suami aku? Ha? Intan terus kebingungan melihat Wafi di depannya. Wafi hanya memberikan senyuman yang dibuat buat membuatkan Intan perasan lalu menundukkan wajahnya melihat lantai. Kalau tak nak senyum ikhlas pun..Buat lah macam ikhlas! Terang dan bersuluh senyuman kau tu fake!

"Eh? Sya kenal anak mama Rina?",tanya Aunty Rina terkejut. Intan menaikkan pandangannya melihat ke arah Aunty Rina dan mengangguk. Bibirnya hanya terpaksa memberi senyuman yang tak ikhlas.

"Oh..Bila kenal?",tanya Mama Rina lagi. Ha sudah..Takkan aku nak cakap aku kenal dia dekat hospital! Dah lah aku tak bagitahu pun mak aku yang aku masuk hospital! Cam mana ni?!,bebel hati Intan. "Terserempak je haritu mama",jawab Wafi mudah. Intan hanya terlopong mendengar jawapan darinnya. Semudah ABC je kau cakap?!

"Haa sudah-sudah lah tu..mari kita makan tengah hari alang-alang Wafi dah sampai ni",potong Puan Noryusriati. Mama Rina dan Wafi sekadar mengangguk. Intan dan Puan Noryusriati berjalan ke dapur untuk menyediakan makanan.

•  •  •  •  •

Usai mereka menjamu selera,Mama Rina dan Puan Noryusriati berbual-bual di ruang tamu. Sementara itu,Intan duduk di taman bunga yang dibuatnya sendiri. Pokok-pokok bunga yang ditanamnya kebanyakkanya ialah bunga Ros. Pelbagai warna bunga ros ada ditanam oleh Intan. Intan hanya duduk di tengah dan dikelilingi dengan tanaman bunga ros itu. Wafi pula sedang duduk di bangku yang agak jauh sikit dari taman bunga tersebut dan menghisap sebatang rokok. Doktor pun hisap rokok ke?,tanya Intan sendirian. Sedang dia memandang ke arah Wafi,matannya jatuh di bibir Wafi yang masih merah jambu itu.

"Kenapa bibir dia still merah jambu sedangkan dia hisap rokok?",bisik Intan. "Sebab aku jarang hisap rokok",balas Wafi. Intan tergamam. Aku cakap kuat sangat ke siak? Aku rasa aku cakap perlahan je?! How dia boleh dengar? "Kau tak perlu lah buat muka pelik tu..Kau cakap kuatlah..",ujar Wafi lagi. "Ye eh..Saya cakap kuat eh? Hehe sorry",kata Intan lalu memberikan senyuman manis dan terserlah lesung pipitnya itu. Wafi yang terkejut dengan senyuman itu terus mengalihkan pandangannya. Telingannya kemerahan menahan malu. Intan yang perasan sahaja tidak mengendahkannya. Semasa dia sedang memegang bunga ros itu dengan cermat..Secara tiba-tiba sahaja tangannya tersentuh duri di batang bunga ros itu dan menjerit perlahan kerana terkejut.

Fuh ros! Kau main kasar nampak! Betullah orang kata..Dalam kecantikkan ada jugak kesakitan..Eh betul ke aku cakap ni? Main cakap je lantak lah!

"Kau okay tak?",Tanya Wafi yang sahaja tiba di hadapannya. "Ha-ha..Okay je! Terkena duri ni sikit je",ujar Intan gagap. Ya Allah..dekatnya!Wafi menarik lembut tangan Intan dan melihatnya. "Hmm..Nasib sikit je",kata Wafi lalu meleraikan pegangangya."Alahai..duri je..Apalah sangat",kata Intan lembut. "Duri tak duri..Lepas kau jadi isteri aku,habuk pun aku tak kasi masuk mata kau tau!",kata Wafi dingin. Wah! Dingin-dingin pun ada kehangatan aish! Intan hanya menahan untuk senyum dan hanya tunduk. Mata hazel Wafi tidak mampu dipandangnya. Terabur iman aku wey!

Wafi POV

Aku yang sudah selesai makan bersama bakal isteriku itu,aku berjalan keluar dari rumah dan mencari temapt untuk duduk dan menyalakan sebatang rokok. Aku ni memang doktor tapi aku penghisap rokok. Pelik bukan? Tapi aku tak kisah..

Sedang aku menyalakan rokok tersebut,aku memandang ke arah bakal isteriku yang sedang duduk di tengah taman bunga miliknya itu. Bunga-bunga ros disitu berkembang mekar dan wangi. Intan yang duduk di tengah itu kelihatan gembira melihat bungannya sendiri. Tak sangka..Bunga pun dah boleh buat kau bahagia budak..

"Kenapa bibir dia still merah jambu sedangkan dia hisap rokok?",kata Intan. Aku yang mendengar ayatnya terkejut. Wow..sedap usha aku nampak?
"Sebab aku jarang hisap rokok",balasku. Reaksi yang ditunjuk oleh Intan mencuit hati aku. So cute. Dia hanya tersenyum sehingga terserlah lengsung pipitnya yang mendalam. Aku terpaksa mengalihkan pandangan aku. Walaupun aku ni mafia..Aku still ada perasaan malu dengan perempuan. Walaupun aku ni seorang yang dingin HAHA

•  •  •  •  •

"Mama Rina balik dulu lah ya..Nanti minggu depan,Sya dengan Fi pergilah cari baju untuk bertunang ya?",ujar Aunty Rina. "Baju tunang? Alah..Takyah lah mama Rina..Membazir je..Kita tunang je. Time nikah nantilah baru cari baju",kata Intan bersalah. Dia berasa serba salah untuk mencari baru pertunangannya itu. Bertunang tak perlu lah mewah-mewah. Sederhana mungkin lebih elok bukan?

"Betul ni?,tanya Mama Rina terkejut. Intan mengangguk laju. "Kalau macam tu..Bulan depan tunang and hujung bulan ni nikah. Okay tak?",cadang Mama Rina lembut. Tunang bulan depan..kawin hujung bulan. Wow! "Wafi okay je",putus Wafi. "Kalau Wafi okay,Sya pun okay",ujar Intan lembut. Tak mahu berkasar dan kurang ajar katannya. Mama Rina lega mendengar keputusan anaknya dan bakal menantunnya itu.

Mama Rina dan Wafi bergerak ke kereta Wafi dan meluncur pergi dari pandangan mereka. Intan hanya menghantae mereka dengan pandangan sahaja. "Hm..Nasib kamu terima. Kalau tak terima,malu mama tau!"ujar Puan Noryusriati selepas melihat Intan tersenyum lega. "Nanti tak setuju marah pulak haish mama",kata Intan perlahan. "Macam tulah anak mama",kata Puan Noryusriati gembira.

"Please wait for me,hermoso

Bersambung...

•okay guys.. Esk insyAllah guys author update lagi guys..  so jgn lupa vote and comment guys! Jgn jadi silent reader tau ;)

𝐄𝐧𝐜𝐢𝐤 𝐃𝐨𝐤𝐭𝐨𝐫 𝐌𝐫 𝐌𝐚𝐟𝐢𝐚[𝐎𝐆]Where stories live. Discover now