3. Love In The Ice

125 22 1
                                    

PERSEMBAHAN penutup mereka berlangsung dengan lancar

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

PERSEMBAHAN penutup mereka berlangsung dengan lancar. Tokyo Dome yang boleh memuatkan seramai 55,000 penonton, tiada langsung ruang yang kosong dari jeritan peminat-peminat mereka. Keseluruhan tour mereka kini menarik lebih 300,000 orang peminat.

Mereka berempat berserta manager mereka mampu menarik nafas lega setelah melihat perkembangan Max yang mula mengambil serius tentang kerjaya mereka berlima. Mereka kini berada di dalam sidang media selepas mengadakan konsert penutup tour mereka. Hanya sesekali diselangkan dengan sesi berbual bersama peminat dan sesi bercerita seorang demi seorang.

Sebelum mereka beredar dari dewan itu, Max sempat mencapai mikrofon dan mula berkata-kata.

"Gurileo min sadareja nuvia sant munbishi setrio ana. Chogi rest tambaria chokie massa hamnieu sae."

Ryu-Ho, Jae, Xiah dan Mikey sudah tercengang-cengang mendengar bahasa 'makhluk asing' yang diucapkan Max. Max menunduk sedikit sebelum keluar bersama yang lain. Sewaktu mereka sedang bersesak menuju ke arah kenderaan mereka, Xiah sempat menangkap satu suara yang entah empunya siapa namun mampu membuatkan jantungnya berdetak laju.

"Max, macamana kamu tahu berbahasa Mundeoli? Max! Kamu memang hebat!"

Sepanjang perjalanan pulang, mereka hanya mendiamkan diri. Masing-masing sudah terlalu penat. Hanya Xiah yang masih segar, memikirkan kebenaran cerita Max tentang mimpinya. Ahh, mungkin Max belajar bahasa itu dari orang lain tapi terbawa-bawa ke dalam mimpinya. Tapi, kalau begitu, kawasan pendalaman yang diceritakan Max bernama Mundeoli Sant itu memang wujudlah!

Jarinya menolak kekunci di telefon yang bersambung dengan talian internet. Seperti biasa, sesaat sahaja blog mereka sudah penuh dengan komen-komen dari peminat mereka dan dada Xiah semakin sesak apabila membaca beberapa baris dari komen-komen itu.

-Max berbahasa Mundeoli seolah-olah dia memang fasih dan tak kedengaran janggal langsung!

-Apa maksudnya? Pelik betul aku dengar tadi.

-Pengalaman berdiri di hadapan anda semua membuatkan saya bahagia. Saya harap dapat melepak bersama anda semua sebagai seorang kawan. Itulah maksudnya. Sweet, kan? Omo~

-Macamana kamu boleh tahu?

-Ayah saya pernah menetap di sana sebelum ibu saya meninggal dan dia kembali ke bandar.

Sekali lagi Xiah terpegun. Max ada menceritakan tentang seorang gadis bernama Deanne yang belajar bahasa bandar dari seorang pakcik yang pernah menetap di Mundeoli sebelum berpindah semula ke Seoul selepas kematian isterinya. Gajet itu ditutup. Dia memejamkan mata, menimbang semula kata-kata Max sebelum ini. Oh, Tuhan.. ini kebetulan atau apa?

🎐

DEANNE mengesat tubir matanya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

DEANNE mengesat tubir matanya. Minho di sebelahnya hanya mendiamkan diri sambil memandu ke arah pekan yang mengambil masa dua jam dari perkampungan mereka bagi mendapatkan bekalan ubat. Minho merupakan doktor pelatih yang bertugas di Mundeoli Sant. Dia akan mengambil bekalan ubatan dan alatan bantuan yang lain setiap kali bekalan di klinik desanya berkurangan. Dia juga akan menghantar laporan kesihatan penduduk di situ kepada seorang wakil rakyat. Ini kali keempat dia membawa Deanne mengikutnya ke pekan. Niatnya mahu memujuk Deanne yang kesedihan selepas dimarahi Dairjeu.

"Ibu tak sayangkan Deanne," luah Deanne sambil membuang pandang ke luar. Minho memandang wajah keruh yang tidak berubah itu.

"Mana ada seorang ibu yang tidak sayangkan anaknya," Minho cuba memujuk. Deanne hanya mendiamkan diri.

Sementara menunggu Minho menyelesaikan urusannya, Deanne berjalan menyelusuri koridor barisan kedai. Langkahnya terhenti di hadapan sebuah kedai baju. Bibirnya diketap kuat apabila melihat susunan gaun putih yang ringkas. Esok hari lahirnya akan menjelang dan ternyata impiannya untuk memakai gaun putih di kubur ayahnya akan terpadam. Terpaksalah dia menunggu 4 tahun lagi memandangkan dia lahir pada tahun lompat.

"Deanne!" Laung Minho sambil berlari anak ke arahnya.

Lamunan Deanne mati. Segera diukir senyum agar Minho tidak perasan kesedihannya. Dia tahu Minho mengajaknya ke pekan kerana mahu memujuknya supaya tidak bersedih lagi.

"Ada masalah sikitlah dengan pembekal ubat. Mereka baru dalam perjalanan pulang sebab tadi ada tanah runtuh di pertengahan jalan. Dalam 2 jam baru mereka sampai. Jadi, boleh ke awak tunggu sekali dengan saya? Kalau tak boleh, kita balik dan esok saya datang semula ke sini."

Deanne diam, berfikir buat seketika. Dalam hati, Minho berharap Deanne akan bersetuju untuk menunggu kerana dia tidak sanggup hendak berulang alik semula esok hari. Sudahlah jauh, jalan pun jalan tanah merah yang tidak rata.

"Okey."

Minho tersenyum lebar kelegaan. Sementara menunggu Minho, Deanne duduk sahaja di dalam kereta. Tidak berminat hendak ke mana-mana. Moodnya tiada.

Kerana takut Deanne kebosanan, Minho menyerahkan pemain MP3 lapuk kepunyaannya kepada Deanne agar Deanne dapat mendengar lagu dalam tempoh 2 jam itu sekaligus kebosanannya tidak ketara. Minho pula masih sibuk dengan urusannya yang tidak habis-habis.

Deanne memandang alat yang canggih baginya itu dengan pandangan kosong. Ditekan-tekan punat yang tidak diketahui fungsinya. Entah mana butang 'play' kerana setiap perkataan yang ada pada alat itu sudah hilang dikikis masa. Tiba-tiba, satu suara gabungan berbunyi dari speaker MP3 itu. Rasa meremang bulu romanya. Pertama kali mendengar lagu moden diiringi dengan alat muzik yang seakan bergema dalam pendengarannya.

*Love In The Ice - DBSK

"Those freezing hands aren't your fault
They carry scars from long before
Afraid to love someone,
You turn your back on the other side of the words...
Like ice, the embraced heart slowly starts to thaw."

Lirik lagu itu didengar sepenuh hati. Gemersik bergema di ruang jiwanya yang kontang.

Even if fate's games hurt the heart...
On the other side of the tears,
A single ray of light will swoop down into the darkness
We know that this is so
As strong as the suffering, we can feel people's warmth."

Tidak sedar, Deanne tersenyum sendiri. Dia sudah terjatuh hati pada lagu yang tidak diketahui tajuknya ini.

"Everyone is searching for a place
That can take away the sorrow and loneliness
So... for you, that place is here
Don't be afraid, don't hesitate anymore, because I'll protect you."

Entah kenapa, rangkap ini mengingatkan dia pada sebuah tempat. The Best juga pada Sei. Tempat yang tenang buatnya dan teman yang menyenangkan. Dia terus mendengar lagu itu sambil bersandar pada seat yang sudah dicondongkan sedikit. Melegakan belakang tubuh yang lenguh.

Deanne memejamkan matanya.

"Like ice, the embraced heart slowly starts to thaw."

Hanya sebaris lirik itu dihafalnya sebelum dia terlena.

🎐

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

🎐

When it hurt,
It hurts...

Our Whispers (Completed)Where stories live. Discover now