SETELAH PUAS dipujuk, akhirnya Deanne bersetuju dengan saranan doktor untuk mendapatkan kaunseling dari pakar psikiatri namun itu bermakna mereka harus pergi ke Seoul Medical Centre di Seoul.
Dalam masa yang sama, Max juga akan menjalani rawatan terapi yang sama kerana mengalami kemurungan yang serius. Kesihatannya juga terganggu.
Dalam perjalanan Deanne, Dairjeu dan Minho menuju ke Seoul Medical Centre, beberapa kali mereka tersesat jalan.
"Kamu inilah, Minho! Bukan ke kamu pernah ke sini. Kenapa boleh sesat? Makcik tak tahan berlama-lama dalam kereta. Pening tahu tak?!" marah Dairjeu.
Minho menggaru kepalanya yang tidak gatal. Itu kisah 5 tahun yang lepas. Sudah lama dia tidak menjejakkan kaki ke situ. Deanne mengeluh berat.
"Awak pusing balik pada tembok yang tertulis Welcome to Seoul City," arah Deanne.
"Amboi, mengarah orang. Macamlah dia tahu sangat!" perli Dairjeu.
Deanne hanya diam. Dia arif dengan bandar ini. Dia pernah ke sini bersama Sei.
Sei...
Hatinya menjadi sayu. Ketika melintasi Malleroy Boutique, hatinya melonjak apabila melihat dua buah patung yang masih kekal di kaca display cuma sudah bertukar bajunya.
Ya, kisah mereka benar. Sei wujud di dunia nyata. Cuma dia tidak tahu di mana.
Sampai di tembok itu, Deanne terus memberi arahan. "Belok kanan, terus sampai jumpa bulatan, ikut arah jam pukul 12, simpang tiga masuk kanan, belok kiri, naik jambatan dan sampai."
Dairjeu dan Minho tercengang apabila tersergam di hadapan mereka, bangunan hospital mewah dan besar. Wajah kepenatan Deanne dipandang dengan tidak percaya. Bagaimana Deanne boleh menunjuk arah dengan begitu tepat sekali sedangkan seumur hidup dia tidak pernah sampai ke Seoul?
Jawapannya hanya ada pada Deanne.
Mereka melangkah keluar dari dalam kereta. Deanne memandang ke lautan manusia yang keluar masuk dari perkarangan hospital.
Dia mula terfikir, untuk apa dia ke sini?
Berhabis duit menjalani rawatan?
Berjumpa dengan pakar psikiatri?
Tahukah mereka, sakitnya ini hanya akan terubat jika dia bertemu dengan Sei?
Dia rindukan Sei.Keriuhan di hujung laluan menggamit perhatian mereka bertiga. Sebuah van hitam yang dikerumuni ramai orang termasuk beberapa orang wartawan lengkap dengan kamera. Deanne cuba mengamati dari jauh gerangan siapakah yang membuatkan beberapa orang gadis berteriak dan wartawan menggila mengambil gambar namun tidak kelihatan. Dia cuma terlihat 2 orang lelaki keluar dengan salah seorangnya memakai mafla yang menutup separuh dari wajahnya bersama kaca mata gelap.
U-know melangkah laju. Lontaran pertanyaan dari wartawan dibiarkan sahaja. Beberapa orang pengawal keselamatan mengawal agar suasana tidak menjadi kecoh dengan asakan orang ramai. Max di belakang berjalan tunduk menekur ke lantai. Tidak menyangka kedatangan mereka ke situ dihidu oleh para wartawan.
Dari kejauhan, Deanne memandang ke arah lelaki bermafla itu. Entah kenapa, hatinya merasa sakit.
Max berhenti melangkah tiba-tiba. Dia memegang dadanya.
"Erghh..." Tiba-tiba Max mengerang sebelum rebah ke lantai.
"Max!" U-know mula panik dalam keriuhan orang ramai. Dia menerpa Max, memangku sambil menampar perlahan pipi Max yang tidak sedarkan diri. Suasana bertambah kecoh.
Minho dan Dairjeu berpandangan. Entah apa yang berlaku hingga kekecohan berlaku namun mereka tergamam apabila mendapati Deanne yang sudah terbaring di atas tanah.
YOU ARE READING
Our Whispers (Completed)
FantasyShort story : Max dan Deanne melarikan diri dari kenyataan hidup selepas bertemu di 'alam' mereka, The Best. Pertemuan demi pertemuan mengeratkan hubungan mereka hingga tanpa sedar ianya mengikis semangat mereka dari meneruskan kehidupan sebenar. M...